trending_flat

ikhlas.com anjur agihan fidyah terbesar di Perlis

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2024 – Platform gaya hidup mesra Muslim Capital A, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) membuat pengagihan fidyah terbesar dengan sejumlah 1,000 kampit beras fidyah kepada para penerima di sekitar Perlis. Buat julung-julung kalinya, ikhlas.com bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha mengenal pasti para penerima yang layak dan mengagihkan kutipan dana IKHLAS Fidyah dengan telus dan efisyen. Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, “Sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, ikhlas.com amat bersyukur kerana dapat meneruskan komitmen kepada komuniti Islam dengan mengagihkan kutipan IKHLAS Fidyah 1444H dalam bentuk 1,000 kampit beras kepada penerima yang berhak di Perlis.” Beliau berkata demikian pada Majlis Pengagihan IKHLAS Fidyah yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor. Agihan beras fidyah tersebut melibatkan beberapa lokasi bermula di bangunan MAIPs, […]

trending_flat

Aisyah Maisarah tidak gusar bergelumang dengan lalat, demi cita-cita menjadi usahawan bioteknologi

Anak bongsu dari tiga orang adik-beradik ini merupakan mahasiswa tahun ketiga kursus bioteknologi di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Selain aktif di kampus, beliau yang bercita-cita menjadi usahawan pada masa hadapan, sudah pun mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan sejak berumur 8 tahun dan kini menguruskan bukan satu, malah lima jenis perniagaan pada masa lapangnya. “Sejak kehilangan arwah ayah pada tahun 2013, kami sekeluarga sudah biasa melakukan pelbagai kerja untuk mencari pendapatan tambahan. Disebabkan pandemik COVID-19, saya dan ibu mula mengusahakan perniagaan bakeri secara kecil-kecilan dari rumah. Kami mendapat banyak tempahan kek brownies dan roti dari warga setempat ketika itu yang tidak dapat keluar rumah kerana PKP. Kemudian, saya mula membekalkan produk bakeri kepada kedai-kedai di kolej kediaman Universiti Malaya,” kata Aisyah Maisarah Abd Razak, atau lebih mesra dengan panggilan Sera, memulakan perbualan. Anak jati Kuala Lumpur dari Cheras ini sememangnya komited […]

trending_flat

APB rekod hasil RM20.5 juta untuk suku semasa dan bersedia untuk peringkat pertumbuhan seterusnya

SHAH ALAM, 23 Februari 2024 – APB Resources Berhad ("APB" atau "Kumpulan"), fabrikasi terkemuka peralatan kejuruteraan reka bentuk, hari ini mengumumkan kemas kini strategik dan prestasi kewangan Kumpulan untuk tempoh lima belas bulan berakhir 31 Disember 2023. Dalam langkah strategik untuk menyelaraskan operasi APB dengan objektif pertumbuhan jangka panjang, Lembaga Pengarah meluluskan pelanjutan tahun kewangan semasa, peralihan akhir tahun dari 30 September kepada 31 Mac. Pelarasan ini menghasilkan penyata kewangan teraudit yang akan datang meliputi tempoh 18 bulan dari 1 Oktober 2022 hingga 31 Mac 2024, menetapkan akhir tahun kewangan berikutnya kepada 31 Mac setiap tahun. Pada 18 Disember 2023, APB telah mengorak langkah penting dengan memeterai Perjanjian Jualan Saham (“SSA”) dengan General Produce Agency Sdn. Berhad dan Ng Kweng Chong Holdings Sdn. Bhd. untuk pemerolehan 70.0 juta saham biasa dalam Globetronics Technology Bhd ("Globetronics"), berjumlah kira-kira 10.41% kepentingan ekuiti, […]

trending_flat

Bunkface mendedahkan Single Terbaru Mereka “Hilang”

Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi dengan penerbitan single terbaru mereka, "Hilang", yang telah dilancarkan pada 9 Februari 2024. Lagu tersebut akan tersedia di semua pla\orm streaming digital utama. https://www.youtube.com/watch?v=CaybV8G38vw&list=OLAK5uy_kaC-avH99WhrakWk6tAJxDFZiQ-qxaNv4 Setelah kejayaan lagu-lagu hit terdahulu mereka, Bunkface kembali dengan "Hilang", single keempat dari album terbaru mereka yang dinan^kan dengan penuh kerinduan, yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun ini. Dengan vokal yang kuat dan instrumen yang dinamik, "Hilang" berjanji untuk menjadi tambahan yang menarik dalam repertoar Bunkface. Kredit komposisi untuk "Hilang" adalah milik Sam, Youk, Paan, Biak, Epul, dan Ajam, dengan Sam mengambil alih penerbitan lirik. “Tanpa Allah pas^ hilang arah tuju kehidupan” ujar Sam mengenai pesanan disebalik lirik lagu yang boleh dikatakan berunsur ketuhanan. Dikeluarkan di bawah bendera Bunkface Produc^on Sdn Bhd, single ini menandakan satu lagi capaian pen^ng dalam kerjaya gemilang kumpulan ini. […]

trending_flat

Pelajar Sekolah Tinggi Negara Jepun alami Budaya Malaysia di Kolej Komuniti Selayang

BATU CAVES, 20 Februari 2024 – 188 orang pelajar sekolah tinggi Meishu Gakuen Hitachi daripada negara Jepun teruja untuk mengalami sendiri budaya-budaya Malaysia melalui permainan tradisional, pembuatan kuih tradisional, tarian tradisional dan pelbagai lagi aktiviti budaya Malaysia yang dijalankan di Kolej Komuniti Selayang (KKSY), hari ini. Pelajar sekolah tinggi ini digandingkan bersama pelajar KKSY dikenali sebagai “buddies” (rakan) bagi memudahkan mereka mendapatkan pengalaman daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan ini dengan lebih optimum dan mendalami lebih erat lagi budaya Malaysia yang diketengahkan melalui aktiviti ini dengan “buddies” daripada Malaysia. Pelajar diperkenalkan dengan permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Ceper dan Dam Haji yang merupakan permainan setiap rakyat Malaysia. Selain itu, Buddies daripada KKSY turut diperkenalkan dengan permainan dan kuiz tradisional daripada Jepun. Kursus-kursus pendek mengenai budaya Malaysia turut disediakan bagi memperkenalkan makanan, pakaian, dan budaya-budaya Malaysia kepada para pelajar daripada Jepun ini. […]

trending_flat

Hari Paus Sedunia : Kesedaran dan Perlindungan

Oleh : Jabatan Perikanan Malaysia Ikan Paus salah satu mamalia terbesar di dunia dalam ekosistem laut kini berdepan ancaman pemburuan haram, pencemaran laut, perubahan iklim serta kehilangan habitat. Di Malaysia, paus merupakan haiwan spesies marin terancam dan dilindungi di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 iaitu “tiada seorang pun boleh memancing,menganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil atau mengambil apa-apa mamalia akuaktik atau penyu yang dijumpai” dan mana-mana orang yang melanggar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000. Kehadiran paus adalah berdasarkan corak migrasi dan laluan mamalia ini adalah berbeza-beza bergantung pada spesies serta habitat masing-masing. Beberapa siri penampakan spesies paus pernah direkodkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) antaranya ialah Paus Bryde (Balaenoptera edeni) yang pernah dilihat di perairan Langkawi pada Jun 2022. Paus ini masuk ke Malaysia secara bermusim iaitu ketika musim bilis untuk mencari makanan. Penemuan lain yang direkodkan ialah di […]

trending_flat

Abang Johari hadiri Kunjungan Tahun Baru Cina 2024  hari yang kedua

KUCHING, 11 Februari 2024 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menghadiri beberapa kunjungan sempena sambutan Tahun Baru Cina untuk hari yang kedua hari ini. Abang Johari ditemani isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang meneruskan kunjungan Tahun Baru Cina hari kedua ke kediaman Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Dato' Sri Huang Tiong di Jalan Stampin Tengah di sini hari ini. Ketibaan Abang Johari disambut oleh Datuk Sri Huang, Timbalan Premier, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian serta tetamu kehormat lain. Sejurus selepas itu, Abang Johari berkunjung ke rumah terbuka tahun baru cina Persatuan Teo Chew di Jalan Tabuan Kuching. Setiba nya di rumah terbuka tersebut rombongan Premier disambut dengan kemeriahan persembahan tarian singa. Turut hadir sama dalam kunjungan ke rumah terbuka untuk hari kedua […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation