trending_flat

Melestari seni dan estetika Hamdolok: Dari Mekah ke Batu Pahat

Mendengar namanya mungkin agak janggal untuk ramai di kalangan kita. Namun jika kita sudah menonton persembahannya, pasti akan melihat persamaan yang ada dengan seni teater rakyat serantau yang lain, seperti boria, hadrah, dan mendu. Dikatakan bermula sekitar 1930-an di Batu Pahat, Johor; hamdolok menggabungkan beberapa elemen unik, termasuklah nyanyian (qasidah dan nasyid), tarian (zapin Arab dan Melayu), muzik (gambus) dan lakonan (sketsa humor). Nilai estetika persembahannya juga menggabungkan kesenian Timur Tengah dan masyarakat Melayu Johor. Dr. Rosdeen Suboh Menurut Dr. Rosdeen Suboh, nama hamdolok adalah dari gabungan perkataan Arab ‘hamd’ iaitu pujian, manakala ‘dolok’ membawa tiga makna yang berbeza. Pertama, ianya dikatakan berasal dari perkataan jawa ‘dhelok’ yang bermaksud melihat atau menonton; kedua perkataan melayu ‘olok-olok’ atau main-main; dan ketiga perkataan Arab iaitu Allah. “Maka teater rakyat hamdolok ini boleh dikatakan sebagai sebuah bentuk seni persembahan budaya komuniti Melayu dengan […]

trending_flat

Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia teroka Keunikan Produk Pelancongan Luar Bandar di Sabah

KOTA KINABALU, 2 Oktober 2023 - Seramai 16 wakil media terdiri daripada agensi media cetak, elektronik dan media baharu menyertai Program Xpresi Cuti-Cuti Malaysia Sabah 2023 anjuran Tourism Malaysia selama lima hari empat malam (5H4M) bermula 25 September 2023 bagi mengetengahkan keunikan produk pelancongan luar bandar di Negeri Di Bawah Bayu. Program bertujuan meningkatkan aktiviti promosi pelancongan domestik secara dalam dan luar talian sekali gus mengoptimumkan komunikasi strategik menerusi penglibatan media. Edisi kali ini membawa para peserta meneroka produk-produk berteraskan pengalaman pelancongan, alam semula jadi, agropelancongan dan gastronomi di sekitar daerah Beaufort, Kuala Penyu, Tenom, Keningau dan Kota Kinabalu. Para peserta memulakan eksplorasi di Beaufort dengan menelusuri Sungai Klias tatkala matahari terbenam bagi melihat keunikan monyet Proboscis di sepanjang persisiran paya bakau selain menyaksikan keindahan panorama cahaya kerlipan kelip-kelip pada waktu malam. Keesokan harinya, peserta dibawa melawat Pantai Sawangan sebelum […]

trending_flat

Kembara Sains Borneo Siri 2 berjaya dekati Komuniti bagi meningkatkan minat dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi

NABAWAN, 30 SEPTEMBER 2023 – Kembara Sains Borneo (KSB) anjuran Pusat Sains Negara (PSN) dan Akademi Sains Malaysia menerima sambutan hangat dari masyarakat Sabah dengan mencatatkan bilangan pengunjung melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan Kembara Sains Borneo 2023 Siri 2 di Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan, Sabah. Berucap di Majlis Perasmian Penutup KSB Siri Dua Tahun 2023, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, seramai 19,408 komuniti telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dibawakan dalam KSB di Kimanis dan Kalabakan termasuklah aktiviti-aktiviti sampingan yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah sekitar Parlimen Kimanis, Kalabakan dan Pensiangan sehingga 27 September 2023. Katanya lagi, di KSB Siri 2 Pensiangan yang diadakan bermula semalam, kita telah merekodkan sejumlah 3,000 pengunjung pada hari pertama menjadikan jumlah […]

trending_flat

Maritim Malaysia sertai “International Seapower Symposium ke 25” (Iss – 25); Pentas Penting Perkukuh Persefahaman dalam Keselamatan Maritim Antarabangsa

PUTRAJAYA, 23 September - Buat julung kali pada tahun 2023, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijemput menyertai International Seapower Symposium yg ke 25 (ISS-25) anjuran Pejabat Chief of Naval Operations, United States Navy. ISS telah berlangsung dengan jayanya bermula 19 hingga 22 September 2023 di Naval War College, Rhode Island, Newport, Amerika Syarikat. Penganjuran ISS-25 tahun ini telah melibatkan penyertaan ketua-ketua tentera laut daripada 82 negara dan ketua-ketua coastguard daripada 17 negara. Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim yang hadir mewakili Maritim Malaysia berkata, ISS merupakan program yang penting sebagai platform kepada ketua-ketua tentera laut dan coastguard di peringkat antarabangsa untuk mengkaji cabaran semasa dalam bidang keselamatan maritim serta membuka ruang kepada negara-negara terlibat dalam mengukuhkan kesediaan kerjasama. ISS-25 kali ini telah memberi ruang kepada peserta yang mewakili negara-negara maritim untuk berbincang […]

trending_flat

Impact Malaysia berjaya membangkitkan semangat 864 orang Changemaker muda melalui lawatan pertama Jelajah Impact

SHAH ALAM, 21 September 2023 -  Jelajah Impact telah memulakan lawatan pertamanya semalam bersama 864 peserta di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13 Shah Alam. "Jelajah Impact: Edisi Changemaker" adalah program outreach yang terdiri daripada bengkel separuh hari di 6 institusi pendidikan tinggi di mana peserta akan didedahkan dengan isu-isu sosioekonomi, cerita perubahan dan bagaimana seseorang anak muda boleh menjadi sebahagian daripada pembuat perubahan tersebut menerusi program Jelajah Impact. Jelajah ini dianjurkan khusus untuk menarik minat peserta terutamanya para belia bagi menyertai Akademi Impact iaitu program inkubator khusus untuk changemakers. Jelajah Impact dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan UniKL. Seramai 50 orang peserta Jelajah Impact akan dipilih untuk menyertai Akademi Impact yang dijangka akan dijalankan pada November 2023. Pada tahun 2022, Impact Malaysia telah berjaya mengadakan Jelajah Impact dengan tema […]

trending_flat

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

PORT DICKSON, 21 September 2023 - Dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih RM27 juta telah berjaya dilupuskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama Cenviro Sdn. Bhd. di sini hari ini. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Khairul Anwar bin Bachok berkata, pelupusan dadah yang terdiri dari jenis Ganja, Heroin, Morfin, Methamphetamine dan MDMA ini dilaksanakan selepas Maritim Malaysia menerima perintah rasmi Mahkamah untuk dilucut hak setelah kes berkenaan selesai dibicarakan. Beliau turut berkata, dadah-dadah tersebut adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Zon Maritim Kuala Kedah, Zon Maritim Tanjung Sedili, Johor dan Zon Maritim Batu Pahat, Johor pada tahun 2020 dan awal tahun 2023. Katanya, proses pelupusan dadah ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembakaran melalui inkubator yang diuruskan oleh Cenviro Sdn. Bhd. Kaedah ini telah dipilih kerana ia merupakan salah satu cara yang […]

trending_flat

Tourism Malaysia Taja Jersi Polka Dot Raja Bukit Le Tour De Langkawi 2023

KUALA LUMPUR, 18 September 2023 – Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTDL) 2023, hari ini memperkenalkan Tourism Malaysia sebagai penaja jersi Raja Bukit atau King of the Mountain bagi perlumbaan berbasikal itu yang bakal menyaksik an permulaan saingan di Kerteh, Terengganu pada 23 September ini. Dengan tajaan sebanyak RM1 juta, kehadiran Tourism Malaysia yang mengangkat jenama “Malaysia Truly Asia”, bakal memeriahkan lagi perlumbaan berstatus ProSeries tersebut selama lapan hari sekali gus mempromosikan segmen pelancongan sukan negara. Selain tajaan tunai, Tourism Malaysia turut membawakan persembahan kebudayaan tradisional di setiap lokasi pelepasan selain kemunculan pempengaruh media sosial di beberapa lokasi perlumbaan bagi mempromosikan LTdL secara lebih meluas khususnya di Indonesia. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, kolaborasi penajaan tersebut bukanlah suatu yang baharu kerana pihaknya telah turut sama mempromosikan LTdL sejak awal […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation