Malaysia Menduduki Tempat Teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 10 tahun Berturut-turut
PETALING JAYA, 30 Disember 2023 - Di dalam keadaan landskap global yang mencabar dengan konflik Palestin-Israel dan konflik yang berterusan di Ukraine, krisis iklim dunia yang semakin meruncing serta impak transformatif revolusi digital AI, edisi 2023/2024 Laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE) diumumkan sebagai teras wawasan mengenai sosio-ekonomi pasaran Islam yang masih dinamik. Halal Development Corporation Berhad (HDC) berbangga mengumumkan bahawa Malaysia, telah menunjukkan daya tahan dan kecemerlangan yang mampan, sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut. Kedudukan Petunjuk GIEI 2023 meletakkan Malaysia di barisan hadapan, diikuti rapat oleh Arab Saudi, Indonesia dan UAE. Sejak penubuhan Laporan SGIE, Malaysia secara konsisten menduduki tempat teratas, mempamerkan komitmen berterusan negara terhadap ekonomi Islam. Malaysia mendapat tempat pertama dalam sector Kewangan Islam, Makanan Halal, dan Media & Rekreasi Halal, disokong pula dengan kedudukan […]