trending_flat

Tindakan pantas Maritim Malaysia selamatkan 2 bot nelayan terbalik

๐—ฆ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Berpantang maut sebelum ajal, teriakan dua nelayan meminta pertolongan dari laut didengari oleh pegawai bertugas Zon Maritim Sandakan semasa membuat rondaan di jeti dekat sini, semalam. Kejadian itu berlaku pada sekitar jam 10.50 malam di mana pencarian mangsa menggunakan kaedah 'Search Light' dilakukan iaitu kira-kira 0.29 batu nautika selatan Pulau Berhala, tidak jauh dari Jeti Maritim Sandakan. BOT KILAT 34 diatur gerak ke lokasi di mana kedua-dua mangsa diselamatkan dalam satu OP CARILAMAT namun bot yang dinaiki mereka didapati karam. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, Roslee Awang, 43 dan rakannya Fadzier Salleh, 36, masing-masing warga tempatan didapati tidak memakai jaket keselamatan dan keadaan laut dengan ombak besar serta arus kuat telah menyebabkan bot yang dinaiki mereka terbalik lalu tenggelam. Komuniti nelayan dinasihatkan agar mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika melakukan sebarang aktiviti […]

trending_flat

Keuntungan PT Resources naik 125 peratus suku kedua 2024

KUALA LUMPUR, 21 DISEMBER 2023 โ€“ PT Resources Holdings Berhad ("PT Resources" atau "Syarikat"), pemproses dan peniaga produk makanan laut sejuk beku, dan peniaga produk makanan lain, hari ini mengumumkan keputusan kewangan bagi suku kedua berakhir 31 Oktober 2023 ("2QFY2024"). Keuntungan Sebelum Cukai (โ€œPBTโ€) Syarikat untuk 2QFY2024 mencatatkan RM18.85 juta yang kukuh, peningkatan ketara daripada RM8.42 juta pada 2QFY2023, mencerminkan pertumbuhan tahun ke tahun yang luar biasa sebanyak 125%, yang membuktikan peningkatan dalam global permintaan dalam industri makanan laut beku. Bagi 2QFY2024, Syarikat mencatatkan PBT sebanyak RM18.85 juta, peningkatan yang ketara berbanding RM8.4 juta pada 2QFY2023, menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang luar biasa sebanyak 125%. Peningkatan ketara dalam PBT ini, walaupun penurunan keseluruhan dalam hasil, menggariskan keberkesanan Syarikat dalam menguruskan kos operasi dan mencapai kecekapan dalam operasi perniagaan Syarikat. Pada 2QFY2024, PT Resources mencapai jumlah hasil sebanyak RM111.69 juta. […]

trending_flat

Tourism Malaysia lancar Pakej ArkeoPelancongan & GeoPelancongan Pulau Pinang dan Kedah

KEPALA BATAS, 14 Disember 2023 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan bagi negeri Pulau Pinang dan Kedah untuk mempromosikan produk pelancongan arkeologi, geologi dan tapak warisan dunia UNESCO. Sebanyak 52 pakej pelancongan telah dibangunkan dengan kerjasama 14 operator pelancongan di Wilayah Utara dan Wilayah Tengah yang antara lain menawarkan lawatan ke tapak arkeologi Lembah Bujang dan Sungai Batu, tapak warisan dunia UNESCO George Town, Jerai Geopark serta Sungai Merbok. Antara pakej-pakej yang ditawarkan termasuklah Jerai Geopark Heritage Trail, The Lost Ancient City - Kedah Tua, Archaeology Eco Cycling Experience, Penang Heritage Tour, Merbok River Historical & Mangrove River Cruise, Mount Jerai Guided Tour dan Iron of Ancient Kedah to the World- The Untold Story 788 BC. Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia berkata, penawaran pakej tersebut diharap mampu mempromosikan keunikan warisan arkeologi, […]

trending_flat

Anugerah Lagu Indie Kembali Untuk Musim Ke-4ย Dengan Nafas Baru

Puchong, 7 Disember 2023 - Anugerah Lagu Indie (ALI) kembali untuk musim keempat dengan nafas baru untuk terus memberi penghormatan kepada bakat indie terbaik dalam industri muzik Malaysia.ย  Demi meneruskan agenda mengangkat martabat dan karya penulis lagu, pemuzik serta penyanyi indie tanah air sejak 2020, ALI tahun ini membawa beberapa kelainan iaitu dengan memperkenalkan kategori-kategori lagu terbaik di bawah tiga kategori genre iaitu Pop, HipHop, dan Rock, format pemarkahan yang melibatkan undian awam, serta peningkatan tawaran hadiah wang tunai daripada RM 16,000 pada musim lalu kepada RM 36,000.ย  Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Rakita 107.9 berkata, โ€œRakita 107.9 akan terus kekal menjadi tulang belakang ALI dalam memperjuangkan pengiktirafan kepada muzik indie dengan harapan agar setiap karya yang dibawa ke platform ini akan diterima dengan lebih meluas oleh peminat muzik Malaysia. Kami juga mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan lebih ramai […]

trending_flat

Teater โ€œKenapa Kau Bayang Waktuโ€ sorot isu kesihatan mental pasca-pandemik

Sebuah pementasan teater yang memperihalkan isu kesihatan mental di kalangan pelbagai segmen masyarakat telah dipentaskan di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya (UM), baru-baru ini. Pementasan ini adalah sebuah kerjasama sulung di antara Festival ArtXpression dan Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan OKU UM, dalam menjayakan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat UM. โ€œKenapa Kau Bayang Waktuโ€ yang diarahkan oleh Harith Amirrul, merupakan sebuah produksi Kolektif Laraseni, dan menampilkan tiga pelakon muda yang mula mendapat tempat di dalam dunia teater: Megat Adli, Hana Nadira, dan Khairunazwan Rodzy. Naskhah asli karya Harith Amirrul ini cuba menyorot kisah-kisah masyarakat sebelum, semasa, dan selepas pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020 melalui tiga watak utamanya. Mardiah, lakonan Hana Nadira, menghuraikan cabaran wanita berkerjaya semasa pandemik COVID-19 dan bagaimana ia memberi kesan terhadap perkahwinannya. Nasir lakonan Khairunazwan Rodzy menyentuh hati penonton apabila terpaksa mengharungi kritikan […]

trending_flat

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember - Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh 750 batu nautika secara solo dari Kuala Terengganu ke Pulau Langkawi bagi menyertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023. Sempat berada di dalam kelompok 14 buah kapal yang terlibat dalam eksesais berkenaan ketika melalui kawasan perairan Pulau Pinang, KM Nusa turut berjaya menamatkan pelayaran dengan berlabuh di jeti Pulau Langkawi bersama kapal-kapal lain semalam. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, semangat dan iltizam yang ditunjukkan pegawai dan anggota KM Nusa adalah sebahagian contoh kesungguhan warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberikan komitmen mereka demi memastikan sesuatu arahan berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Beliau turut berkata, selain bersemangat melaksanakan tugasan yang diamanahkan, warga Maritim Malaysia perlu meningkatkan kepakaran dalam bidang tertentu khususnya ilmu pelayaran dan penguatkuasaan. Ujar beliau, komunikasi taktikal misalnya perlu ditingkatkan kerana bilangan […]

trending_flat

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai dan selamat. Ia bukan sahaja menyelamatkan umat daripada kesesatan di dunia malah menyelamatkan manusia di hari akhirat kelak. Perdamaian dan keselamatan yang ditawarkan Islam ini secara relatif singkatnya, ia telah berjaya menembusi seluruh pelusuk dunia. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Senario ini selari dengan hakikat bahawa Nabi SAW sendiri diutuskan sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Baginda merupakan contoh teladan yang terbaik bagi seorang Muslim. Akhlak baginda yang mulia dan ketegasan dalam kelembutan baginda menjadikan Islam diterima baik oleh masyarakat sekitar. Dalam khazanah perbendaharaan yang diwariskan Baginda sebagai pusaka kepada umat Islam, terdapat banyak contoh bagaimana teladan Baginda dalam berinteraksi dengan umat Islam mahupun bukan Islam. Baginda telah tegaskan: Aku telah tinggalkan buat kalian dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kalian berpegang pada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–