trending_flat

Wujud Momentum Sokongan Kepada BN di Kedah

PADANG TERAP, 3 Ogos - Barisan Nasional (BN) kini kian mendapat momentum sokongan di Kedah dengan beberapa kawasan yang sebelum ini 'hitam' dan sukar dimasuki, berjaya ditembusi di seluruh negeri ini. Menurut Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, 'aura' keinginan rakyat negeri ini kembali kepada BN dapat dirasakan walaupun pihak lawan sering bercakap mengenai gelombang yang menyebelahi Perikatan Nasional (PN). "Di lima belas kerusi BN bertanding, momentum sokongan itu nampak meningkat, seolah-olah terdapat aura untuk orang datang balik kepada BN. "Kita tahu mereka mengharapkan gelombang seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu tetapi di sebalik semua itu, kita nampak ada momentum pula kepada sebelah sini (BN). "Semua ini mungkin kerana kita kuat bekerja mendekati rakyat di bawah. Di Kedah kami menganggap diri sendiri sebagai 'underdog' kerana menentang pihak yang sebelum ini menjadi kerajaan negeri." […]

trending_flat

GW Group Berhad Buat Penampilan di Pasaran Ace

KUALA LUMPUR, 1 August 2023 – KGW Group Berhad ("KGW" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan logistik yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan laut, udara dan perkhidmatan penghantaran barang serta pergudangan serta pengedaran produk dan peranti berkaitan penjagaan kesihatan, memulakan penyenaraian hari ini di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), dibuka pada RM0.23 sesaham yang mewakili premium 9.5% berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM0.21 sesaham. KGW disenaraikan di bawah nama stok "KGW" dengan kod stok "0282". KGW adalah penyedia perkhidmatan logistik aset ringan yang memenangi anugerah khusus dalam mengurus dan menyelaraskan pergerakan barangan dalam rantaian bekalan. KGW disokong oleh tiga anak syarikat, iaitu KGW Logistics (M) Sdn Bhd ("KGW Logistics"), Mattroy Logistics (Malaysia) Sdn Bhd ("Mattroy Logistics"), dan KGW Medica Sdn Bhd ("KGW Medica").KGW Logistics memberi tumpuan kepada kargo perkapalan ke dan dari Amerika Syarikat, yang merupakan pasaran terbesar KGW manakala Mattroy Logistics […]

trending_flat

Gelombang menolak BN di Kedah sudah reda

PADANG TERAP, 31 Julai - Gelombang dan ribut taufan yang menolak Narisan Nasional (BN) dan menyebelahi Perikatan Nasional (PN) di Kedah sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sudah reda dan telah berlalu. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau secara peribadi merasa yakin akan ada perubahan yang berlaku di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. "Gelombang yang berlaku pada November tahun lalu (PRU15) memang sangat besar hingga membolehkan PN mendapat terlalu banyak undi. Tetapi dalam PRU-14 iaitu sebelum gelombang itu wujud, Pas cuma menang 15 kerusi saja dan tidak dapat menubuhkan kerajaan. "Yang menubuhkan kerajaan ketika itu adalah PH sebelum kerajaan itu diambil alih Pas di tengah jalan. "Kini gelombang dalam PRU15 sudah tiada dan kita kembali kepada keadaan asal. Jadi tanpa ada gelombang dan angin yang kuat itu, maka saya jangkakan akan berlaku […]

trending_flat

Saya nak selesaikan tugas yang tergendala di Pedu – Mahdzir

PADANG TERAP, 31 Julai - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertekad untuk menyambung semula tugasan yang tergendala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu setelah tiada lagi wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen ini sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu. Menurut calon BN DUN Pedu itu, rata-rata penduduk ditemui dahagakan perkhidmatan dari seorang wakil rakyat terutamanya berkaitan sentuhan yang mampu membantu mereka dalam pelbagai urusan kehidupan. Katanya, perkhidmatan dimahukan merangkumi pelbagai bidang antaranya berkaitan pendidikan anak-anak serta pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut. "Sebagai wakil rakyat kena carilah mana-mana agensi atau tempat yang memiliki saluran untuk membantu rakyat. Sebagai contoh apabila mereka perlukan bantuan ketika anak-anak mula bersekolah atau mahu masuk ke universiti, ke mana mereka ini boleh disalurkan untuk mendapatkan bantuan? "Begitu juga untuk anak-anak yatim contohnya, kalau mereka memiliki keputusan baik, bagaimana caranya untuk […]

trending_flat

Mahdzir Mahu Ulangi Kejayaan Calon ‘Underdog’ Rampas DUN Pedu

PADANG TERAP, 29 Julai - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu mengulangi kejayaannya pada 2004 dan 2008 sebagai calon ‘underdog’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu. Menurut beliau, situasi yang dialaminya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi berkenaan daripada wakil rakyat Pas. Kejayaan lalu itu bagaimanapun dianggapnya sebagai sejarah dan ia dijadikan panduan untuk disesuaikan dengan situasi masa kini yang jauh berbeza situasi politiknya. "Saya bermula sebagai wakil rakyat di DUN Pedu dan pada masa itu saya merupakan calon bukan pilihan, juga bertanding melawan Pas. Kali ini situasinya hampir sama dan saya yakin pengundi akan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sini," katanya selepas diumumkan sebagai calon DUN Pedu oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, Iman Hazwan Abd Halim di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, […]

trending_flat

[Video] KKDW raikan Tok Batin OA

Kementerian Kemajuan Desa dan WIlayah (KKDW) telah menerbitkan video rakaman Sekitar Majlis Perasmian Perhimpunan Perdana Batin/Penghulu Orang Asli Bersama Pemimpin Tahun 2023 oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW bertempat di Summit Hotel, USJ pada 27 Julai 2023. Pelbagai acara telah diberlangsung di majlis tersebut.

trending_flat

Aneka Jaringan catat pendapatan RM41.2 Juta untuk Suku 3

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2023 – Aneka Jaringan Holdings Berhad ("Aneka Jaringan" atau "Kumpulan"; Bursa: ANEKA, 0226), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan sukacitanya mengumumkan peningkatan pendapatan kepada RM41.2 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mei 2023 (“S3 FYE2023”) berbanding RM37.5 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (“S3 TYE2022”). default Bagi suku dalam tinjauan, Kumpulan telah mengubah prestasi kewangannya, mencatatkan keuntungan kasar RM1.5 juta, berbanding kerugian kasar RM4.2 juta yang dicatatkan pada S3 FYE2022. Kerugian selepas cukai Kumpulan (“LAT”) telah dikurangkan dengan ketara kepada RM2.9 juta berbanding RM7.7 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Bagi sembilan bulan berakhir 31 Mei 2023 (“9M FYE2023”), Aneka Jaringan mencatatkan peningkatan  hasil kepada RM137.1 juta berbanding RM121.1 juta dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya (“9M FYE2022”). Kumpulan mencatatkan keuntungan kasar RM1.0 juta, yang merupakan pemulihan yang luar biasa daripada kerugian kasar RM11.0 […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation