trending_flat

Langkawi perlukan idea kreatif untuk kembangkan sektor pelancongan – Mahdzir Khalid

LANGKAWI, 19 Julai - Kerajaan negeri Kedah perlu lebih kreatif untuk mengembangkan sektor pelancongan di Pulau Langkawi dengan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada acara seperti Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri perlu menjalin kerjasama erat dengan menteri Kerajaan Persekutuan bagi merancang acara yang boleh diadakan untuk menarik lebih ramai pelancong. “Kerajaan negeri kena berpakat dengan Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar atau Exco kena jumpa menteri yang terlibat seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau Unit Perancang Ekonomi (EPU). Misalnya tahun depan ada acara apa dan boleh tak acara ini kami (kerajaan negeri) bawa ke Langkawi, barulah tempat kita tak bergantung kepada LIMA untuk dua tahun sekali kerana acara lain juga boleh diatur". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Perpaduan Barisan Nasional (BN) dan […]

trending_flat

Sekadar peringatan daripada PM, bukan ugutan

ALOR SETAR, 17 Julai - Barisan Nasional (BN) Kedah menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti dalam menentukan siapa calon Menteri Besar yang akan dipilih jika Kerajaan Perpaduan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan dan pihaknya bersedia menerima sesiapa sahaja yang diputuskan kelak. “Kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan soal Menteri Besar, sekiranya BN-PH jadi kerajaan di Kedah, sebab itu keputusan pucuk pimpinan. Biarpun UMNO negeri boleh berikan cadangan calon Menteri Besar, tetapi keputusan muktamad diputuskan oleh pimpinan tertinggi." Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini hari ini. Jelas Mahdzir, kepimpinan parti di peringkat negeri sekadar boleh memberikan cadangan calon Menteri Besar kepada UMNO Pusat untuk dirundingkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, […]

trending_flat

Isu REE – Kerajaan Negeri Perlu Segera Perjelas Dakwaan

ALOR SETAR, 17 Julai - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, seharusnya menyiasat kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran dan bukannya menangkis sebarang dakwaan dengan mengaitkannya sebagai fitnah. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PAS juga dilihat sengaja memainkan naratif mendakwa Muhammad Sanusi difitnah berhubung isu kecurian Unsur Nadir Bumi (REE) di Sik. “Sebab itu Muhammad Sanusi wajar perjelaskan setiap dakwaan, termasuk persoalan yang dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk memberikan gambaran tepat berhubung isu tersebut. “Kenyataan Saifuddin dibuat di pentas terbuka malah ada dokumen yang menyokong persoalan dibangkitkan, beliau ada fakta jadi tak timbul fitnah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Mahdzir diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya yang menyelar tindakan Saifuddin yang didakwa memfitnah Muhammad Sanusi sebagai usaha menjatuhkan reputasi Menteri Besar […]

trending_flat

Calon MB – BN Kedah Serah Kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi

ALOR SETAR, 17 Julai - Barisan Nasional (BN) Kedah menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti dalam menentukan siapa calon Menteri Besar yang akan dipilih jika Kerajaan Perpaduan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan dan pihaknya bersedia menerima sesiapa sahaja yang diputuskan kelak. “Kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan soal Menteri Besar, sekiranya BN-PH jadi kerajaan di Kedah, sebab itu keputusan pucuk pimpinan. Biarpun UMNO negeri boleh berikan cadangan calon Menteri Besar, tetapi keputusan muktamad diputuskan oleh pimpinan tertinggi." Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini hari ini. Jelas Mahdzir, kepimpinan parti di peringkat negeri sekadar boleh memberikan cadangan calon Menteri Besar kepada UMNO Pusat untuk dirundingkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, […]

trending_flat

LNA @ MAKAN : RESTORAN SANTA CHAPATI HOUSE

Tontoni sesi temubual bersama pemilik Restoran SANTA CHAPATI House iaitu Puan Gurdip Kaur. Beliau berkongsi pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan ini. SANTA CHAPATI HOUSE terletak di lokasi strategik di bandaraya Kuala Lumpur iaitu di No 373 Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia. https://youtu.be/ifJSfz_zRoo

trending_flat

DC Healthcare buat penampilan di pasaran ACE dengan premium RM0.15 lebih harga IPO

SHAH ALAM, 17 JULAI 2023 – DC Healthcare Holdings Berhad ("DC Healthcare" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan perubatan estetik yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minima, hari ini membuat penampilan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”), dibuka pada RM0.40 sesaham mewakili premium sebanyak 60% berbanding harga tawaran awam permulaan (“IPO”) sebanyak RM0.25 sesaham. DC Healthcare disenaraikan di bawah nama saham "DCHCARE" dan kod stok "0283". DC Healthcare kini mengendalikan 13 klinik estetik di wilayah tengah dan selatan Semenanjung Malaysia. Kumpulan menyediakan perkhidmatan perubatan estetik seperti ukiran muka dan kontur badan dan, perkhidmatan perubatan am yang memfokuskan kepada penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema, serta pemeriksaan kesihatan ujian darah. Kumpulan memperoleh sejumlah RM49.81 juta melalui IPO, yang mana RM9.44 juta diperuntukkan untuk penubuhan 8 klinik baharu di seluruh wilayah utara dan selatan Semenanjung Malaysia. RM13.12 juta lagi daripada kutipan akan digunakan untuk […]

trending_flat

Kebebasan Bersuara di Negara Ini Ada Batasannya – Mahdzir Khalid

SUNGAI PETANI, 16 Julai - Akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang telah digantung oleh pihak TikTok kerana ucapannya yang berpotensi untuk memecahbelahkan masyarakat. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun kebebasan bersuara adalah hak bagi setiap rakyat, setiap platform yang digunakan tetap ada batasannya. "Di seluruh dunia, kebebasan ada batasnya. Malah di Singapura, terdapat ISA, dan setiap negara mempunyai undang-undang menentang hasutan. Kebebasan adalah penting, tetapi ia perlu dikenal pasti batasannya. Apabila seseorang melampaui batasan dan menyebabkan kegusaran kepada orang lain, maka sudah tiba masanya untuk tutup (perkara tersebut)." Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan BN Bahagian Merbok di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Sanusi yang mendakwa akaun TikToknya yang telah digantung semalam sebagai satu tindakan untuk mengganggu kempen pilihan raya negeri (PRN). Selain itu, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation