trending_flat

Kumpulan Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases dan GTT Mengumumkan Perkongsian untuk Memajukan Pasaran Perkapalan Bahan api LNG

TEMECULA, California, Sept. 07, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group, sebahagian daripada bahagian Perniagaan Industri Nikkiso Co. Ltd. dan GTT hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menjalankan perkongsian bagi menyokong pasaran pengangkutan kargo berkuasa LNG. Perkongsian antara Nikkiso CE&IG dan GTT membawa bersama kejuruteraan dan teknologi terkini untuk pembendungan membran dan sistem proses LNG serta perkakasan, perkilangan global dan kebolehan integrasi teknikal yang terbaik dalam kelasnya. Teknologi Recycool™ GTT yang dilindungi oleh paten memastikan gas didih-habis (BOG) diperoleh semula dan diuruskan dengan selamat untuk mengelakkan pancaran dan menambah baik kecekapan bahan api. Disepadukan dengan skid pam gas bahan api tekanan tinggi Nikkiso, perkongsian tersebut menawarkan prestasi dipertingkatkan melalui pengekalan kebolehpercayaan, ketahanan dan kecekapan kepada pemilik kapal untuk memberikan pelanggan kelebihan saing di pasaran. “Perkongsian kami bersama GTT dan kepakaran kami yang saling melengkapi memajukan pertumbuhan […]

trending_flat

Olon Meneruskan Laluan Pertumbuhannya dan Mengumumkan Pemerolehan Baharu

Olon, kumpulan kimia-farmaseutikal terkemuka dalam pengeluaran dan pembangunan bahan farmaseutikal aktif (API) dan sebahagian daripada syarikat induk P&R, meneruskan laluan pertumbuhannya dan mengumumkan usaha baharu: ia akan memperoleh HuvePharma Italia Srl dan tapaknya di Garessio (Cuneo, Itali) dengan peningkatan ketara dalam jumlah kapasiti pengeluarannya MILAN, Sept. 05, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Pelan pemerolehan itu melibatkan penyepaduan operasi lengkap Huvepharma Italia Srl dan rancangan untuk menghidupkan semula potensi pengeluaran kilang Garessio dan melalui pembangunan peluang perniagaan baharu, membawanya kepada kapasiti pengeluaran penuh. Dengan pemerolehan terbaru ini, Kumpulan kini mempunyai sejumlah sembilan kilang pembuatan di Itali sahaja dan jumlah kapasiti tindak balas sebanyak 3,250 meter padu. Dari segi kehadiran, tahap rangkaian pengilangan dan volum terpasang, ia muncul sebagai salah satu pemain industri terpenting di kancah negara dan Eropah mengikut saiz dan potensi pengeluaran. Huvepharma Italia Srl, dengan kilangnya di Garessio (Cuneo, Piedmont) […]

trending_flat

JMGO Bersedia untuk Menjaguhi Unjuran Laser dengan MALC™ 2.0 Triple Laser Optics di IFA 2024

Menetapkan piawaian baharu untuk industri projektor dengan kecerahan, kontras dan reproduksi warna epik—dicapai serentak BERLIN, 5 September, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -  JMGO, perintis dalam teknologi optik, akan mempamerkan MALC™ (Kawalan Laser Penyesuai Mikrostruktur) 2.0 Triple Laser Optics yang dibangunkan secara dalaman di IFA 2024 di Berlin. Inovasi ini ditetapkan untuk mentakrifkan semula unjuran laser dengan mengatasi cabaran berterusan industri untuk mencapai kecerahan, kontras dan kesan warna tinggi secara serentak. Teknologi laser terkenal kerana memberikan kecerahan dan warna yang tiada tandingan ke atas sistem berasaskan lampu dan LED. Walau bagaimanapun, pertukaran antara kecerahan, kontras dan warna telah menjadi halangan yang signifikan bagi kedua-dua projektor laser dan laser hibrid/LED. Lazimnya, peningkatan kecerahan mengurangkan kontras dan melebihkan tepu warna, manakala mengutamakan warna selalunya menghasilkan kecerahan yang lebih rendah yang menjejaskan keseluruhan pengalaman tontonan. MALC™ 2.0 Triple Laser Optics JMGO memecahkan halangan ini yang membolehkan […]

trending_flat

Ewon yakin KSU baharu dapat jayakan wawasan KUSKOP

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yakin Ketua Setiausaha KUSKOP yang baharu Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dapat membantu menjayakan wawasan kementerian membangunkan usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi di seluruh negara. Ewon berkata, keyakinannya itu berdasarkan pengalaman luas Khairul Dzaimee dalam pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan sebelum ini. Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi “Saya percaya dengan pengalaman besar Dato’ Sri Khairul di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Jabatan Imigresen akan membawa KUSKOP ke tahap yang lebih cemerlang. “Saya mengalu-alukan kebersamaan beliau dalam keluarga besar KUSKOP serta komitmen bersama untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara khususnya kepada pemegang taruh dasar-dasar kementerian iaitu PMKS dan gerakan koperasi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas KSU KUSKOP daripada […]

trending_flat

Integrated Power Services Memperoleh Aset Perniagaan ABB Industrial Services

Pemerolehan Menambah Pusat Servis Motor Elektrik, Penjana, Mekanikal, Peralatan Suis dan Pemutus Litar kepada Rangkaian Amerika Utara IPS yang Berkembang GREENVILLE, Carolina Selatan, Sept. 05, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Integrated Power Services (IPS), peneraju Amerika Utara dalam menservis, kejuruteraan dan pengilangan semula sistem pengurusan elektrik, mekanikal dan kuasa telah memuktamadkan pemerolehan perniagaan ABB Industrial Services, berkuat kuasa pada 31 Ogos 2024. Dengan lokasi di Arizona, Indiana, Carolina Utara, Alberta dan Ontario, ABB Industrial Services menyediakan keupayaan pembaikan dan servis medan berkualiti tinggi untuk motor elektrik sehingga 50,000 HP dan peralatan suis voltan rendah dan sederhana daripada 480V sehingga 15kV. Pusat servis ini juga melakukan pembaikan peralatan berputar pam, pemampat, peniup, bearing, kotak gear dan alur pemacu perlombongan OHV. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IPS, John Zuleger “Pemerolehan ini akan membenarkan IPS menambah lokasi di mana pelanggan telah menggesa kami untuk […]

trending_flat

Dato’ Sri Suriani beri Sumbangan Besar kepada KUSKOP, bantu PMKS dan Koperasi – Ewon

PUTRAJAYA, 4 September - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Ketua Setiausaha (KSU) KUSKOP Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad telah memberikan sumbangan besar kepada kementerian itu dalam membantu usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan koperasi di seluruh negara. Pertemuan Ewon dan Suriani di pejabatnya hari ini Ewon berkata, ia dapat dilihat berdasarkan pencapaian prestasi PMKS dan koperasi yang telah melonjak lebih baik selain prestasi pelaksanaan program dan projek pembangunan yang sentiasa mengatasi purata nasional. “Beliau (Dato’ Sri Suriani) juga memudahcarakan pelaksanaan fokus-fokus tambahan yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak seperti projek Tamu Desa, pembukaan cawangan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), pengwujudan BEEP Plus untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak, sesi libat urus khas belanjawan Borneo serta pelbagai inisiatif agensiagensi KUSKOP selain daripada fokus sedia ada di seluruh negara. Saya bertuah dapat bekerjasama dengan beliau dan saya amat […]

trending_flat

Legacy Bekerjasama dengan Empat Syarikat untuk Penyenaraian di Pasaran U.S.

Firma Malaysia Teroka Pengembangan Pasaran U.S. melalui Tawaran Awam Permulaan KUALA LUMPUR, 04 September  2024 – Legacy Corporate Advisory Sdn. Bhd. ("Legacy" atau "Syarikat"),sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang mengkhusus dalam Tawaran Awam Permulaan (“IPO”), perancangan kewangan dan penyelesaian pembiayaan, dengan sukacitanya mengumumkan majlis menandatangani perjanjian dengan syarikat-syarikat yang merupakan Neutral Transmission Malaysia Sdn. Bhd., I Bella Sdn. Bhd., Kumpulan Autoplay Sdn. Bhd. dan AE Carbon Capital Ltd. untuk penyenaraian di Amerika Syarikat (“U.S.”). Penglibatan ini menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam mengejar Penyenaraian U.S., yang difasilitasi oleh Legacy sebagai perunding IPO. Legacy menyediakan perkhidmatan nasihat IPO yang komprehensif, termasuk pelaburan pra-IPO, pembiayaan IPO dan nasihat korporat.  Legacy bertujuan untuk membimbing syarikat-syarikat ini dalam melaksanakan Penyenaraian A.S. dengan keseluruhan proses penyenaraian dijangka mengambil masa antara 12 bulan hingga 18 bulan.  Perkhidmatan termasuk menyelia struktur modal, menyelaraskan proses penyenaraian, dan membangunkan strategi pasaran modal terperinci. Majlis menandatangani perjanjian ini menyerlahkan komitmen Legacy untuk […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation