KKDW peruntukkan RM1.7 juta untuk pendigitalan usahawan desa
SHAH ALAM – 14 Ogos, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.7 juta bagi mempergiatkan program edagang dan pendigitalan kepada usahawan luar bandar di bawah bimbingannya. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) ini menyasarkan penyertaan 1,000 usahawan pada tahun ini. https://youtu.be/s9kfUWMRNJg Katanya PPU diperkenalkan bagi memberi kursus atau latihan secara praktikal untuk membolehkan usahawan desa mendigitalkan perniagaan mereka melalui pemasaran perniagaan dalam talian yang secara tidak langsung akan membantu memperkembangkan perusahaan yang dilaksanakan. Selain melengkapkan kemahiran usahawan desa untuk mendigitalkan perniagaan bagi memudahkan mengadaptasi dan menceburi perniagaan secara atas talian. Tambahnya, pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan di bawah sepuluh modul dengan kerjasama rakan-rakan strategik kementerian ini merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan […]