trending_flat

Kelab GTR Malaysia Bakal Latih Komuniti Miskin Bandar, Bantu Mereka Cari Pendapatan

PUTRAJAYA, 20 Mei - Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) hari ini menerima Surat Kelulusan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) untuk memberikan latihan kemahiran keusahawanan dan perniagaan kepada golongan B40 di kawasan bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka. Program tersebut dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sudah diperkenalkan sejak 2013. Pengasas Kelab GTR, Nordin Mat menerima surat berkenaan daripada Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti KPKT, Suhaimi Ali dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya, semalam. Dalam ucapan aluan beliau, Suhaimi berkata program PEKB diadakan untuk menyahut seruan kerajaan untuk membantu penduduk miskin di kawasan bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka seterusnya berjaya keluar daripada garis kemiskinan bandar. "Program ini merupakan salah satu daripada program pembasmian kemiskinan bandar yang dilaksanakan oleh pihak kementerian yang bermula sejak tahun 2013 dan ia bermatlamat meningkatkan kemahiran kumpulan sasar yang berdaftar […]

trending_flat

ISU SAMPAH DI BANGUNAN FLAT KOS RENDAH TAMAN UNGKU TUN AMINAH (TUTA) DISELESAI DENGAN SEGERA

PUTRAJAYA, 18 Mei 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, di atas peringatan dan nasihat baginda mengenai kerja-kerja pembersihan di kawasan Flat Kos Rendah Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai, Johor Bahru semasa menerima mengadap Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada 15 Mei 2023 yang lalu. Flat Kos Rendah Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) terdiri daripada 88 blok flat dan 4,089 unit rumah yang telah berusia lebih 40 tahun dengan berkepadatan penduduk yang tinggi. Beberapa masalah telah dikenalpasti iaitu infrastruktur yang usang, tahap kesedaran kepentingan menjaga kebersihan yang rendah, serta kekurangan dana akibat kutipan caj pengurusan yang rendah. KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengarahkan syarikat […]

trending_flat

HANYA SATU: “THETA” DI BALAI SENI NEGARA

KUALA LUMPUR – Pameran Hanya Satu di Balai Seni Negara kini membawakan karya "THETA", instalasi terbaharu oleh artis Bono Stellar yang dipamerkan di Lobi Galeri Balai Seni Negara bermula 24 April 2023 sehingga 24 Julai 2023. "THETA" menampilkan projeksi warna dan eksperimen untuk menciptakan ilusi mimpi yang didorong oleh gelombang Theta. Pengunjung berpeluang untuk merasai ruang instalasi imersif yang dapat menimbulkan pengalaman unik ilusi yang dicipta menerusi garis dan bahan reflektif. Ia mewujudkan pengalaman seperti mimpi yang nyata, sambil mencetus tanda soal, rasa ingin tahu serta renungan dalam kalangan penonton. Bono Stellar Menurut Bono Stellar, “dengan pelbagai metodologi yang diamalkan sebelum ini dalam proses penyembuhan diri, kini saya menggunakan gelombang Theta sebagai satu cara untuk melahirkan rasa syukur dan menabur niat di alam minda bawah sedar, membiarkannya tumbuh semasa saya tidur. Saya mengamati minda saya semasa sedar dengan tujuan untuk […]

trending_flat

SPNB KOMITED TINGKAT PENYEDIAAN RUMAH MAMPU MILIK SEJAJAR ASPIRASI MALAYSIA MADANI

KOTA BHARU, 12 MEI 2023 – Ketua Setiausaha (KSU) KPKT Datuk M Noor Azman bin Taib yang mewakili Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tuan Nga Kor Ming (YB KM), telah menyerahkan kunci kepada penerima rumah dibawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) serta memberi penghargaan kepada kontraktor cemerlang di Majlis Penyerahan Kunci dan Penghargaan Program RMR peringkat negeri Kelantan di Kota Bharu pada petang semalam. Menurut KPKT dalam satu siaran media, sehingga kini, Negeri Kelantan telah menerima 13,719 jumlah permohonan semenjak program ini diperkenalkan pada tahun 2002. Sepanjang Januari sehingga April 2023 pula, negeri Kelantan telah menerima 740 jumlah permohonan dan terdapat 662 permohonan lagi masih dalam senarai menunggu. Berikutan sambutan yang amat baik diberikan, pihak Kerajaan menyasarkan untuk membina sejumlah 500 unit RMR khusus kepada pemohon di Negeri Kelantan pada tahun ini yang bakal melibatkan RM10 juta subsidi daripada Kerajaan […]

trending_flat

SEMPADAN LAUT CHINA SELATAN, MALAYSIA SERIUS TANGANI ISU PENCEROBOHAN BOT NELAYAN ASING

KOTA BHARU, 11 Mei 2023 - Kerajaan melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sentiasa mempertahankan kedaulatan perairan negara khususnya daripada ancaman pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) di sepanjang Laut China Selatan dengan menyelaras operasi bersama-sama agensi penguat kuasa lain di negara ini. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Op Naga merupakan tindakan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menggerakkan agensi penguatkuasaan yang berkaitan di negara ini secara bersepadu dalam membendung isu tersebut. Selain daripada Op Naga, Maritim Malaysia turut melipatgandakan usaha dengan melancarkan Op Kuda Laut bagi menghalang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku di kawasan perairan negara. Sepanjang lima tahun pelaksanaan bagi kedua-dua operasi berkenaan, Maritim Malaysia telah berjaya menahan sejumlah 474 BNA dengan 384 daripadanya adalah BNA Negara Vietnam. Nilai rampasan bagi kesemua BNA adalah berjumlah lebih RM670 juta. Saifuddin berkata demikian pada sidang […]

trending_flat

KERJASAMA KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM NEGARA DIPERTINGKATKAN

PUTRAJAYA, 9 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) digesa mempertingkatkan lagi keselamatan sempadan negara dengan memperkukuhkan kerjasama dengan negara-negara jiran melalui pelaksanaan operasi khas antara negara. Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan Maritim Malaysia perlu melaksanakan kerjasama erat dengan mengadakan operasi bersama sebagaimana yang sedang dilaksanakan dengan pihak Australian Border Force (ABF) di Tanjung Sedili, Johor baru-baru ini. Dalam perkembangan yang lain beliau turut memaklumkan Kerajaan kini sedang melaksanakan Dokumen Pengenalan Pelarian (DPP) bagi mendapatkan jumlah sebenar pelarian dan penerima suaka yang berada di dalam negara. Saifuddin berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini semalam. Turut hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana […]

trending_flat

25 PEGAWAI PENGUAT KUASA TIMBA KEPAKARAN AUSTRALIAN BORDER FORCE

TANJUNG SEDILI, 8 Mei 2023 - Seramai 25 orang pegawai penguat kuasa dari pelbagai agensi tempatan telah menyertai tiga hari bengkel yang dianjurkan sempena Operasi Redback Ke-18 mulai hari ini sehingga 10 Mei nanti. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata bengkel yang diadakan ini bertujuan memperkasakan anggota penguat kuasa tempatan seperti Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia melalui teoritikal, praktikal serta taktikal dalam menangani isu-isu jenayah. Malah selaku sebuah agensi yang berpengalaman, pihak Australian Border Force (ABF) turut akan berkongsi kepakaran mereka dalam pelbagai bidang keselamatan khususnya dalam pelaksanaan risikan dan operasi bagi kegiatan jenayah rentas sempadan. Beliau memaklumkan perkara berkenaan ketika sidang media sempena Majlis Perasmian Op Redback XVIII di sini hari ini. Turut hadir sama pada Majlis Perasmian Op […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation