PRN KEDAH – BN+PH lancar manifesto Khamis ini
ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan melancarkan manifesto mereka pada khamis ini sebagai tawaran kepada rakyat negeri ini sekiranya mereka dipilih bagi membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, manifesto yang menyantuni semua golongan termasuk nelayan, pesawah, penoreh getah, perindustrian, pelancongan, belia serta wanita itu diyakini mampu membawa kestabilan dan kesejahteraan rakyat. "Ada banyak perkara yang akan dibentangkan dalam manifesto itu. Manifesto tersebut akan menyentuh mengenai perkara-perkara yang mampu memberi kebaikan kepada rakyat secara menyeluruh kerana kerajaan negeri ketika ini bukan saja gagal, malah tak buat apa-apa pun. "Apa yang beliau (Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) buat selain mengata orang lain? Kalau nak jadi pemimpin, anda kena serius kerana antara kepimpinan negeri dengan rakyat, di tengah-tengahnya ada pegawai kerajaan yang […]