trending_flat

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM), telah mengetuai delegasi Malaysia ke The 10th AsiaPacific Forum on Sustainable Development (APFSD10) yang berlangsung pada 27 hingga 30 Mac 2023 bertempat di Pusat Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCC), Bangkok. Bertemakan ‘Mempercepatkan pemulihan daripada penyakit Coronavirus (COVID-19) dan pelaksanaan penuh Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan di semua peringkat di Asia dan Pasifik’, APFSD10 merupakan sebuah forum antarabangsa yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Penganjuran APFSD10 ini bermatlamat untuk menyokong tindakan susulan dan kajian semula kemajuan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di peringkat serantau. Ia juga berperanan sebagai Mesyuarat Persediaan Serantau ke Forum Politik Peringkat Tinggi (HLPF) di New York pada Julai 2023. Selaras dengan fokus HLPF 2023, APFSD10 akan menilai kemajuan pelaksanaan SDGs melibatkan Matlamat 6 (Air bersih dan sanitasi); Matlamat […]

trending_flat

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 - Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5. Dinamakan Program Amal Tayar Rahmah, ia ditawarkan oleh Bengkel Dania Garage pada 20 Mac lalu. Menurut pemilik bengkel itu, Mohd Mustakim Mohd Munawir, beliau menganjurkan jualan amal itu sebagai sebahagian sumbangan penghargaan kepada pelanggan bengkelnya. "Saya berterima kasih kepada semua pengguna dan pemilik motosikal yang menjadi pelanggan dan menyokong bengkel saya selama ini. Jadi sempena bulan Ramadan ini juga saya menawarkan tayar motosikal pada harga Rahmah, juga dengan tujuan untuk membantu meringankan beban pemilik motosikal," katanya kepada media hari ini. Tambah beliau, jualan amal yang dianjurkan selama sehari itu telah berjaya menarik kehadiran kira-kira tiga ribu pemilik motosikal. Bagaimanapun pihaknya memperuntukkan sejumlah seribu unit tayar untuk dibeli oleh pemilik motosikal pada harga RM5 […]

trending_flat

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 - Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diadakan di 13 Negeri mulai 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H dengan lokasi pertama di Masjid Batu 8, Gombak Selangor. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa […]

trending_flat

RESPA MALAYSIA and Glide Technology Sdn Bhd signed partnership MOU

KUALA LUMPUR 23 March 2023 - RESPA MALAYSIA signed a historic accord in the form of a MOU with Syarikat GLIDE Technology Sdn Bhd on Thursday. GLIDE Tech deals in multi purpose lubricants and petroleum products and to this the company partnered strategically with PETRONAS on some of their premier products. The MOU was signed between DPMCH representing RESPA and Dato Muhazli Muhamad, founder and President of GLIDE. Also present were Supt Shafie Sharif representing Jabatan Logistik PDRM, DS Mortadza Nazarene, Chairman SLC Selangor, Dato Christopher Wan SK and Dato Setia Mohd Isa. A briefing was earlier given by the Staff of the company and a guided tour followed. It was quite remarkable to see how GLIDE grows from its inception in 2006. Today she exports her products to some countries abroad. The MOU signed yesterday will be looking at […]

trending_flat

Penyertaan Malaysia Ke Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023

Dunia memberi perhatian kepada agenda air dan Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2023 merupakan kali kedua Sidang Kemuncak PBB meletakkan isu air sebagai agenda utama sejak tahun 1977. Malaysia menyahut gesaan PBB dalam Dekad Tindakan Air 2018 hingga 2028 dengan penyertaan delegasi Malaysia yang diketuai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ke Persidangan yang bermula pada 22 hingga 24 Mac 2023. Kerajaan Malaysia telah menerima jemputan rasmi daripada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres serta Pengerusi Bersama Persidangan iaitu Kerajaan Negara Belanda dan Republik Tajikistan. Persidangan ini merupakan platform tertinggi di peringkat dunia berhubung air dan ia akan menetapkan hala tuju dan keutamaan dunia untuk meningkatkan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) 6 berkaitan Air Bersih dan Sanitasi. Kebanyakan negara anggota PBB menyertai Persidangan bagi menyatakan pendirian negara masing-masing dalam mesyuarat plenari dan 5 dialog […]

trending_flat

KPKT Proaktif Mantapkan Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti Kepada Rakyat Melalui Pelantikan Panel Berkepakaran (Panel Of Experts-POE)

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyerahkan Watikah Pelantikan kepada 28 orang Panel Berkepakaran (Panel Of Experts- POE) bertempat di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. Panel Berkepakaran ini merupakan individu serta pemain industri yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas dalam berkaitan sektor Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kemampanan Bandar, Pengurusan Sisa Pepejal serta Perkhidmatan Kebombaan di Malaysia sepertimana fungsi dan peranan Kementerian ini. Ahli-ahli POE ini dilantik daripada individu berlatar belakangkan pelbagai bidang seperti perumahan, kewangan, ekonomi, kebombaan dan pembinaan. Ia juga melibatkan penyertaan individu-individu daripada institusi-institusi seperti Khazanah Research Institute, House Buyers Association (HBA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Real Estate & Housing Developers' Association - REHDA), Bar Council, Persatuan Arkitek Malaysia, Bursa Malaysia Berhad, Association of Banks Malaysia, Profesor Universiti dan lain-lain. YB KM berkata, “Pelantikan […]

trending_flat

Program Literasi Kewangan Sempena Global Money Week 2023 Dan Pengumuman Malaysia Book Of Records (MBOR)

Batu Caves, 20 Mac 2023 - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menganjurkan Program Literasi Kewangan dan Pengumuman Malaysia Book of Records (MBOR). Program ini merupakan salah satu program berimpak tinggi yang melibatkan kerjasama antara AKPK dan JPPKK bagi meraikan Global Money Week (GMW) yang sedang berlangsung bermula dari semalam sehingga 26 Mac 2023 dan disambut di seluruh dunia dengan tema pengurusan kewangan – “Plan Your Money, Plant Your Future”. Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya dalam konteks pemerkasaan pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar Insitutusi Pendidikan Tinggi (IPT). Sebanyak 36 politeknik dan 105 kolej komuniti yang terdiri daripada pelajar dan staf telah menyertai program ini secara serentak sekaligus berjaya melakar sejarah mencatatkan seramai 38,847penyertaan seterusnya mengesahkan pencapaian ini dan berjaya direkod di dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Dalam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation