trending_flat

KOPERASI GTR & SIME DARBY OILS JALIN KERJASAMA PERKENAL MARJERIN EKSKLUSIF JENAMA ALIF UNTUK GTR BURGER

PETALING JAYA, 20 Mac 2023 - Koperasi GTR dan Sime Darby Oils (SDO), menjalin kerjasama memperkenalkan marjerin eksklusif di bawah jenama Alif untuk dipasarkan bersama jenama burger tempatan, GTR Burger. Ketua Jualan Pelanggan SDO, Mohammad Rahimi Abdullah berkata, marjerin eksklusif ini dipasarkan khas menerusi kerjasama antara Sime Darby Oils dan GTR. "SDO adalah pengusaha minyak sawit yang mampan di Malaysia, dengan kerjasama ini bekalan tidak putus dan memenuhi keperluan pelanggan. "Sebagaimana diketahui umum minyak masak ALIF dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak. "Hari ini, kami umumkan kerjasama antara Sime Darby dan GTR Burger menerusi perjanjian eksklusif dimana marjerin ALIF akan dibekalkan di semua gerai GTR, " katanya kepada media. Beliau berkata demikian selapas menandatangani majlis Memorandum Persefahaman Bersama (MOU) antara marjerin ALIF untuk GTR Burger […]

trending_flat

Tapak Akuaponik Berteknologi Nano – Floraponic Farm Malaysia @ Manong

MANONG, PERAK, 19 Mac 2023 - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Tuan Chang Lih Kang semalam merasmikan Floraponic Farm Malaysia @ Manong (FFM @ Manong) sebuah tapak akuaponik berasaskan teknologi nano berskala besar di Manong, Perak. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan juga Pengurusan Tertinggi MOSTI. FFM @ Manong merupakan sebuah projek kerjasama akuaponik berskala besar antara NanoMalaysia Berhad (NMB), sebuah agensi di bawah MOSTI, bersama Flora Niaga Sdn Bhd (FMSS) yang telah bermula sejak tahun 2022. Projek ini merupakan salah satu inisiatif MOSTI dan NanoMalaysia untuk memastikan pemerkasaan jaminan makanan di Malaysia. Projek ini diterajui oleh NMB di bawah program REVOLUTIoNT yang memberi tumpuan kepada nanoteknologi dan pembangunan produk serta penggunaan Internet Pelbagai Benda Nano (IoNT) untuk meningkatkan penyelesaian teknologi bagi pelbagai penggunaan, termasuk dalam industri makanan […]

trending_flat

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim telah menerima Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som sekaligus menanggung tugas berkenaan sehingga Ketua Pengarah yang baharu dilantik. Datuk Saiful Lizan berkata sebagai salah seorang pegawai perintis ketika penubuhan Maritim Malaysia, Dato’ Mohd Zubil merupakan antara pegawai yang telah diarahkan bagi menguruskan proses kemasukan pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke dalam Maritim Malaysia pada tahun 2006. Atas komitmen tinggi dan kewibawaan dalam memastikan Maritim Malaysia setaraf dengan agensi penguat kuasa lain di dalam negara ini, Dato’ Mohd Zubil juga turut menjadi tulang belakang kepada usaha penubuhan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan Pahang. Diwujudkan bagi memberikan latihan kemahiran dan kepakaran pegawai serta anggota khususnya bagi pengambilan […]

trending_flat

Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bersara selepas 42 Tahun Berkhidmat kepada Negara

PUTRAJAYA, 16 Mac 2023 - Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som akan bersara wajib pada19 Mac 2023 selepas menabur bakti selama 42 tahun menjaga keselamatan perairan negara. Memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah ke-5 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bermula 19 Ogos 2019, Dato’ Mohd Zubil telah menerajui Agensi ini selama hampir 3 tahun 7 bulan selepas dilantik bagi mengambil alih tugas mantan Ketua Pengarah pada ketika itu iaitu Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili bin Abu Bakar yang telah bersara wajib. Pada ucapan beliau, Dato’ Mohd Zubil menekankan agar seluruh warga agensi ini sentiasa kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. “Jangan sesekali membuka ruang kepada orang luar untuk mempertikaikan kredibiliti dan kemampuan kita. Kita haruslah sentiasa memberikan yang terbaik meskipun pelbagai cabaran dan dugaan harus kita hadapi. […]

trending_flat

Naiktaraf Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tambun Bakal Memperkasa Pengoperasian JBPM Di Negeri Perak

IPOH, 11 MAC 2023 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun pada petang semalam. YAB Perdana Menteri juga turut mengumumkan naik taraf BBP Tambun daripada Balai Kategori D ke Balai Kategori C di majlis tersebut. Pengoperasian BBP Tambun ini sekaligus menjadikan Negeri Perak sebagai negeri kedua di Malaysia yang mempunyai bilangan balai bomba terbanyak iaitu sebanyak 35 buah balai. Pada ketika ini, bilangan perjawatan di BBP Tambun adalah seramai 10 orang dan diketuai oleh seorang Pegawai Bomba Gred Penolong Penguasa Bomba KB26. Dengan pengumuman naik taraf ini, bilangan perjawatan di balai berkenaan akan ditambah kepada 29 orang anggota dengan diketuai oleh Ketua Balai gred KB29. Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) juga telah ditempatkan di balai ini bagi tujuan operasi pemadaman dan penyelamatan YAB Perdana Menteri yang juga […]

trending_flat

GTR Burger Sasar Santuni 2 Juta Umat Islam  Menerusi Program Kebahagiaan Ramadan 2023

SEREMBAN, 11 Mac 2023 - GTR Burger dan Pertubuhan Rezeki Infaq (RI) menjalin kerjasama untuk melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena kedatangan bulan Ramadan nanti. Dinamakan "Kebahagiaan Ramadan 2023", program yang akan dilancarkan itu nanti mensasarkan 2 juta umat Islam menerima manfaatnya. Menurut Pengasas GTR Burger, Nordin Mat, kerjasama dengan RI itu juga membuka peluang kepada pihak-pihak lain untuk beramal sempena bulan Ramadan menerusi infak dan sedekah jariah menerusi program tersebut. "Gabungan kedua organisasi ini menghasilkan satu program "Kebahagiaan Ramadan 2023" yang antara agendanya adalah mencari dana serta memberikan manfaat kepada 2 juta orang sepanjang bulan Ramadan nanti. Selain mengimarahkan bulan Ramadan tahun ini, kami juga ingin menjadikan bulan yang mulia itu lebih bermakna kepada kita semua melalui rezeki yang dikongsi bersama orang yang memerlukan", katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini. Tambah beliau, fokus dan objektif bagi […]

trending_flat

Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Bersama Industri 2023

ARAU, 10 Mac 2023 - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik bersama Industri 2023 disini, semalam. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Sebanyak lapan (8) Sijil Kolaborasi Strategik telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Abdul Malek bin Hassan, Pengarah PTSS bertempat di Dewan Bakuet, Pauh Inn Educational and Training Centre, disini. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj Muhadzir Mohd Isa, Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Industri, PTSS serta wakilwakil industri yang terlibat antaranya ialah Mr. Masatoshi Tachikawa, Managing Director, Tokyo Athletic Club Co., Ltd. (TAC), YBhg. Dato’ Sri Subahan Kamal, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), YBhg. Dato' Mohd Fakhruddin Md Noor, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Digital Kebangsaan (NEDMA), Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation