Ada Urusan Sejarah Tidak Selesai Antara Zaman British dan Kedah
ALOR SETAR, 20 JUN 2023- UMNO negeri Kedah menyifatkan masih terdapat urusan yang belum selesai berkaitan sejarah antara zaman penjajahan British dan kerajaan Kedah pada masa itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengenai kedudukan Pulau Pinang dan Kedah. "Sebagai rakyat Kedah dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Barisan Nasional (BN) negeri, saya menjunjung titah Tuanku pada Hari keputeraan Tuanku (yang ke-81) adalah ucapan yang lahir daripada hati Tuanku. "(Ia) berkaitan dengan sejarah negeri Kedah yang panjang danmengambil daripada titah ucapan Baginda menunjukkan Tuanku sangat memahami bahawa fakta sejarah di Kedah ini khususnya dalam sejarah Kedah tua sehinggalah kepada zaman penjajahan British, ada perkara yang saya boleh tafsirkan 'unfinish business' yang tidak diselesaikan oleh British," katanya pada sidang media di sini, hari ini. […]