trending_flat

Merdekakan diri dari belenggu emosi

Oleh: Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nur Nadhirah Mat Nawi 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia dan pada tahun 2024 ini genap 67 tahun kita menyambut kemerdekaan. Selama 67 tahun kita merdeka, bebas daripada dijajah kuasa asing. Namun bagaimana pula dengan diri kita? Adakah kita sendiri sudah bebas daripada perasaan negatif yang sudah lama bersarang dalam diri? Sebelum itu mari kita fahamkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan istilah merdeka itu sendiri. Merdeka bermaksud bebas, jika dilihat dalam konteks negara kita bebas dan tidak terikat dengan penjajah. Merujuk kepada konteks diri, merdeka bermaksud bebas dan terlepas dari dibelenggu perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. Jadi perkara utama yang perlu dilakukan bagi memerdekakan diri daripada belenggu emosi adalah memahami kesejahteraan psikologi diri. Belajarlah untuk mengawal dan membentuk pemikiran yang positif setiap hari (Zulmaury Saavedra - Unsplash) […]

trending_flat

Zahid deklamasikan puisi “Jiwa Merdeka”

Saksikan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mendeklamasikan puisi "Jiwa Merdeka". Bersama kita hayati makna kemerdekaan melalui bait-bait puisi ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67.  

trending_flat

Pelajar Polisas Raih Kemenangan dalam Sukma 2024

KUANTAN – “Saya amat teruja dan bangga apabila dapat mengibarkan bendera negeri dan mendengar lagu negeri Pahang berkumandang di dalam stadium tempoh hari ”, ujar Nur Ayu Rohma Mohd Insan, 19, yang berkongsi perasaan ketika diumumkan sebagai pemenang Pingat Emas acara Pencak Silat Kategori Tanding - Putri Kelas A (45kg-50kg), pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak baru-baru ini. Beliau yang merupakan pelajar semester satu, Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah menceburi pelbagai bidang sukan bermula dengan sukan taekwando , olahraga balapan dan padang serta mula berjinak-jinak dalam bidang silat pada tahun 2021, ketika berusia 16 tahun. “Saya dilahirkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam bidang silat di bawah bimbingan Persatuan Seni Silat Gerak Pusaka Alam Pahang. Selain dorongan berterusan oleh keluarga dan jurulatih, saya juga berminat dalam bidang silat ini kerana latihan silat […]

trending_flat

Istana Budaya OTM On The Street Melebarkan Sayap Memeriahkan Program Melaka Bila Larut Malam Edisi September

MELAKA, 31 Ogos 2024 – Istana Budaya menerusi program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia – OTM ON THE STREET @ BANDA HILIR MELAKA kini melebarkan sayap bersama memeriahkan program Melaka Bila Larut Malam Edisi September atau “Melaka Nightlife” semalam yang bermula dari jam 8.30 malam hingga 12.30 pagi. Kejayaan OTM ON THE STREET yang pernah diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Julai 2024 yang lalu telah menjadi satu fenomena luar biasa dan kini kembali menghangatkan tourist centre of attraction di Banda Hilir Melaka. Keistimewaan program Melaka Nightlife edisi September ini dianjurkan dengan suntikan semangat patriotik seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan pada malam 31 Ogos 2024. Tetamu kehormat yang turut hadir bersama adalah YB Dato’ Azhar Haji Arshad - Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman - EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya […]

trending_flat

Semangat Jiwa Merdeka warnai Sambutan Hari Kebangsaan 2024

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2024 – Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024, membuktikan semangat patriotik kekal subur dalam jiwa rakyat Malaysia. Bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Hari Kebangsaan 2024 disemarakkan dengan acara perbarisan dan perarakan oleh 17,262 orang peserta melibatkan komponen perarakan kumpulan pancaragam, pergendangan, aset hidup, aset kenderaan dan kontinjen Kenegaraan, Komuniti Malaysia MADANI, Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan serta Keselamatan Negara. Sebagai simbolik sambutan ke-67, sebanyak 67 buah kenderaan Kontinjen KMJG daripada pelbagai latar belakang kaum, umur dan profesion dalam usaha membawa imej kebersamaan dalam kepelbagaian, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI. Antara yang menarik termasuklah Teres Grafik Manusia yang melibatkan 2,000 pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pancaragam Formasi terdiri daripada 300 pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tempur […]

trending_flat

Mavenir dan Whitestack Memperluas Ekosistem Fungsi Rangkaian Terbuka

Penyepaduan yang berjaya bagi fungsi rangkaian Mavenir utama ke dalam platform Open Telco Cloud Whitestack berdasarkan teknologi Intel RICHARDSON, Texas, Aug. 28, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Mavenir, penyedia infrastruktur rangkaian asli awan yang membina masa depan rangkaian dan Whitestack, pembangun yang berasaskan sumber terbuka bagi penyelesaian Telco Cloud, hari ini mengumumkan kejayaan penyempurnaan penjajaran teknologi yang membolehkan penyelesaian IMS Cloud-Native Mavenir disepadukan dengan lancar ke dalam Platform Awan Telco Whitestack – menunjukkan kepakaran penting Mavenir dalam memudahkan penempatan asli awan. Kerjasama itu dimulakan sebagai sebahagian daripada penggunaan dengan pengendali Tahap 1 terkemuka di Amerika Latin dan memanfaatkan keupayaan kuasa dan prestasi pemproses Intel Xeon dan teknologi Intel Ethernet. Memperkasakan pengendali mudah alih untuk menggunakan beban kerja telekomunikasi pada penyelesaian awannya ialah aspek asas strategi asli awan Mavenir. Pengumuman hari ini menandakan pencapaian integrasi penuh dengan penyelesaian Telco Cloud Whitestack – […]

trending_flat

KEENON Robotics Mempamerkan Penyelesaian Perkhidmatan Pintar Inovatif dengan Kepintaran Terwujud di Persidangan Robot Dunia 2024

BEIJING, Aug. 27, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — KEENON Robotics mempersembahkan penyelesaian perkhidmatan pintar terbaharunya dengan kecerdasan yang terwujud dalam Persidangan Robot Dunia 2024, yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Beijing Etrong, dari 21-25 Ogos 2024. Persidangan tahun ini, bertemakan “Memupuk Daya Produktif Berkualiti Baharu, Inovasi untuk Masa Depan Pintar,” menghimpunkan pakar terkemuka, perintis industri dan inovator untuk meneroka kemajuan terkini dalam teknologi robotik. Pada majlis itu, KEENON Robotics memperkenalkan pengalaman “Hab Pintar” yang canggih, menyediakan pameran yang mendalam tentang potensi transformatif robotik merentas pelbagai industri, termasuk hospitaliti, perkhidmatan restoran dan penjagaan kesihatan. Pameran itu menampilkan barisan robot perkhidmatan yang mengagumkan, termasuk DINERBOT T10, T9, T8, BUTLERBOT W3, KLEENBOT C30, KEENON S100, Robot Pembasmian Kuman M2, robot penghantaran perubatan KEENON Healthcare X101 dan banyak lagi. Ini menyerlahkan komitmen KEENON untuk menterjemah robotik termaju kepada aplikasi praktikal yang menonjolkan kecekapan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation