trending_flat

Fahmi Fadzil Iktiraf Selebriti Wawa Zainal, Aeril Zafrel & Ac Mizal Sebagai Usahawan Cemerlang Di Anugerah SEBA 2022

KUALA LUMPUR, 8 DECEMBER 2022 – Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil merasmikan acara penganugerahan tahunan ‘SME and Entrepreneurs Business Award 2022 (SEBA 2022) Central Grand Awards Presentation Gala’ dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Suriani Ahmad. Dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia, SEBA 2022 Central Grand Awards dilangsungkan pada 8 Disember 2022 di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Bertemakan “RISE UP”, gala penganugerahan edisi ke-7 ini meraikan SME dan usahawan terkemuka di Malaysia termasuk pelakon dan model, Wawa Zainal, pelakon Aeril Zafrel, selebriti tempatan Dato’ Mizal Zaini (AC Mizal), usahawan terkenal TikTok, Hosni Mubarak Elarab, Usahawan Terbaik Tahun ini YBhg Datuk (Dr) Vinod Sekhar dari Petra Group berserta jenama Malaysia paling berjaya seperti Uncle Don’s, Hartalega, dan banyak lagi. Sebanyak 55 anugerah disampaikan kepada usahawan-usahawan teladan bagi menghargai prestasi cemerlang dan usaha inovatif mereka […]

trending_flat

PELUNCURAN BUKU KEADILAN BAGI ORANG YANG BERSOLAT TERBITAN ABIM, DI PERAK

13hb November 2022: Alhamdulillah, bertempat di Chepor, Perak, Presiden ABIM Ke-2, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluncurkan buku “Keadilan Bagi Orang Yang Bersolat” terbitan ABIM dan Institut Bitara sempena Majlis Pelancaran Pra Sambutan 30 Tahun SERI ABIM Al-Ummah, Perak. Hadir sama, Prof. Ustaz Dr. Razali Nawawi (Presiden ABIM Pertama); Prof. Dato’ Dr. Redzuan Othman (Pengerusi Majlis Syura WADAH-ABIM-PKPIM Kebangsaan) dan Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM ke-10). Naskah ini adalah satu nukilan dari inspirasi yang digarap sewaktu DSAI menatap Kitab “Munyatu ‘l-Musalli” karangan Shaykh Daud bin Abdullah Al-Fatani, ketika dipenjarakan sebagai tahanan politik. Kitab ini amat besar nilainya dalam kompilasi khazanah manuskrip Melayu lama yang menjadi simbol penerusan kegemilangan budaya ilmu di alam Melayu. Shaykh Daud ketika mengajar tentang kesempurnaan solat menerusi tulisan beliau dalam kitab Munyatu ‘l-Musalli turut mengabadikan kepentingan menghormati kerukunan masyarakat terutama sang penguasa yang wajib […]

trending_flat

‘CFM RANGERS’:
WIRA BAHARU KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2022 – Forum Pengguna Komunikasi & MultimediaMalaysia (CFM) telah melancarkan skuad sukarelawan yang dikenali sebagai ‘CFMRangers’ bagi menjalankan program-program kesedaran dan juga mengumpulkanmaklumat berhubung isu komunikasi dan multimedia bersama komuniti tempatandiseluruh Malaysia Pengerusi CFM, En. Muhammad Radzillah Abdullah berkata, untuk pelancaran skuadsukarelawan ‘CFM Rangers’ ini, terdiri daripada pelajar Institut Pengajian TinggiAwam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh Malaysia,antaranya adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Kolej Universiti Agrosains Malaysia(UCAM) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTECH) Shah Alam. “Para pelajar IPTA dan IPTS adalah kumpulan besar yang berkait rapat dengankomunikasi dan multimedia di mana pembelajaran kelas secara dalam talian,penggunaan internet bagi mendapatkan maklumat, kaedah berinteraksi sesamarakan, untuk membuat pesanan makanan malahan juga menggunakan internetsebagai platform untuk jualan dalam talian.” Jelasnya, perkembangan landskap dan evolusi komunikasi dan multimediasememangnya memberi kesan baik […]

trending_flat

PRESIDEN ABIM HADIRI SIRI DIALOG YANG MENAMPILKAN BILAL ERDOĞAN DARI TÜRKIYE

6 DISEMBER 2022: - Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz dan pimpinan ABIM telah berpartisipasi dalam Siri Dialog “The Role of Asia-Pacific Countries in New Conjecture for Malaysian Youth” menampilkan H.E. Necmeddin Bilal Erdoğan, Presiden The World Ethno Sports Confederation bertempat di Yunus Emre Institute, Jalan Sultan Ismail. Kehadiran beliau adalah utusan Presiden Türkiye sebagai penghormatan Türkiye kepada Kerajaan Perpaduan Malaysia pimpinan Perdana Menteri ke 10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Program tersebut adalah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM), Islamic Cooperation Youth Forum (ICYF) dan Pejabat Kedutaan Türkiye di Malaysia. Hadir sama Duta Republik Türkiye di Malaysia, H.E. Emir Salim Yuksel; Presiden ICYFDC Mr. Taha Ahyan; Presiden MBM Sdra. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; dan Mantan Presiden MBM Sdra. Jufitri Joha. H.E. Necmeddin juga merupakan anak kepada Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan. Terdahulu, pada Disember 2021, Faisal […]

trending_flat

GCET ERATKAN HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2022 – “Dalam tahun 2021 sebanyak 43 projek pembuatan dari negara China yang bernilai $3.98 bilion dolar AS telah diluluskan dan telah menjana hampir 14,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia”. Demikian jelas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim sewaktu berucap merasmikan Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET) 2022 di sebuah hotel terkemuka dekat sini hari ini. Tan Sri Rais mengingatkan kembali hubungan rapat yang telah lama terjalin dengan negara China. Menurut beliau, “Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974 dan hubungan tersebut berjalan dengan lancar selama 48 tahun dalam bidang perdagangan, budaya, pendidikan, keselamatan dan hubungan rakyat dengan rakyat.”. Tan Sri Rais juga menjelaskan bahawa Malaysia dan China telah berada dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang merupakan blok perdagangan terbesar […]

trending_flat

CANSELOR UM ANUGERAHKAN PROFESOR DR SAEDAH SIRAJ GELARAN PROFESOR EMERITUS

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2022 : Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur- Lah, Canselor, Universiti Malaya berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada tokoh pendidikan, Profesor Dr. Saedah Siraj di Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-62 pada hari ini. Profesor Dr. Saedah Siraj merupakan anak kelahiran Muar, Johor dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Sarjana Pendidikan, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di University of Pittsburgh, Amerika Syarikat. Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan tanahair bermula seawal tahun 1977 dengan menjawat jawatan guru di Sekolah Menengah Sungai Mati, Muar, Johor. “Saya bersyukur dan gembira menerima gelaran Profesor Emeritus ini, dan saya berhasrat untuk terus menyumbang kepakaran saya dalam bidang pendidikan kepada Fakulti, Universiti dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi. “Antara perancangan saya setelah diberi gelaran […]

trending_flat

145K Penjual Shopee Mencapai Pertumbuhan 25% Pada 2022

Perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dan kedai yang dioptimumkan memacu keterangkuman ekonomi KUALA LUMPUR, MALAYSIA -6 DISEMBER 2022 - Kajian Shopee Super Awards Milestone 20221 menemui banyak kedai di Malaysia mengatasi jangkaan perniagaan di pasaran sejak 12 bulan lalu. Dari Oktober 2021 hingga September 2022, lebih 145,000 penjual tempatan mencapai pertumbuhan 25% dalam jualan tahun ke tahun di Shopee disebabkan tahap perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dan kedai yang dioptimumkan. Memandangkan banyak penjual platform menjaga lebih daripada tiga tanggungan isi rumah secara purata2 di luar komuniti bakat tempatan dan pekerja gig yang bekerja, ini memenuhi misi Shopee menggunakan teknologi untuk membantu golongan yang kurang mendapat perkhidmatan. Selain itu, Shopee memacu rangkuman ekonomi dengan menyepadukan dan meningkatkan kemahiran lebih daripada 251,000 penjual tempatan yang mula menjual dalam talian tahun ini. Penjual kali pertama ke platform ini mengambil kesempatan daripada ekosistem yang teguh dan ciri inovatif untuk skala operasi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation