trending_flat

PETRA sambut baik aspirasi PM, komited laksanakan reformasi pengurusan tenaga dan transformasi air

PUTRAJAYA, 18 OGOS 2024 — Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyambut baik aspirasi Perdana Menteri dalam Mesyuarat Agung Penjawat Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2024 untuk terus komited memperkasakan perkhidmatan awam sebagai tunjang kemajuan negara. Menurut PETRA menerusi satu kenyataan hari ini, Kementerian menyokong tiga (3) intipati utama reformasi perkhidmatan awam yang diumumkan dengan berusaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan melalui penerapan teknologi dan proses inovatif dalam pengurusan tenaga dan air. "Di samping itu, PETRA juga komited untuk mempersiapkan pegawai dalam menghadapi perubahan dengan menyediakan latihan berterusan dan peluang pembangunan profesional. Dengan pendekatan ini, PETRA yakin dapat memperkukuhkan daya saing negara melalui inisiatif yang menyokong pertumbuhan mampan dan kecemerlangan dalam sektor kritikal ini." kata PETRA. Pelarasan gaji yang diumumkan oleh Kerajaan, dengan kenaikan 15% untuk pegawai Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan […]

trending_flat

Semangat Asean kuat di EMM14 – Fadillah

LIMA, PERU - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof berkata Semangat Asean begitu kuat sekali pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-14 (EMM14) di Lima, Peru, pada 15 dan 16 Ogos 2024, selain kejayaan mesyuarat itu sendiri yang telah mengeluarkan ‘Lima Statement’ - Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri Tenaga APEC Ke-14 . Menurut Fadillah menerusi satu ciapan di Halaman X beliau, ‘Lima Statement’ menekankan komitmen ekonomi APEC untuk meningkatkan kerjasama dan kolaborasi ke arah memacu pembangunan tenaga secara menyeluruh dan lestari di rantau Asia-Pasifik. "Selain menyuarakan pandangan Malaysia dalam tiga sesi intervensi pada mesyuarat EMM14 APEC selama 2 hari itu, saya turut mengambil kesempatan bertemu rakan-rakan Asean. Saya telah mengadakan pertemuan dan perbicangan dua hala dengan Low Yen Ling (Singapore Senior Minister of State for the Ministry of Trade and Industry and […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 4:52 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:52 pagi, 18 Ogos 2024Koordinat: 6.6° Selatan 128.1° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.2Jarak: 325km Selatan dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 318 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

PETRA bekal tenaga solar kepada komuniti Orang Asli di Berasau

KLUANG, JOHOR, 17 Ogos 2024 — Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan menyediakan bekalan elektrik melalui sistem solar dan membina Pusat Komuniti di Kampung Orang Asli Berasau yang akan memberikan manfaat kepada 70 orang penghuni atau 20 buah keluarga dengan sokongan SEDA Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA dalam sesi lawatannya ke kampung tersebut menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Kementerian dalam memastikan rakyat mendapat bekalan elektrik yang asas kerana ia merupakan keperluan penting untuk kehidupan seharian. "Pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur dan sosial utama ini adalah di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan standard perkhidmatan asas seperti air, elektrik, dan kemudahan masyarakat melalui pendekatan Whole of Government. Pelaksanaan inisiatif ini juga telah melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan […]

trending_flat

Fadillah kongsi pelan NETR di EMM14

LIMA, PERU - Mesyuarat Menteri- Menteri Tenaga APEC Ke-14 (EMM14) yang bermula hari ini (15 Ogos waktu tempatan) di Lima Convention Center (LCC), menghimpunkan Menteri-menteri Tenaga dari seluruh rantau Asia-Pasifik untuk membincangkan strategi bagi memacu peralihan tenaga. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh TYT Romulo Mucho, Menteri Tenaga dan Perlombongan Peru. Delegasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof. Dalam ucapan alu-aluannya, Peru selaku pengerusi telah menekankan kepentingan tenaga dalam memacu kemajuan dan keperluan tindakan kolektif untuk mengurangkan ancaman perubahan iklim yang dikaitkan dengan kesan penjanaan tenaga semasa. "Mesyuarat turut mengambil maklum pencapaian dan status pelaksanaan inisiatif dan projek APEC Energy Research Centre (APERC) dan APEC Sustainable Energy Centre (APSEC). Sesi petang mesyuarat memfokus kepada perbincangan berkaitan "Memacu Peralihan Tenaga Merentasi Ekonomi APEC". Menteri-menteri Tenaga APEC telah berkongsi perspektif […]

trending_flat

Gempa bumi lemah di Perairan Tawau, Sabah

Satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di Perairan Tawau, Sabah pada pukul 10:19 pagi tadi. Menurut, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) gegaran mungkin dirasai di sekitar Semporna dan Tawau, Sabah. MET Malaysia akan terus memantau keadaan tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:19 pagi, 16 Ogos 2024Koordinat: 4.4° Utara 118.8° TimurLokasi: Perairan Tawau, SabahMagnitud: 3.9Jarak: 36km Timur dari Semporna,SabahKedalaman: 19 km

trending_flat

SKSPS bakal memanfaatkan seramai hampir 500 pengamal media sambilan di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2024 – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dimenterai hari ini bagi memperluas perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringers) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. "MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Puan Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, Encik John Riba Marin merupakan inisiatif kerajaan bagi menambah baik program perlindungan sosial, terutama bagi pengamal media yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran semasa menjalankan tugas. SKSPS bakal memanfaatkan seramai 493 pengamal media sambilan daripada 45 organisasi media di seluruh negara dengan nilai caruman sebanyak RM232.80 setiap individu bagi tempoh setahun bermula 1 Julai 2024." kata Bernama. Turut disampaikan, Nota Perlindungan PERKESO kepada 10 petugas media sambilan daripada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Astro […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation