trending_flat

Gempa bumi kuat di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Mindanao, Filipina pada jam 12:20 tengah hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:20 tengah hari, 3 Ogos 2024Koordinat: 8.0° Utara 127.0° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.9Jarak: 77km Timur dari Bislig,FilipinaKedalaman: 62 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 8:00 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:00 pagi, 1 Ogos 2024Koordinat: 0.1° Selatan 123.2° TimurLokasi: Semenanjung Minahassa, SulawesiMagnitud: 5.8Jarak: 68km Selatan dari Gorontalo,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

National Space Camp 2024 dedahkan pelajar dan masyarakat tentang misi angkasa

CYBERJAYA, 29 Julai 2024 – Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang hari ini telah merasmikan National Space Camp 2024 (Kem Angkasa Kebangsaan 2024) bertempat di MIGHT Partnership Hub, Cyberjaya. Program pembudayaan sains yang bertemakan “Teknologi dan Pengembaraan Angkasa” itu merupakan kerjasama Apadilangit (Langit Kita Sdn Bhd) dan Starlight Education UK, dengan sokongan oleh Agensi Angkasa Malaysia MYSA), MIGHT (Malaysian Industry-Government Group for High Technology) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MASIC (Malaysian Space Industry Consortium). “Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dan masyarakat tentang misi angkasa, Malaysia Space Exploration 2030 di samping menarik minat pelajar dan masyarakat terhadap sains dan teknologi angkasa. Ia juga bermatlamat untuk mengetengahkan potensi kerjaya dalam bidang angkasa serta membina kepakaran bagi industri angkasa tempatan selaras dengan Strategi 1, Teras Pembangunan Modal Insan dalam Pelan Strategik Industri […]

trending_flat

Pedalaman Sabah Sumbang 37.5 Peratus Pengeluaran Koko Negara

SABAH, 29 Julai 2024 - Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani telah mengadakan program Lawatan Kerja Turun Padang bersama Pekebun Kecil Koko di Kampung Liau Ulu, Keningau, Sabah. Dalam majlis tersebut, beliau turut merasmikan Kursus Teknologi Pasca Tuai dan Pemantapan Kelompok Koko dan Mini Pemprosesan Koko Kampung Liau. Menurut KPK, pada tahun 2023, Industri Koko telah menyumbang pendapatan eksport sebanyak RM8.2 bilion. Ini jelas menunjukkan kepentingan industri ini dalam memangkin ekonomi negara. Sehingga Mei 2024, pendapatan eksport industri koko telah mencapai RM4.8 bilion iaitu kira-kira 58% berbanding pencapaian tahun lepas. "Kawasan pedalaman Sabah telah menunjukkan pencapaian pengeluaran koko yang baik dengan menyumbang sebanyak 37.5% daripada jumlah pengeluaran koko negara. Beberapa pekebun kecil koko di kawasan ini telah berjaya mengeluarkan hasil tinggi koko sebanyak lebih 1,000 kg/hektar/tahun berbanding produktiviti nasional sebanyak 100kg/hektar/tahun. Sebahagian biji koko dari […]

trending_flat

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah aplikasi bernama MyResQ yang dipromosikan melalui video yang tular di aplikasi WhatsApp. Video berkenaan menunjukkan fungsi positif aplikasi MyResQ yang berupaya untuk mempercepatkan bantuan awal kepada mangsa serangan jantung oleh penyelamat berdekatan yang terdiri daripada orang awam berkemahiran. STATUS: BENARPENJELASAN: Aplikasi MyResQ (https://web.myresq.my/) merupakan sebuah inisiatif yang dibangunkan oleh sekumpulan pakar perubatan dengan tujuan untuk memberi bantuan kecemasan awal kepada mangsa serangan jantung mengejut (cardiac arrest) oleh penyelamat berdekatan. Sumber: https://ikram.org.my/aplikasi-myresq-bantuan-awal-mangsa-serangan-jantung/ Tambahan isi lain untuk menjelaskan aplikasi ini adalah: a. MyResQ mendaftarkan penyelamat sukarela dan mesin Automated External Defibrillators (AED)di kawasan umum.b. Ia dapat mengaktifkan panggilan bagi penyelamat berdekatan untuk datang memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa serangan jantung.c. Tindakan ini juga akan mengurangkan tempoh tindak balas kecemasan yang diterima oleh mangsa sementara menunggu bantuan yang sepatutnya tiba oleh […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 4:32 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:32 pagi, 26 Julai 2024Koordinat: 7.6° Selatan 128.8° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.9Jarak: 441km Selatan dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 143 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 8:42 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Satu gempa bumi sederhana telah berlaku dengan maklumat parameter berikut:Waktu Kejadian: 8:42 malam, 24 Julai 2024Koordinat: 6.5° Selatan 130.2° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.3Jarak: 382km Tenggara dari Ambon, IndonesiaKedalaman: 169 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation