trending_flat

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

SELANGOR, 19 Julai 2024 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan lagi kerjasama pengurusan dan operasi melibatkan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) iaitu Pusat Pemulihan Baitul Islah bertempat di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam Selangor. MoU itu ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil sementara bagi pihak MAIS pula ditandatangi oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Dr Haji Ahmad Shahir bin Makhtar. Menurut AADK, program kerjasama antara AADK-MAIS tersebut telah bermula sejak 18 Disember 2017 bertujuan menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah kepada klien termasuk yang mempunyai masalah HIV/AIDS. Penempatan klien dikhususkan kepada klien beragama Islam dan ketika ini hanya dikhaskan kepada klien lelaki sahaja. "Selain itu, MoU ini juga diadakan untuk membimbing klien berkenaan agar terus kuat dan mahir untuk dalam menghadapi stigma […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera,Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera,Indonesia pada jam 11:01 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:01 malam, 18 Julai 2024Koordinat: 5.3° Selatan 100.9° TimurLokasi: Barat Daya Sumatera,IndonesiaMagnitud: 5.5Jarak: 221km Barat Daya dari Bengkulu,IndonesiaKedalaman: 47 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Sindrom ‘Turbo Cancer’ Hanyalah Tuduhan Tidak Berasas Terhadap Penggunaan Vaksin

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Ada yang bertanya kepada kami tentang kesahihan video yang menyatakan munculnya sindrom ‘turbo cancer’ bagi pengguna vaksin Covid-19. Semakan kami mendapati ini adalah video yang muncul pada waktu Covid-19 masih aktif menyerang seluruh dunia. Beberapa badan penyemak fakta dan pusat kajian perubatan juga telah mengeluarkan hasil semakan dan laporan menafikan tuduhan ini. Kami petik sumber dari Reuters Fact Check untuk anda: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Istilah ‘turbo cancer’ direka oleh seorang doktor perubatan keluarga, Dr. Charles Hoffe pada 11 November 2022. Sumber: Reuters Fact Checkhttps://www.reuters.com/article/fact-check/no-evidence-covid-19-vaccines-cause-turbo-cancer-idUSL1N3340PQ/ Tambahan kepada penjelasan di atas adalah: a. Temubual Reuters bersama lima pakar perubatan mengesahkan tiada kaitan antara vaksin Covid-19 sebagai penyebab kanser.b. Dr. Hoffe tidak memberi respon ketika pihak Reuters menghubungi beliau untuk memberi penjelasan lanjut berkenaan tuduhan ini.c. Laporan beberapa pihak lain […]

trending_flat

Membuang aplikasi malware tidak menjamin keselamatan sepenuhnya terhadap peranti

Oleh : JomCheck JomCheck menerima soalan daripada orang awam tentang tahap selamat memuat turun aplikasi kad kahwin dalam format fail APK. Menurut beliau, dia mendapati muncul aplikasi ‘pelik’ selepas memuat turun dan memasang (install) fail itu. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Beliau kemudiannya membuang (uninstall) aplikasi itu tanpa ada sebarang kesan terhadap peranti beliau. STATUS: BENARPENJELASAN: Membuang aplikasi malware merendahkan risiko terhadap peranti. Memuat turun dan memasang (install) aplikasi tidak dikenali dari sumber APK berpotensi menjadi pintu masuk sendiket penipu (scammer) ke peranti anda. Sumber: Norton (Syarikat pengeluar Anti Virus peranti)https://us.norton.com/blog/malware/how-to-remove-malware-from-android-phones#:~:text=Uninstall%20the%20suspicious%20app.,you%20think%20may%20be%20infected. Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/02/21/bahaya-muat-turun-aplikasi-apk-file-tidak-sah/ Tambahan kepada penjelasan di atas adalah: a. Membuang (uninstall) peranti yang disuntik malware daripada peranti ada tidaklah membuang keseluruhan malware dari peranti anda.b. Namun ia akan menghalang daripada kerosakan terus berlaku kepada peranti atau meluaskan serangan kepada peranti-peranti […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 7:39 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:39 pagi, 17 Julai 2024Koordinat: 1.3° Utara 126.1° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.8Jarak: 103km Timur dari Bitung, Indonesia.Kedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

MCMC siasat dua suspek hantar komen jelik

CYBERJAYA, 16 Julai 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa dua suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan bersifat provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform TikTok pada 9 Julai lepas. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata bahawa sesi rakaman percakapan terhadap kedua-dua suspek telah dijalankan semalam setelah aduan diterima daripada orang awam. Dalam operasi yang dijalankan, kad sim dan telefon pintar milik kedua-dua suspek yang digunakan untuk memuat naik komen jelik itu telah disita bagi membantu siasatan. Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada kedua-dua suspek mengikut prosedur yang ditetapkan." kata MCMC. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Seksyen tersebut melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi yang antara lain bersifat jelik, […]

trending_flat

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Dewan Bankuet Canseleri Kompleks Tun Abdul Razak UMPSA kampus Pekan, Pahang. Majlis tersebut telah berlansung pada 11 Julai lepas. MOU telah ditandatangani oleh Encik Khairuzamri M Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Yang Berbahagia Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah. "LPNM adalah agensi yang bertanggungjawab dalam mengawal selia dan memajukan industri nanas negara. Peningkatan permintaan nanas dalam dan luar negara memberikan satu cabaran kepada kami untuk memastikan industri nanas Malaysia sentiasa berada di landasan yang betul dan memberikan impak yang baik kepada pengusaha, penjual dan pengguna akhir. Kerjasama ini membuka peluang besar bagi LPNM mengembangkan ilmu dan kemahiran dalam bidang penyelidikan dan teknologi pertanian. Melalui kerjasama ini, LPNM bakal […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation