trending_flat

Menteri KPKM dan KM Sabah bincang optimumkan penggunaan tanah ke arah keterjaminan makanan negara

KOTA KINABALU, 13 Julai 2024 - Ketika mengadakan pertemuan kunjung hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Haji Mohamad telah berbincang mengenai kerjasama KPKM dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi mengoptimumkan penggunaan tanah ke arah keterjaminan makanan negara serta kerjasama dalam melaksanakan projek pembangunan yang meliputi pemerkasaan sektor ternakan, tanamandan aktiviti pengeluaran serta pemasaran produk hiliran di negeri itu. Menurut KPKM, Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2024 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan bersama Kerajaan Negeri yang merupakan inisiatif belanjawan khas bagi tahun 2024 yang bertujuan untuk membangunkan dan mengoptimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil produk agromakanan negara. "Daripada jumlah tersebut, KPKM telah memperuntukkan sebanyak RM33,593,226.00 kepadaKerajaan Negeri Sabah yang merupakan peruntukan tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain. Peruntukan di bawah program ini telah disalurkan secara […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Ryukyu, Jepun

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 7:18 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:18 pagi, 13 Julai 2024Koordinat: 25.1° Utara 128.1° TimurLokasi: Kepulauan Ryukyu, JepunMagnitud: 5.5Jarak: 128km Selatan dari Naha,JepunKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Gempa bumi kuat di Pulau Vancouver

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Pulau Vancouver pada jam 11:08 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:08 malam, 11 Julai 2024Koordinat: 48.8° Utara 128.8° BaratLokasi: Pulau VancouverMagnitud: 6.0Jarak: 421km Barat dari Vancouver,KanadaKedalaman: 10 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Mindanao,  Filipina

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Mindanao,  Filipina pada pukul 10:13 pagi tadi. Walaupun gegaran dirasai di sekitar Sabah dan WP Labuan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:13 pagi, 11 Julai 2024Koordinat: 6.1° Utara 123.3° TimurLokasi: Mindanao,  FilipinaMagnitud: 6.6Jarak: 154km Tenggara dari Isabela City, FilipinaKedalaman: 632 km "Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan." kata MET Malaysia.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Daya Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada pukul 5 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:00 pagi, 11 Julai 2024Koordinat: 5.6° Selatan 100.6° TimurLokasi: Barat Daya Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 269km Barat Daya dari Bengkulu,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Kerajaan serius terhadap perlindungan data peribadi – Gobind

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 - Kerajaan telahpun hari ini membentangkan Rang Undang-undang untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Pindaan ini menunjukkan bahawa Kerajaan memandang serius masalah ketirisan data peribadi. Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo di dalam sidang media di Parlimen hari ini, dalam tempoh Oktober 2023 hingga Mac 2024, statistik jumlah aduan yang diterima menunjukkan trend peningkatan sebanyak 5.1% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Katanya sebanyak 322 aduan penyalahgunaan dan pelanggaran data peribadi telah diterima oleh Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP). Sebanyak 157 aduan telah diterima pada suku keempat tahun 2023 manakala 165 aduan diterima pada suku pertama tahun 2024. "Bagi statistik pelanggaran data peribadi secara khususnya, trend meningkat dengan lebih ketara iaitu sebanyak 41% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Pada suku keempat tahun 2023, Pejabat Pesuruhjaya PDP telah menerima sebanyak 27 notifikasi pelanggaran […]

trending_flat

Gempa bumit kuat melanda Kepulauan Bonin, Rantau Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 telah berlaku di Kepulauan Bonin, Rantau Jepun pada pukul 4:01 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:01 pagi, 8 Julai 2024Koordinat: 26.9° Utara 138.8° TimurLokasi: Kepulauan Bonin, Rantau JepunMagnitud: 6.0Jarak: 871km Selatan dari Hamamatsu,JapanKedalaman: 567 km Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia. "Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan." ujarnya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation