trending_flat

KKR perlukan sejumlah RM3.3 billion peruntukan bagi selesaikan backlog kerja penyelenggaraan laluan Persekutuan

KUALA LUMPUR. 14 Mac 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperuntukan sebanyak RM3.3 billion dari tahun 2018 hingga 2023 bagi kerja-kerja penyelenggaraan pavemen di jalan-jalan Persekutuan di Malaysia. Namun, jumlah peruntukan tersebut masih belum dapat menyelesaikan masalah jalan rosak secara keseluruhannya. Menurut Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika sesi Pertanyaan Lisan di Parlimen pagi hari ini, berdasarkan rekod KKR, masih terdapat sejumlah RM3.3 billion peruntukan yang diperlukan bagi menyelesaikan backlog kerja penyelenggaraan yang melibatkan laluan Persekutuan sepanjang 3821.03 km. "Seperti yang pernah disebutkan sebelum ini, pelbagai faktor luaran telah menyumbang kepada kerosakan jalan. Antaranya faktor pertambahan bebanan trafik dan kenderaan berat yang melebihi muatan menjadi salah satu punca kerosakan jalan dan ia turut memendekkan jangka hayat jalan berkenaan. Pendekatan yang di ambil berdasarkan beberapa kriteria dan pertimbangan kejuruteraan dalam penentuan keutamaan bagi lokasi kerja penyenggaran jalan. Lokasi-lokasi ditentukan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Selatan Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Selatan Laut Maluku pada jam 2:56 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:56 pagi, 14 Mac 2024Koordinat: 0.2° Selatan 125.3° TimurLokasi: Selatan Laut MalukuMagnitud: 6.0Jarak: 174km Selatan dari Tomohon,IndonesiaKedalaman: 79 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Dakwaan Warga China Perolehi Mykad Adalah Isu Tahun 2019, Sudah Diambil Tindakan

Oleh : JomCheck Heboh di aplikasi X pada Januari, satu ciapan yang mendakwa bahawa seorang warga China telah memperolehi kad pengenalan Malaysia (MyKad) secara mudah. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Hantaran tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila dilihat sebanyak 250,000 kali ketika laporan ini ditulis. Rata-rata pengguna yang berinteraksi dengan hantaran tersebut tidak berpuas hati dengan isu ini kerana ia melibatkan kedaulatan negara. Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah membuat semakan berkenaan isu ini dan mendapati bahawa kejadian ini berlaku pada tahun 2019. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Individu berkenaan memperolehi MyKad secara haram dan telah diusir pulang ke negara asal. Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlibat dengan sindiket ini pula telah didakwa di mahkamah telah pun didakwa di bawah beberapa kesalahan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2276255 Penjelasan terperinci berkenaan […]

trending_flat

Hantaran Seru Orang Ramai Hindari Peranti Elektronik kerana Sinaran Kosmik adalah palsu

Oleh JomCheck Ada yang bertanya JomCheck tentang kesahihan mesej tular yang mengajak orang ramai menjauhi peranti elektronik pada jam 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Seruan ini dimulakan kononnya kerana bumi akan menerima radiasi yang paling tinggi akibat daripada sinaran kosmik yang melintasi bumi dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Mesej itu turut menyenaraikan beberapa agensi dan saluran media seperti TV Singapore, Google, The National Aeronautics and Space Administration (NASA) dan The British Broadcasting Corporation (BBC) sebagai sumber Oleh itu JomCheck telah melakukan semakan untuk mencari jawapan bagi isu ini dan mendapati portal semakan fakta India, Vishvas News telah menepis dakwaan ini pada tahun 2019. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Hantaran ini dipercayai dimulakan di India pada tahun 2019 dalam Bahasa Inggeris dan telah disangkal faktanya oleh Indian Space Research […]

trending_flat

Akaun Tiktok ‘Bantuan Kerajaan’ Perdaya Orang Ramai, Kutip Maklumat Peribadi

Oleh : JomCheck Tinjauan JomCheck mendapati semenjak ini wujudnya akaun TikTok yang berkongsi bantuan-bantuan daripada kerajaan dengan menyertakan pautan meragukan kononnya bagi tujuan membuat permohonan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Dua akaun TikTok yang dikatakan berbuat demikian menggunakan nama pengguna @info.bantuan.kerjaan dengan 18.5k pengikut dan @bantuankerajaann2024 dengan 24.7k pengikut. Antara hantaran yang dikongsikan adalah pengeluaran akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan beberapa bantuan lain yang pernah diumumkan oleh kerajaan Madani. Jumlah pengikut yang ramai serta penggunaan gambar profil seperti logo Malaysia Madani, disyaki digunakan bagi meyakinkan pengguna mempercayai ia adalah saluran rasmi kerajaan. Hasil semakan oleh rakan JOMCHECK, MyCheck Malaysia mengesahkan keraguan terhadap kedua-dua akaun TikTok ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Permohonan bantuan kerajaan hanya boleh dipohon di laman sesawang rasmi Kementerian Kewangan ataupun agensi berkaitan. Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2273389 Poin penting […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Laut Banda pada jam 6:20 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:20 petang, 10 Mac 2024Koordinat: 7.5° Selatan 129.2° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.1Jarak: 439km Selatan dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 132 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Laut Banda pada jam 11:05 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:05 pagi, 10 Mac 2024Koordinat: 7.7° Selatan 129.7° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.0Jarak: 475km Selatan dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 105 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation