trending_flat

JIM serbu 17 premis hiburan di Kuantan

9 Mac 2024 - Sebanyak 17 premis hiburan di Kuatan telah diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 8 Mac 2024. Operasi bermula pada jam 11.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Negeri Pahang. Operasi tersebut turut disertai oleh Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), JIM Negeri Perlis, JIM Negeri Perak dan JIM Negeri Sembilan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Jafri Embok Bin Taha menerusi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, operasi itu dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama 3 minggu. "Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah diatur gerak ke 17 buah premis yang terdiri daripada 4 buah premis pusat hiburan, 9 buah premis kelab malam (pub) dan 4 buah […]

trending_flat

Malaysia Kekal Prinsip Tiada Hubungan Dengan Israel, Tepis Sindiran Danon

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Pada 22 Februari 2024, akaun X Kopitiam Malaya telah mempersoalkan potensi terwujudnya hubungan perjalanan bebas visa Malaysia-Israel berasaskan ciapan X ahli parlimen Israel, Danny Danon yang mencadangkan inisiatif itu selepas perlaksanaannya dengan negara Amerika Syarikat. Danon turut berkongsi gambar delegasi dari Malaysia di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dan mendakwa bahawa wakil negara sedang mendengar ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melalui akaun X miliknya. Hasil semakan oleh MalaysiaKini dan MyCheck Malaysia yang merupakan rakan JOMCHECK mendapati bahawa ciapan itu memberi konteks salah terhadap perkara sebenar yang berlaku. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Hantaran yang dilakukan oleh ahli parlimen Israel, Danny Danon hanyalah spekulasi liar bersifat sindiran semata-mata. Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/697083 MyCheck Malaysia: http://www.mycheck.my/more.php?id=2273740 Isu penting hasil semakan pada sumber di atas adalah: a. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 5:11 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:11 petang, 8 Mac 2024Koordinat: 5.8° Utara 127.0° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.9Jarak: 186km Tenggara dari Davao, FilipinaKedalaman: 137 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Jangan Keliru! ‘Padu’ yang digodam bukan Sistem Padu Kelolaan Kementerian Ekonomi

Oleh JomCheck Gempar di media sosial apabila kumpulan penggodam antarabangsa, R00TK1T memaklumkan di saluran Telegram mereka kejayaan menggodam lebih 27 TB data organisasi ‘PADU’ di Malaysia. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Pihak penggodam turut berkongsi tangkap layar beberapa dokumen di dalam ‘folder’ sebagai pembuktian dan terdapat ‘folder’ yang bernama PADU. Isu yang berlaku ini telah merisaukan ramai pihak kerana merasakan PADU yang dimaksudkan adalah Pangkalan Data Utama iaitu program pendataan butiran maklumat peribadi rakyat Malaysia yang sedang dikendalikan kerajaan. Rakan JOMCHECK iaitu Astro Awani dan MalaysiaKini telah mengeluarkan laporan yang menerangkan keadaan sebenar tentang perkara ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: PADU yang dimaksudkan oleh penggodam berkenaan adalah organisasi PADU (Unit Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan) di bawah LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) dan bukannya Pengkalan Data Utama yang diterajui Kementerian Ekonomi. Sumber:MalaysiaKini: https://bit.ly/49GQppy Astro Awani: […]

trending_flat

Dakwaan Warga China perolehi Mykad adalah Isu Tahun 2019, sudah diambil tindakan

Oleh : JomCheck Heboh di aplikasi X pada Januari, satu ciapan yang mendakwa bahawa seorang warga China telah memperolehi kad pengenalan Malaysia (MyKad) secara mudah. Hantaran tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila dilihat sebanyak 250,000 kali ketika laporan ini ditulis. Rata-rata pengguna yang berinteraksi dengan hantaran tersebut tidak berpuas hati dengan isu ini kerana ia melibatkan kedaulatan negara. Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah membuat semakan berkenaan isu ini dan mendapati bahawa kejadian ini berlaku pada tahun 2019. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Individu berkenaan memperolehi MyKad secara haram dan telah diusir pulang ke negara asal. Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlibat dengan sindiket ini pula telah didakwa di mahkamah telah pun didakwa di bawah beberapa kesalahan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2276255 Penjelasan terperinci berkenaan dakwaan ini adalah: a. Warga China terlibat mengaku membayar RM 400,000 […]

trending_flat

Mesej dakwa Starbucks dan Coffee Bean ‘Haram’ adalah isu berulang

Oleh : JomCheck Tular semula di aplikasi WhatsApp dengan label ‘forwarded many times’ satu mesej yang mendakwa kedai kopi Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf (biasa disebut Coffee Bean) telah disahkan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Disertakan bersama mesej tersebut adalah beberapa kod bahan yang tidak halal sebagai pembuktian beserta talian JAKIM untuk rujukan. Hantaran ini juga telah memetik nama seorang tokoh agamawan, Ustaz Datuk Dr. Zahazan Mohamed yang kononnya menyeru agar pesanan berkenaan dipanjangkan. Pakatan semakan fakta yang bersama JOMCHECK iaitu Cilisos.my, MalaysiaKini dan MyCheck telah mengeluarkan laporan tentang isu ini dan mendapati bahawa ia tidak tepat. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Isu ini bermula pada tahun 2009 dan sering berulang semula walaupun telah disangkal faktanya berkali-kali. Sumber: Cilisos.my: https://cilisos.my/we-called-jakim-to-check-whether-starbucks-is-halal/ MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/696966 MyCheck: http://www.mycheck.my/more.php?id=2155158 AFP […]

trending_flat

DAP Perak kutuk ugutan terhadap ibu Nga Kor Ming

DAP Perak memaklumkan bahawa kertas yang ditulis dengan perkataan berunsur ugutan telah ditemui bertebaran di premis rumah ibu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada pagi (Khamis) ini. Dalam satu sidang media hari ini, DAP Perak berkata dengan tegas mengutuk tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang secara jelas melanggar undang-undang, selain ia bercanggah dengan nilai-nilai masyarakat yang beradab. "Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dan menangani kes-kes yang berbentuk ugutan tersebut. Pihak DAP yang menyanjung kedaulatan undang-undang berpandangan setiap individu mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menyuarakan pendapat masing-masing tanpa perlu bimbang akan diugut atau diserang secara fizikal. Oleh itu, dalam masyarakat yang demokratik dan berbilang kaum, adalah penting untuk kita menegaskan bahawa kepelbagaian harus dihormati dan suara yang berbeza harus diterima dengan penuh keterbukaan." katanya. DAP Perak turut memohon […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation