trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Kepulauan Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 4:19 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:19 pagi, 7 Mac 2024Koordinat: 7.8° Utara 127.1° TimurLokasi: Rantau Kepulauan FilipinaMagnitud: 5.2Jarak: 95km Tenggara dari Bislig, FilipinaKedalaman: 45 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Kerajaan akan atasi masalah kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya

PUTRAJAYA, 6 Mac 2024 - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi a telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil.1/2024 dan beberapa keputusan penting jangka pendek dan jangka panjang telah diputuskan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan hotspot kesesakan. Menurut beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JMKJR), langkah pertama yang diambil oleh Kerajaan adalah meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan perluasan lorong khas bas termasuk pembelian 100 unit van Demand Response Transit (DRT) di Lembah Klang bermula September 2024. "Sejak dilaksanakan pada 3 Julai 2023, kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Lorong Khas Bas Prasarana di Jalan Ampang dan Genting Klang telah menunjukkan respon yang amat menggalakkan. Data menunjukkan, berlaku penjimatan masa sehingga 18 minit bagi perjalanan […]

trending_flat

Keliru Nama Syarikat, Yeo’s Jadi Mangsa Tuduhan Proses Darah Babi Jadikan Produk Minuman

Oleh JomCheck Tular di WhatsApp satu video beserta kapsyen yang mengajak pemboikotan terhadap produk minuman jenama Yeo’s keluaran Syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn Bhd. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Video yang dihantar memaparkan laporan berita daripada Media Mulia TV mengenai teknologi penyulingan baharu yang berupaya untuk memproses darah babi menjadi air minuman. Semakan fakta yang dilakukan oleh rakan JOMCHECK, MalaysiaKini memperolehi maklumat yang menentang dakwaan berkenaan. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Syarikat yang dimaksudkan di dalam laporan berita tersebut ialah Syarikat Veos yang berpangkalan di Belgium dan tiada kaitan dengan produk Yeo’s (Malaysia). Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/695496 Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): https://www.facebook.com/photo.php?fbid=937165001363104&set=a.937164451363159&type=3&ref=embed_post Isi penting bagi menjawab segala persoalan adalah: a. Isu ini menjadi tular apabila laman berita dalam talian Media Mulia TV dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan inovasi penyulingan bahan buangan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina pada jam  8:24 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:24 pagi, 29 Februari 2024Koordinat: 8.6° Utara 126.9° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.4Jarak: 72km Tenggara dari Gingoog City,FilipinaKedalaman: 87 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

MY JALAN : KKR dan MOSTI jalin kerjasama, perluaskan adaptasi teknologi penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menjalinkan kerjasama strategik bersama National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi memperluaskan adaptasi teknologi di dalam aspek penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan. Menurut KKR menerusi satu siaran media, Program Sandbox itu akan menjadi platform bagi mengintegrasikan teknologi, kajian pembinaan dan penyelenggaraan jalan agar dapat dilaksanakan secara inklusif di seluruh negara. Program tersebut juga dapat memberi ruang dan peluang kepada pemain industri mengetengahkan inovasi dan teknologi mereka dalam ruang lingkup bidang kuasa KKR. Justeru, satu perjumpaan telah diadakan di antara Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, pengurusan tertinggi KKR serta agensi, dan pengurusan tertinggi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensinya, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) di ibu pejabat KKR semalam. Pasukan MOSTI telah membentangkan inisiatif Sandbox dan pencapaian program terdahulu yang telah […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada jam  3:46 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:46 petang, 23 Februari 2024Koordinat: 0.7° Selatan 98.3° TimurLokasi: Sumatera Selatan, IndonesiaMagnitud: 5.4Jarak: 99km Barat Laut dari Siberut,IndonesiaKedalaman: 45 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Bendera Malaysia dan China Menghiasi Dua Sisi Replika Naga, Lambang Persahabatan 50 Tahun

Oleh JomCheck Tular satu video yang menunjukkan perarakan replika naga berukuran 179.2 meter di Jonker Walk, Melaka menuduh ia hanya dihiasi bendera negara China. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Pengguna media sosial yang cuba untuk memainkan isu kedaulatan negara seolah-olah ia mengagungkan China dan merendahkan martabat Malaysia. Rakan JOMCHECK, MalaysiaKini dan MyCheck Malaysia telah melakukan semakan tentang dakwaan ini dan mendapati bahawa replika naga tersebut juga dihiasi dengan bendera Malaysia. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Naga yang diarak sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China itu dihias dengan bendera Malaysia di sisi kanan dan bendera China di sisi kiri. Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/695693 MyCheck Malaysia: http://www.mycheck.my/more.php?id=2269330 Melaka TV: https://vt.tiktok.com/ZSFNgSd5B/ Poin penting dari sumber rujukan adalah: a. Perarakan naga tersebut berlangsung pada 1 Februari 2024 dan telah disertai oleh seramai 180 orang pelajar dari […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation