Gempa bumi sederhana di Laut Banda
Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Laut Banda pada pukul 4:29 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:29 pagi, 13 Februari 2024Koordinat: 6.5° Selatan 130.2° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.1Jarak: 381km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 130 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.