trending_flat

Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada pukul  8:52 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:52 pagi, 5 Februari 2024Koordinat: 2.3° Selatan 100.3° TimurLokasi: Sumatera Selatan, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 167km Selatan dari Solok,IndonesiaKedalaman: 69 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Wan Junaidi rasmi angkat sumpah sebagai TYT

Oleh: Norhayati Sarkawi (BMKK)Foto: Lance Dunstan, Bolhan Basah & Saiful Rahman Sabri (BKVS) KUCHING, 29 Jan - Mantan Yang di-Pertua Dewan Negara Tun Dr. Wan Junaidi Tengku Jaafar, 78, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru. Istiadat angkat sumpah yang berlangsung pada jam 4.04 petang di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, dimulakan dengan memohon perkenan Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi memulakan istiadat oleh Pendaftar Istiadat, Junih Salleh Ahmad. Sejurus itu, istiadat diteruskan dengan bacaan Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Wan Junaidi kemudian mengangkat sumpah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan, sebelum menandatangani Surat Angkat Sumpah serta Surat Pengisytiharan, disaksikan oleh Abang Johari dan Hakim Besar Sabah Sarawak […]

trending_flat

Tuduhan Fitnah :  Teresa Kok Menang Saman Mengatakan Beliau Tidak Setuju Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan – JomCheck

Oleh : JomCheck 28 Januari 2024 - Pada 2019, terbit sebuah artikel yang mengatakan kononnya Ahli Parlimen Seputeh dari parti Democratic Action Party (DAP) Teresa Kok tidak setuju agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan yang ditulis oleh Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Selangor pada waktu itu, Syarhan Huzaimi Halim. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) STATUS: TIDAK BENAR PENJELESAN: Teresa Kok telah mengambil tindakan menyaman penulis artikel tersebut pada 2019 dan telah memenangi kes tersebut pada Februari 2020. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/512322 Poin penting untuk menjelaskan isu ini adalah: a. Teresa Kok memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas memenangi kes saman itu. b. Hakim juga menjelaskan bahawa artikel berkenaan telah mendorong pembaca untuk merumuskan bahawa Teresa Kok adalah seorang anti-Islam dan bersifat perkauman. Semoga perkongsian kali ini dapat menerangkan keadaan sebenar tentang artikel berkenaan. Lepas ini jangan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Jawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Selatan Jawa, Indonesia pada jam 5:33 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:33 petang, 27 Januari 2024Koordinat: 11.8° Selatan 113.4° TimurLokasi: Selatan Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.3Jarak: 393km Barat Daya dari Denpasar, IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Poster Peringatan Tutup Suis Mesin Penapis Air Elak Kebakaran Sahih Dari Bomba – JomCheck

Oleh : JomCheck JomCheck terpanggil untuk membuat semakan berkenaan dengan poster yang sering tular tentang keperluan menutup suis mesin penapis air ketika berlaku gangguan bekalan air bagi mengelakkan kebakaran. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Poster oleh Public Health Malaysia (PHM) disiarkan melalui Facebook pada 17 September 2020 dan dikongsi melalui pelbagai platform hingga hari ini. STATUS: BENAR PENJELASAN: Menurut hantaran Facebook rasmi Bomba pada 5 Ogos 2019, pemanas dalam mesin penapis air akan terus berfungsi walaupun tanpa bekalan air. Ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, seterusnya mengakibatkan kebakaran. Sumber: Laman Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia: https://bit.ly/3U76kZcLaman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara: https://bit.ly/48ZibN6Laporan berita Kosmo: https://bit.ly/47DS0e2 Maklumat penting terkait peringatan ini adalah: a. Hasil semakan JomCheck mendapati poster PHM itu memetik hantaran akaun Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) pada 5 […]

trending_flat

Waspada dengan penyamar pegawai MCMC

CYBERJAYA, 27 Januari 2024 - Orang ramai diingatkan untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Dalam satu siaran media hari ini, MCMC berkata Modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu. "Pemanggil akan mengancam mangsa dengan menyatakan terdapat aduan terhadap talian digunakan mangsa dan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan. Sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian tersebut akan disekat atau disenarai hitam. Bermula 1 hingga 25 Januari 2024, MCMC telah menerima sejumlah 259 aduan dan daripada jumlah tersebut, 238 panggilan pertanyaan telah diterima bagi mengesahkan isu berkenaan." kata MCMC. Sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan MCMC lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang atau platform media sosial milik MCMC. "Pihak berkuasa termasuk MCMC tidak akan meminta butiran dan maklumat perbankan […]

trending_flat

Kempen tetapkan warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat tiada kaitan dengan Jakim – Jomcheck

Oleh JomCheck JomCheck menerima aduan tentang poster kempen menukar warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat pengeluar produk halal yang dimulakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Sebaran poster ini telah menimbulkan tanda tanya orang awam. Respon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diharap dapat menjawab segala persoalan. Semakan JomCheck mendapati: STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: JAKIM telah memberi respon melalui satu kenyataan pada 2023 yang mengesahkan tiada keperluan untuk menukar warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat pengeluar produk halal walaupun ada kempen oleh PPIM sejak 2020. SUMBER: Laman sesawang rasmi JAKIM: https://bit.ly/3RT7k0m The Sun: https://bit.ly/48TdGnf Perkara penting untuk kita tahu: a. Kali pertama kempen ini dapat dilihat adalah pada 24 Julai 2020 melalui laman Facebook PPIM. b. JomCheck telah menghubungi JAKIM pada 15 Jan 2024 bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Kami […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation