Gempa bumi sederhana di Rantau Flores, Indonesia
Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Rantau Flores, Indonesia pada jam 8:24 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:24 malam, 25 Januari 2024Koordinat: 8.2° Selatan 121.1° TimurLokasi: Rantau Flores, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 269km Timur dari Bima, IndonesiaKedalaman: 40 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.