trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Ryukyu, Jepun

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Kepulauan Ryukyu, Jepun pada jam 7:03 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut   Waktu Kejadian: 7:03 pagi, 14 September 2024Koordinat: 29.8° Utara 131.0° TimurLokasi: Kepulauan Ryukyu, JepunMagnitud: 5.7Jarak: 203km Selatan dari Kagoshima, JepunKedalaman: 59 km Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

KPKT memudah Tatakelola Prosedur Permohonan Pemajuan Kilang Tanaman (Plant Factory) bagi menyokong Ekosistem Industri Tanaman Keterjaminan Makanan Negara

SELANGOR, 12 September 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming telah menyempurnakan Pelancaran Garis Panduan Perancangan Kilang Tanaman ‘Plant Factory’ (GPP KiTa) di Laman Sayur MARDI bersempena MAHA 2024, Serdang, Selangor. Kredit Foto: KPKT Menurut KPKT, GPP Kilang Tanaman (GPP KiTA) itu merupakan salah satu ikhtiar dan usaha KPKT di bawah aspek tatakelola untuk menyeragam serta memudah cara proses permohonan dan kelulusan perancangan bagi menyokong `ease of doing business’ sama ada di pihak pengusaha, atau pihak berkuasa untuk melengkapi keseluruhan ekosistem industri tanaman makanan negara. Kredit Foto: KPKT “GPP KiTa telah diangkat dan dipersetujui Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri pada 20 Jun 2024 dan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-83 yang telah bersidang pada 10 September 2024. GPP ini telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan […]

trending_flat

Harga Petrol RON97 dan Diesel turun lagi

KUALA LUMPUR, 11 September 2024 - Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM3.25 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 15 sen seliter kepada RM3.01 seliter bagi tempoh 12 September 2024 hingga 18 September 2024. Infografik oleh KPDN Ini seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan dan juga pengukuhan ringgit. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), sejak 8 Ogos 2024 sehingga kini, Kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 22 sen. "Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara." kata MOF. Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula […]

trending_flat

Status Pengecualian Visa tidak ubah Proses Tapisan Ketat Pelancong China dan India Masuk ke Malaysia

Oleh : JomCheck Wujud satu video di media sosial yang mendakwa bahawa pelancong dari negara China dan India mudah untuk masuk ke Malaysia akibat pelaksanaan inisiatif pengecualian visa yang diwujudkan kerajaan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Video ini turut menyatakan tapisan keselamatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi pelancong dari dua negara ini akan dilonggarkan. Hasil rujukan JOMCHECK terhadap rakan semakan fakta kami iaitu MyCheck Malaysia mendapati bahawa video telah salah tafsir pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan arahan yang dikeluarkan bertujuan menambah baik perlaksanaan inisiatif Pelan Liberalisasi Visa tanpa mengenepikan aspek kawalan keselamatan di pintu masuk negara. Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini - https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

trending_flat

Klip Dr. Muhaya (@Profmuhayaofficial )Jual Ubat Mata adalah Palsu, Hasil Manipulasi AI

Tular di media sosial satu video berbentuk ‘laporan berita siaran TV3’ yang mempromosikan ubat mata yang kononnya dijual pakar bedah mata terkenal negara iaitu Prof. Dr. Muhaya. Selain meneliti video tersebut, kami turut membuat carian lain dan mendapati ada beberapa lagi versi video yang menggunakan imej Dr. Muhaya untuk menjual ubat mata. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Video dicipta menggunakan teknologi AI dan Dr. Muhaya telah menafikan keterlibatan beliau dalam penjualan ubat mata secara dalam talian. Sumber:Akaun media sosial rasmi Prof. Dr. Muhaya:Instagram: https://www.instagram.com/reel/C47fWBVrDTV/?img_index=profmuhayaofficialFacebook: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1474978629696441 Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini - https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Talaud, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 5:01 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut   Waktu Kejadian: 5:01 pagi, 10 September 2024Koordinat: 4.3° Utara 126.8° TimurLokasi: Kepulauan Talaud, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 35km Timur Laut dari Pulau Talaud,IndonesiaKedalaman: 43 km Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Penghalaan Pengurusan DNS : Fahmi minta MCMC tidak teruskan

8 September 2024 - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah meminta agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS). Kata Fahmi menerusi satu hantaran di Halaman X rasmi beliau, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus MCMC serta daripada khalayak umum. "Isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman-laman web perjudian, persundalan, pornografi dan seumpamanya amat membimbangkan dan memerlukan usaha penyelesaian yang menyeluruh. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini, demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak dan keluarga. Namun, mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus @MCMC_RASMI serta daripada khalayak umum, saya telah meminta MCMC agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS)." ujar Fahmi. Kenyataan ini mendapat respons yang baik termasuk dari Ahli Parlimen Bangi, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation