trending_flat

Penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa 3 Januari

PUTRAJAYA, 4 JANUARI 2024 – Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam telah bersetuju dengan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah. Menurut Kementerian dalam satu kenyataan hari ini, ia dilaksanakan secara berfasa seperti berikut: Fasa 1 – penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024; dan Fasa 2 – penyerahan SESB dalam tempoh 7 tahun yang dijangka selesai pada tahun 2030. "Keputusan ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963. Dengan pelaksanaan pemindahan kuasa kawalselia tersebut, Kerajaan Negeri Sabah boleh melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri Sabah dengan sendiri. Walaupun demikian, Kerajaan Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya pihak Sabah memerlukan bantuan dan khidmat nasihat daripada Kerajaan Persekutuan." kata kenyataan tersebut. Kerajaan […]

trending_flat

KEMASKINI & FAQ #PADU : Data setakat jam 9 pagi 4 Januari 2024

Sumber Halaman X Menteri Ekonomi STATUS PENDAFTARAN BERJAYA Bilangan pengguna berdaftar = 456,136 Bilangan pengguna yang telah buat e-KYC : 230,443 61% selesai dengan pengesahan eKYC ISU-ISU BERBANGKIT: 1. KEGAGALAN e-KYC (PENGGUNAAN CERMIN MATA / e-KYC TERGENDALA) Proses e-KYC boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh kurang 5 minit Secara umumnya, individu yang memakai cermin mata TIDAK menyebabkan masalah untuk melaksanakan e-KYC. Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private. Sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, pengguna boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat. Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan berikut: http://padu.gov.my/hubungi/lokasi dan klik ‘Senarai kaunter’. 2. ⁠PEMBETULAN MAKLUMAT BAGI INDIVIDU YANG TELAH PERAKU MAKLUMAT Mekanisme kawalan maklumat yang dibangunkan dalam sistem PADU memerlukan individu membuat perakuan dan pengesahan maklumat yang […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia pada jam 8:43 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:43 pagi, 4 Januari 2024Koordinat: 7.2° Selatan 130.2° TimurLokasi: Rantau Kepulauan Tanimbar, IndonesiaMagnitud: 5.0Jarak: 451km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 138 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Selangor negeri pertama hos Jerayawara Madani

PUTRAJAYA, 3 Dismeber 2024 - Menteri Komunikasi , Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju melakukan program Jerayawara (Jelajah) Madani ke negeri-negeri yang akan dimulai di negeri Selangor. Ini adalah susulan dari program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang telah diadakan pada Disember lepas. Menurut Fahmi dalam sidang media di sini hari ini, tarikh pertama program tersebut akan ditentukan dalam masa terdekat. "Dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri tadi bahawa negeri pertama yang akan menjadi hos kepada jelajah ini ialah negeri Selangor dan kita akan umumkan dalam mungkin pada minggu depan, tarikh dan juga lokasi bagi program tersebut. Ini akan diikuti dengan Negeri Sembilan dan negeri-negeri yang lain. In Sha Allah dalam masa terdekat kita akan bentangkan jadual (program) tersebut." kat Fahmi.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 9:11 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 9:11 pagi, 3 Januari 2024Koordinat: 8.2° Utara 126.7° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.2Jarak: 40km Timur dari Bislig,FilipinaKedalaman: 101 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Pembaharuan lesen memandu dan kenderaan motor boleh dibuat melalui MyJPJ mulai Februari ini

Bagi memudahkan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ secara digital, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024. Menurut Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ tersebut akan dilaksanakan secara berfasa di mana pada peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara). "Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ." katanya. Dalam pada iatu, bermula hari ini orang awam boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau digital roadtax menggunakan fungsi baharu iaitu ‘Kongsi LKM’ di Aplikasi MyJPJ. Kata Siew Fook, melalui fungsi baharu itu, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM sesama ahli keluarga, rakan-rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation