trending_flat

PM berharap mangsa tragedi gempa bumi di Jepun tabah

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim merakamkan rasa simpati beliau dengan tragedi gempa bumi yang berlaku di Jepun hari ini. "Saya dan Azizah turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin. Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana tersebut." kata Anwar dalam satu hantaran di Halaman X rasmi beliau. Beliau berdoa semoga mereka yang terkesan, termasuklah rakyat Malaysia di Jepun diberi ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat sukar tersebut.

trending_flat

Gempa bumi kuat berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 telah berlaku berhampiran Pantai Barat Honshu, Jepun pada pukul  3:10 petang hari ini. Menurut laporan media, Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu hari ini. Bagaimana punJabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilalorkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:10 petang, 1 Januari 2024Koordinat: 37.6° Utara 137.3° TimurLokasi: Berhampiran Pantai Barat Honshu, JepunMagnitud: 7.0Jarak: 97km Utara dari Toyama,JapanKedalaman: 53 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Pengurangan ketara jumlah mangsa banjir – NADMA

1 Januari 2024 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat lima (5) daerah di tiga (3) negeri (Kelantan, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir. Menurut laporan tersebut, berlaku pengurangan ketara jumlah mangsa kepada 1,122 dalam tempoh 24 jam (berbanding 6,778 mangsa pada 31 Disember 2023). "Ia melibatkan 331 keluarga yang ditempatkan di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 29 buah pada 31 Disember 2023 Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Tumpat, Kelantan (744 mangsa), Pasir Mas, Kelantan (274 mangsa) dan Segamat, Johor (54 mangsa)." kata laporan tersebut. Kata laporan itu lagi, penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjungsehingga 4 Januari 2024. Keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

trending_flat

Isu video tular beberapa individu menari di KL Base

Berhubung video tular di media sosial berkaitan aksi beberapa individu menari di permis milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru baru ini, PDRM menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku di KL Base, Jalan Lapangan Terbang Lama, Pengkalan Pasukan Gerakan Udara (PPGU), Kuala Lumpur ketika berlangsungnya konsert ‘Rock The World 2023 pada 16 Disember lepas. Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor, PDRM berkata ihak polis juga telah menerima pemakluman dan lesen telah dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Katanya, tapak konsert ini merupakan PPGU, PDRM yang lama. Ia juga telah ditutup serta telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju.

trending_flat

Kajian persempadan semula selepas tamat lat lapan tahun – SPR

Berhubung dengan isu persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa Urusan kajian semula persempadanan terhadap bahagianbahagian pilihan raya sedia ada, hanya boleh dilaksanakan selepas tamat lat tempoh lapan (8) tahun dari tarikh siapnya kajian terdahulu, atau apabila terdapat pindaan ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan hari ini, bagi maksud tersebut, urusan kajian semula persempadanan terdahulu bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah selesai dijalankan pada tahun 2018. Manakala bagi Negeri Sarawak dan Negeri Sabah pula adalah masing-masing pada tahun 2015 dan tahun 2017. "Sesuatu syor kajian semula persempadanan hanya akan dimulakan apabila terdapat pemberitahuan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YAB Perdana Menteri oleh SPR serta disiarkan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian II, Seksyen 4, Jadual Ketiga Belas, […]

trending_flat

Jumlah mangsa banjir berkurang ke 6,778 dalam tempoh 24 jam

31 Disember 2023 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat tujuh (7) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir. Jumlah mangsa banjir pula telah berkurang kepada 6,778 dalam tempoh 24 jam (berbanding 14,388 mangsa pada 30 Disember 2023). Ia melibatkan 2,085 keluarga yang ditempatkan di 29 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 55 buah pada 30 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (3,916 mangsa), diikuti Tumpat (2,278 mangsa) dan Jeli (428 mangsa). Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjung sehingga 4 Januari 2024. Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Barat Papua, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Barat Papua, Indonesia pada jam 1:16 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:16 pagi, 31 Disember 2023Koordinat: 3.0° Selatan 139.3° TimurLokasi: Barat Papua, IndonesiaMagnitud: 6.4Jarak: 168km Barat dari Jayapura, IndonesiaKedalaman: 76 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation