Persempadanan Pilihan Raya: BERSIH usul SPR Perluaskan Perbincangan dengan Pemegang Taruh dan Segerakan Usaha Reformasi Pilihan Raya
Oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengusulkan agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperluaskan perbincangan dan libat urus dengan semua pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan yang menyeluruh serta kebimbangan yang berasas berkenaan proses persempadanan semula sebelum proses tersebut dimulakan. Hal ini penting bagi meredakan kebimbangan kebarangkalian wujudnya persempadanan yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Menerusi perbincangan atau libat urus ini, SPR boleh mendengar pandangan pelbagai pihak berkepentingan sekaligus memastikan proses persempadanan pilihan raya ini dapat dilakukan dengan lancar, adil dan seimbang. Pada masa sama, kebimbangan yang diutarakan memberi justifikasi supaya laporan cadangan oleh Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dinyahklasifikasikan untuk dibuka kepada umum untuk diteliti, diperbahasakan dan direalisasikan secara berperingkat. Penyahklasifikasian ini juga menuntut Jawatankuasa Pilihan Khas (JPKP) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk memperhalusi laporan tersebut bagi memastikan […]