trending_flat

MET Malaysia keluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning)

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 02.00 petang, 26 Disember 2023 telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning),seperti yang dipaparkan di bawah. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisikotinggi. "Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan. Semua Pusat Operasi/Kawalan Bencana Peringkat Pusat hendaklah memanjangkan Notis ini ke peringkat Negeri dan Daerah. Butiran PPS pada jam 12:00 PM, 26 Disember 2023 adalah seperti berikut :

trending_flat

Luruan monsun dijangka berlaku sehingga 27 Disember

Menurut Laporan Harian Bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga 25 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat sepuluh (14) daerah di lima (5) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) yang dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 5,018 dalam tempoh 24 jam (berbanding 1,741 mangsa pada 24 Disember 2023). Ia melibatkan 1,361 keluarga yang ditempatkan di 77 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Manakala jumlah PPS yang dibuka juga bertambah berbanding 21 buah pada 24 Disember 2023. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (1,174 mangsa), diikuti Dungun, Terengganu (1,157 mangsa) dan Tanah Merah, Kelantan (733 mangsa). Terdapat dua (2) kematian akibat banjir MTL yang melibatkan satu (1) kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023) dan satu (1) kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) direkodkan […]

trending_flat

Tingkatkan Pencegahan Penularan COVID-19 tanpa menakutkan pelancong – Tiong King Sing

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) supaya lebih berhati-hati apabila memberi maklumat mengenai COVID-19 agar ianya ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ข๐ฆ๐›๐ฎ๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ญ๐š๐ค๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ฌ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข. Katanya dalam satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau, tidak dinafikan bahawa COVID-19 merupakan isu kesihatan awam yang penting dan tidak boleh โ€˜disorok bawah karpetโ€™. Namun, menurutnya adalah penting tidak bertindak secara berlebih-lebihan sehingga menyebabkan keadaaan bertambah buruk. "Penting untuk kita mengelakkan daripada menimbulkan ketakutan dan mewujudkan persepsi negatif terhadap Malaysia, terutamanya sektor pelancongan sekaligus merugikan ekonomi negara. Saya membuat rayuan ini berdasarkan kepada kebimbangan serta aduan yang dinyatakan oleh kedua-dua industri pelancongan dan orang ramai. Kita perlu mengambil pendekatan realistik, dengan mengambil kira perbezaan situasi semasa dengan situasi yang pernah berlaku sebelum ini ketika wabak mula menular. ๐€๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐›๐š๐ข๐ค๐ง๐ฒ๐š ๐ฌ๐ž๐ค๐ข๐ซ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ซ๐š๐ฌ๐š ๐ฉ๐š๐ง๐ข๐ค […]

trending_flat

Timbalan KPN dan isteri hadir Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan PDRM 2023

Kuala Lumpur, 23 Disember 2023 โ€“ "Seikhlas Budi, Titipan Memori" menjadi tema bagi Majlis Malam Mes Meraikan Pesara Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2023 yang diadakan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Seramai 251 pesara pegawai kanan polis bersama pasangan dari seluruh kontinjen, untuk menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara dan Pasukan selama ini. Lebih bermakna, majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay selaku Timbalan Yang di-Pertua Mes PDRM bersama isteri SAC Datin Sri Datoโ€™ Zalena Mohd Ariffin yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia. Berucap dalam majlis malam tadi, Dato' Sri Ayob Khan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan beliau kepada para pesara atas segala khidmat bakti yang diberikan bersama PDRM dan mengalu-alukan sebarang nasihat dan teguran membina agar Pasukan dapat terus mengorak […]

trending_flat

Eksplorasi Seni Pulau Pasir Usaha Melestarikan Seni, Ekosistem Marin dan Alam Sekitar

22 DISEMBER 2023 โ€“ Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) menerusi Balai Seni Negara Cawangan Langkawi bersama Persatuan Komuniti Nelayan Pengkalan Kubang Badak menganjurkan Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir pada 22 dan 23 Disember 2023 di Pulau Pasir, Langkawi, Kedah. Program dirasmikan hari ini oleh Ketua Pengarah Balai Seni Negara Encik Amerrudin Ahmad di Jeti Pengkalan Kubang Badak, Langkawi, Kedah. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah, LPSVN Encik Fauzan Omar dan Pengarah Balai Seni Negara Cawangan Langkawi, Encik Muhammad Hazrin Abdul Malek @ Moktar. Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir merupakan kunjungan semula setelah lebih setahun arca-arca dasar laut diletakkan di pulau berkenaan yang dilihat menerima impak positif terhadap sektor pelancongan di Langkawi, Kedah. Ia bermatlamat untuk memberi lebih banyak pendedahan serta mempromosikan Pulau Pasir sebagai destinasi pelancongan di Langkawi selain mewujudkan pengalaman seni kepada komuniti serta pelancong yang mengunjunginya. Malah, […]

trending_flat

Malaysia larang kapal Israel, ZIM berlabuh di Malaysia

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia. Menurut satu keyataan dari Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat tersebut berkuatkuasa empat minggu dari sekarang. "Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin. Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu." tegas Anwar. Tabah beliau, erajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini. "Selain itu, Malaysia […]

trending_flat

๐—ข๐—ฃ ๐— ๐—”๐—ฅ๐——๐—ข๐—™ | ๐—•๐—จ๐—•๐—จ ๐—ก๐—”๐—š๐—” bernilai hampir ๐—ฅ๐— ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ribu berjaya dirampas

๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—จ๐—ง, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ - Sebanyak 496 set bubu naga (Bubu Kambang) dengan anggaran nilai hampir RM50 ribu berjaya dirampas pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak dalam serbuan sempena OP MARDOF di Jeti Pangkalan Baru, Pantai Remis pagi tadi. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Yaโ€™akup berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan Maritim Negeri Perak dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Perak serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 32 orang. Tambah beliau, kejayaan operasi ini telah membongkar aktiviti perikanan menggunakan bubu naga yang dipasang oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar perairan Negeri Perak melalui hasil maklumat risikan, intipan dan pemantauan berterusan berikutan terdapat rungutan serta aduan yang diterima daripada orang ramai dan komuniti maritim kepada pihak berkuasa. Kesemua bubu naga yang dirampas itu dibawa ke pejabat Perikanan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–