PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan diluncurkan oleh Perdana Menteri pada 2 Januari 2024 dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama (Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain. Rafizi turut berpendapat bahawa sistem PADU tersebut adalah 'padu' kerana ia melibatkan keseluruhan kepakaran dan tenaga penjawat awam, bukan perunding (consultant) dan kontraktor luar. "Penjawat AWAM membangunkan PADU menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta. Maka ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru yang diperkenalkan kerajaan. PADU dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan (dari Mei 2023 hingga Disember 2023). Ia mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan […]