Menteri KPKT pengerusikan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh
PUTRAJAYA, 17 Ogos 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh KPKT bertempat di Dewan Kristal, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pagi ini. Menurut KPKT, sesi libat urus tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan input, pandangan dan cadangan daripada semua pihak yang berkepentingan dan terlibat secara langsung dengan KPKT khususnya berkaitan sektor perumahan, pengurusan sisa pepejal, pengurusan bencana, kemampanan bandar dan kesejahteraan komuniti serta pemerkasaan perkhidmatan Kerajaan Tempatan. Kata KPKT, ia melibatkan pelaksanaan program di bawah inisiatif Belanjawan 2024 bagi melipat gandakan usaha dalam meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI yang bertemakan Memperkasa Rakyat. Seramai 243 pemegang taruh terdiri daripada pemain industri seperti Syarikat Pemaju Perumahan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Swasta, Persatuan-Persatuan mewakili komuniti, pihak Universiti dan pelbagai Agensi Kerajaan hadir sama dalam majlis tersebut. […]