trending_flat

KKD sentiasa jalankan pengukuran kualiti liputan telekomunikasi di lapangan

KUALA LUMPUR 25 Mei 2023 - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa menjalankan pengukuran kualiti di lapangan berdasarkan aduan dan perancangan berkala yang telah dirancang untuk seluruh negara. Menurut Timbalan Menterinya Teo Nie Ching di Parlimen hari ini, berdasarkan dapatan pengukuran SKMM bagi tahun 2022, sebanyak 20 Arahan Suruhanjaya telah dikeluarkan kepada pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi Standard Mandatori yang melibatkan 19 lokasi berbeza di Sarawak. Katanya setakat ini, kesemua 20 Arahan Suruhanjaya ini telah dipatuhi oleh pemberi perkhidmatan dengan menambah baik kualiti perkhidmatan melalui mengoptimumkan atau menaik taraf menara sedia ada agar kualiti pengalaman pengguna berada pada tahap yang baik dan memenuhi standard kualiti perkhidmatan. Ketidakpatuhan kepada Arahan Suruhanjaya boleh dikenakan penalti sehingga RM200,000. "Audit kualiti perkhidmatan bagi tahun 2023 akan terus dijalankan dengan sasaran lebih tinggi sebanyak 4, 000 lokasi di […]

trending_flat

KPM teliti cadangan kembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari

24 Mei 2023 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti cadangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari seperti sebelum ini. Menut KPM dalam satu kenyataan hari ini, penelitian tersebut turut melihat kepada kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum. "Pertimbangan KPM adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari. Sehubungan itu, KPM akan melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan." kata KPM. KPM telah merancang untuk memulakan kalendar akademik persekolahan sesi 2025 pada bulan Februari 2025. Seterusnya, kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2026 dapat dimulakan pada bulan Januari 2026. Semalam Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa KPM telah memulakan usaha […]

trending_flat

MDEC sediakan Program eUsahawan ke arah penggunaan teknologi digital

KUALA LUMPUR 22 Mei 2023 - Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Teo Nie Ching memaklumkan bahawa KKD menerusi agensinya Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menyediakan Program eUsahawan yang bertujuan untuk membina budaya yang lebih inklusif ke arah penggunaan teknologi digital serta menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan digital terutama dalam bidang pemasaran digital dan e-dagang. Menurut Teo Nie Ching ketika menjawab soalan dari Gobind Singh Deo [Damansara] di Parlimen hari ini, eUsahawan menyediakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran digital yang dilaksanakan secara dalam talian dan fizikal kepada usahawan dan peniaga kecil tempatan di seluruh Malaysia. "Sejak 2015, MDEC menawarkan beberapa modul latihan program eUsahawan. Pertama, latihan “eUsahawan Fundamental” yang menawarkan latihan asas keusahawan digital dimana latihan ini akan menyentuh keseluruhan topik berkaitan pengurusan perniagaan, keusahawanan, pendigitalan dan pemasaran digital. Selain itu, mulai tahun ini, latihan “eUsahawan Modular” telah diperkenalkan bagi […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Guatemala

18 Mei 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Guatemala pada pukul  7:02 pagi tadi. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:02 pagi, 18 Mei 2023Koordinat: 15.1° Utara 90.8° BaratLokasi: GuatemalaMagnitud: 6.3Jarak: 897km Tenggara dari Puebla,MexicoKedalaman: 260 km Menurut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Gempa bumi kuat di Selatan Sumatera, Indonesia, gegaran dirasai di Pantai Barat Semenanjung Malaysia

25 April 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat dengan magnitud 7.0 telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 4 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:00 pagi, 25 April 2023Koordinat: 0.9° Selatan 98.3° TimurLokasi: Selatan Sumatera, IndonesiaMagnitud: 7.0Jarak: 85km Barat Laut dari Siberut,IndonesiaKedalaman: 49 km Mengikut penilaian, gegaran dirasai di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. MET Malaysia turut meminta kepada mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi tersebut supaya dapat mengisi borang soalselidik di pautan berikut https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9.

trending_flat

Lokasi siri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2023

23 April 2023 - Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Perdana Menteri serta Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan akan mengadakan siri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri sepanjang bulan April dan Mei, di beberapalokasi. Lokasi-lokasi itu adalah seperti tertera di poster di bawah : "Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI. Semoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita." ujar Fahmi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation