trending_flat

Penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan

PUTRAJAYA 14 April 2023 - Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 22 dan 23 April 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, MOT berkata bahawa larangan ini akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan) mengambilkira akan peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman. "Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian. Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini." kata MOT. Maklumat larangan tersebut adalah seperti tertera di poster di bawah : Tambah MOT, menurut Perintah Had Laju Kebangsaan (Pemberhentian Sementara) (No.2) 2023 P.U.(A) 118 bertarikh […]

trending_flat

Dato’ Dr. Ammar Dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 14 April 2023 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) mengumumkan pelantikan Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 12 April 2023. Dalam satu siaran media hari ini. Tourism Malaysia berkata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing telah bersetuju melantik Dato’ Dr. Ammar secara rasmi bagi menggantikan Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada 10 April 2023. "Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Hotel dan Pengurusan Pelancongan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dato’ Dr. Ammar sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah dan Oceania). Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Kanan Pengurusan selain menerajui Bahagian Perancangan Strategik serta Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia. Selain […]

trending_flat

Penjenamaan semula nama MITI

KUALA LUMPUR 12 April 2023 - Nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI atau dalam Bahasa Inggerisnya, MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY, mengekalkan akronim yang sama iaitu “MITI”. Menurut MITI, ia adalah seiring dengan keputusan Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet bertarikh 5 April 2023. "Penjenamaan ini bertepatan dengan fungsi Kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa dan memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan. Keputusan ini juga adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara seperti yang digariskan di dalam wadah Kerajaan Madani." kata MITI dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, dengan penjenamaan tersebut, MITI terus komited untuk menarik pelaburan […]

trending_flat

49,000 Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan Khas Aidilfitri

PUTRAJAYA 12 April 2023 - Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Getah Malaysia akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada 49 ribu pekebun kecil getah di seluruh negara. Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM9.8 juta. Ia melibatkan pekebun kecil getah berdaftar dengan keluasan kebun getah melebihi 2.5 hektar sehingga 6.0 hektar. "YAB Perdana Menteri pada 29 Mac 2023 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan BKKA sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan. KPK telah mengambil tindakan bagi memastikan kumpulan sasar yang terdiri daripada pekebun kecil getah mendapat manfaat BKKA. Penyaluran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun pekebun kecil sebelum atau pada 14 April 2023." kata KPK. Pada masa yang sama, BKKA akan turut disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun […]

trending_flat

Warga TLDM diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa

LANGKAWI 10 April 2023 - Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama 300 orang warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertempat di Surau Al-Aziz, Markas Wilayah Laut 3, Langkawi, Kedah semalam. Ketibaan beliau di Surau Al-Aziz disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob; Panglima Armada Barat, Laksdya Dato’ Abu Bakar bin Md Ajis; Panglima Markas Wilayah Laut 3, Laksma Ee (Yee) Tai Peng serta kepimpinan ATM dan TLDM. Menurut Kementerian Pertahanan (Mindef), Menteri Pertahanan telah meluangkan masa beramah mesra dengan warga TLDM di Markas Wilayah Laut 3 yang merupakan lokasi kedua beliau bersama warga ATM dalam majlis berbuka puasa tahun ini. "Terlebih dahulu, majlis bermula dengan beliau menyantuni warga TLDM dan menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 50 orang warga TLDM. Penerima-penerima sumbangan tersebut adalah terdiri […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Bali, Indonesia

10 April 2023 – Jabatan Metreologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Bali, Indonesia pada jam 8:37 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:37 pagi, 10 April 2023Koordinat: 9.2° Selatan 115.4° TimurLokasi: Selatan Bali, IndonesiaMagnitud: 5.5Jarak: 61km Tenggara dari Denpasar,IndonesiaKedalaman: 750 km Mengikut penilaian, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau India

9 April 2023 - Jabatan Metreologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Nicobar , Rantau India pada pukul 8:17 malam tadi. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:17 malam, 9 April 2023Koordinat: 8.9° Utara 94.1° TimurLokasi: Kepulauan Nicobar , Rantau IndiaMagnitud: 5.4Jarak: 161km Timur dari Car Nicobar,IndiaKedalaman: 10 km Mengikut penilaian, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation