trending_flat

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 - Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu kenyataan pada pagi ini memaklumkan bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan pada hari ini. "Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Langkawi Kedah. Manakala di  Sarawak adalah di Limbang. Di Sabah pula kawasan terlibat adalah di Pedalaman (Kuala Penyu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). Turut terlibat adalah WP Labuan." kata kenyataan tersebut. Amaran tersebut berkuatkuasa sehingga 1:00 tengah hari hari ini.

trending_flat

Zamri Misman dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN baharu

PUTRAJAYA 24 Mac 2023 - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa Zamri Bin Misman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang baharu berkuatkuasa 22 Mac 2023 (Rabu) menggantikan YBhg. Dato’ Ruslin Bin Jusoh. Menurut JPN, Zamri yang berumur 51 tahun, telah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1997. "Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pernah bertugas di pelbagai Agensi Persekutuan termasuklah di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Beliau kemudiannya bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, di Majlis Keselamatan Negara (MKN)." kata JPN. Pada masa yang sama JPN merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ruslin Bin Jusoh atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada JPN.

trending_flat

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 - Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri Menu RAHMAH yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia semalam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Sebanyak 14 pemain industri termasuk persatuan-persatuan penyedia makanan yang menawarkan Menu RAHMAH telah berjaya dikumpulkan di dalam majlis kenduri tersebut. Antara industri dan persatuan yang menyertai majlis kenduri ini adalah Mydin, AEON Big, Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim, Pertubuhan Sahabat Tom Yam Prihatin Se-Malaysia, PLUS Berhad, Marry Brown Sdn Bhd, Old Town White Coffee, McDonald’s Malaysia, Burger King, A & W Malaysia, Texas Chicken Malaysia, Bubblebee, Mios Kitchen dan Temerloh Catering Sdn. Bhd. Justeru, KPDN mengucapkan terima kasih kepada semua penyedia makanan kerana menyertai majlis kenduri ini dan menyediakan makanan Menu RAHMAH kepada jemputan secara […]

trending_flat

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 - Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian yang membabitkan elemen perkauman, agama dan Institusi Diraja (3R – Race, Religion, Royalty) di media sosial dan aplikasi pemesejan. Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, peringatan tersebut dibuat susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R yang berlaku semenjak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian di dalam negara. "Ucapan berbaur kebencian merujuk kepada kata-kata ucapan ataupun gambar yang menuduh, merendah-rendahkan nilai seseorang individu atas faktor perkauman, etnik, agama mahupun kewarganegaraan mereka. Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R. Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan […]

trending_flat

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk Seri Mohamad bin Sabuakan mengetuai delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Republik Indonesia bagi lawatan kerja selama 3 haribermula 17 hingga 20 Mac 2023. Menurut KPKM, tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk meneroka teknologi dan pendekatan baharu yang digunapakai Indonesia dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi. "Lawatan ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 KPKM untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras negara sebagai makanan ruji rakyat Malaysia. YB Menteri akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Bapak Harvick Hasnul Qolbi, Wakil Menteri Pertanian Republik Indonesia pada 20 Mac 2023 bagi mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian termasuk ekonomi, pelaburan dan teknikal. Turut dijadualkan, lawatan ke Pusat Penelitian Pengembangan dan Penerapan Bioteknologi di Serang, Banten bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan industri padi Indonesia." kata KPKM dalam satu […]

trending_flat

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan terus diperkasakan

IPOH, 12 Mac 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (YB KM) telah menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh, Perak semalam. Menurut KPKT dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, penganjuran konvensyen yang berlangsung pada 11 hingga 12 Mac 2023 itu bertujuan untuk memperkukuh dan memperkasa peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disamping memberikan peluang kepada Ahli Majlis untuk bertukar pandangan serta menyumbang idea ke arah menjadikan perkhidmatan PBT lebih dinamik dan progresif. "Konvensyen ini juga merupakan platform perkongsian amalan terbaik (best practices) berkaitan penyelesaian isu-isu perbandaran yang inovatif dan kreatif serta medium penyampaian aspirasi Kerajaan Persekutuan terhadap peranan dan tanggung jawab PBT dalam pembangunan masa kini. Ia juga membuka ruang perbincangan merentasi sempadan negeri untuk menyuarakan pandangan dan idea secara konstruktif dalam kalangan PBT berdasarkan kepelbagaian […]

trending_flat

Green Urban Forum 2023 (GUF2023) Teruskan Agenda Pembangunan Mampan dan Perbandaran Hijau

IPOH, 10 Mac 2023 – Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir telah menyempurnakan Majlis Perasmian Green Urban Forum (GUF) 2023 atau Forum Perbandaran Hijau bertempat di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh pada pagi hari ini. GUF 2023 merupakan salah satu platform bagi perkongsian pengetahuan dan kepakaran tentang aspek perbandaran hijau khususnya berkaitan pembangunan dan pengurusan landskap. Forum anjuran KPKT dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) diadakan sempena sambutan Hari Landskap Negara 2023 yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 11 Mac 2023 di Taman Rekreasi D.R. Seenivasagam, Ipoh. “GUF 2023 merupakan forum bagi membincangkan pelbagai aspek pengurusan perbandaran hijau seperti landskap ke arahmencapai SDGs, digitasi seni bina dan transformasi landskap serta inovasi pengurusan hijau yang dilihat seiring dengan hasrat membangun Malaysia MADANI. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation