trending_flat

Kembara JOM dapatkan maklum balas dan pandangan terhadap Pelan Transisi Kepimpinan Belia

SANDAKAN, 2 September 2024 - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim hadir ke Sesi Libat Urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara (JOM) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 bertempat di Harbour Mall, Sandakan, semalam. Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah, Encik Apui Jan. Kredit : UKK KBS Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kembara JOM merupakan sebuah inisiatif KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS. "Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan untuk memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan […]

trending_flat

EAIC Jalin Kerjasama Dengan Rasuah Busters: Perkukuh Kesedaran Integriti dan Banteras Salah Laku Penguat Kuasa

SHAH ALAM 2 September 2024 - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Rasuah Busters telah bersetuju menjalinkan kerjasama strategik dalam usaha membina asas yang kukuh untuk memerangi salah laku, penyelewengan dan memperkukuh integriti di kalangan pegawai penguat kuasa. Dalam satu kenyataan, EAIC berkata kerjasama tersebut akan memfokuskan program kesedaran dan pendidikan yang akan dilaksanakan di pelbagai peringkat dan kumpulan sasaran, bermula dari sekolah rendah hingga sektor awam dan swasta ke arah mendidik masyarakat tentang pencegahan salah laku dan pembudayaan integriti yang tinggi. Kredit : FB EAIC "Kerjasama ini adalah langkah penting dalam usaha EAIC memastikan pematuhan integriti dalam agensi penguatkuasaan khususnya di bawah seliaan Suruhanjaya ini. Dengan berganding bahu bersama Rasuah Busters, EAIC komited untuk memupuk budaya integriti dan membanteras salah laku dengan lebih berkesan. Kami percaya melalui program pendidikan dan kesedaran yang lebih baik, kita dapat mencapai sistem penguatkuasaan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Kepulauan Solomon

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kepulauan Solomon pada jam 4:13 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:13 pagi, 2 September 2024Koordinat: 6.9° Selatan 155.5° TimurLokasi: Kepulauan SolomonMagnitud: 6.5Jarak: 74km Selatan dari Arawa,PNGKedalaman: 85 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Nicobar, Rantau India

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Nicobar, Rantau India  pada jam  11:42 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut     Waktu Kejadian : 11:42 pagi, 1 September 2024 Koordinat : 8.2° Utara 91.8° Timur Lokasi : Kepulauan Nicobar, Rantau India Magnitud : 5.5 Jarak : 153km Barat Daya dari Car Nicobar, India Kedalaman : 10 km   Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam  10:15 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut  Waktu Kejadian: 10:15 pagi, 27 Ogos 2024Koordinat: 7.4° Selatan 129.9° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.9Jarak: 454km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 54 km Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Jawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Jawa, Indonesia pada jam 8:57 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut  Waktu Kejadian: 8:57 malam, 26 Ogos 2024Koordinat: 9.0° Selatan 110.1° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.3Jarak: 132km Selatan dari Yogyakarta,IndonesiaKedalaman: 79 km Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku pada jam 8:17 pagi tadi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut  Waktu Kejadian: 8:17 pagi, 26 Ogos 2024Koordinat: 0.9° Utara 126.4° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.1Jarak: 115km Barat dari Ternate, IndonesiaKedalaman: 48 km

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation