trending_flat

KPKT fokus terhadap penyediaan perumahan mampu milik dan perkhidmatan kebombaan

PUTRAJAYA, 10 Mac 2023 - Agenda Malaysia Berdaya Huni melalui penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti dan perkhidmatan kebombaan yang responsif dan efektif terus menjadi keutamaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bagi tahun ini, KPKT akan memberi tumpuan dan keutamaan kepada pembinaan projek PPR yang melibatkan penyediaan tapak tanah secara percuma atau dengan kadar premium nominal oleh Kerajaan Negeri. "Manakala bagi pembinaan projek Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) pula, Kerajaan Negeri perlu menyediakan tapak tanah yang bersesuaian bagi tujuan pembinaan BBP tersebut untuk diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Faktor ini akan diambil kira selain daripada skor kajian fire cover yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)." kata KPKT dalam satu siaran media hari ini. KPKT juga akan memastikan aspek komersial turut diambil kira supaya perumahan yang dibangunkan adalah memenuhi ciri-ciri kondusif dan berdaya huni dengan mengutamakan lima (5) elemen […]

trending_flat

Turkiye rakan dagang pertanian berpontensi tinggi

KUALA LUMPUR, 1 MAC 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Datuk Seri Mohamad bin Sabu telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Emir Salim Yüksel, Duta Besar Turkiye di Malaysia pada 28 Februari 2023 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur. Menurut MAFS pertemuan kali pertama itu adalah bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian terutamanya dalam bidang pertanian moden dan penyelidikan pertanian. "Kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama perdagangan dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan. Dalam pertemuan ini, Turkiye bersedia menawarkan sumber daging, ayam dan produk ayam, madu dan buah-buahan untuk dieksport ke Malaysia. Tambahan pula, Turkiye juga bersedia berkongsi kepakarannya dalam bidang teknologi pertanian moden dan mekanisasi untuk membantu industri pertanian Malaysia." kata MAFS. Turkiye merupakan rakan dagang pertanian yang berpotensi tinggi untuk Malaysia. Untuk rekod, […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Sulawesi, Indonesia

27 FEBRUARI 2023 –Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Sulawesi, Indonesia pada pukul  9:26 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 9:26 pagi, 27 Februari 2023Koordinat: 1.6° Selatan 120.2° TimurLokasi: Sulawesi, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 91km Tenggara dari Palu,IndonesiaKedalaman: 36 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Gempa bumi kuat berlaku di Utara Halmahera, Indonesia

24 FEBRUARI 2023 –Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Utara Halmahera, Indonesia pada pukul 4:02 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:02 pagi, 24 Februari 2023Koordinat: 3.4° Utara 128.2° TimurLokasi: Utara Halmahera, IndonesiaMagnitud: 6.4Jarak: 192km Tenggara dari Pulau Talaud,IndonesiaKedalaman: 112 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Jumlah penerima dos penggalak kedua sebanyak 806,818

24 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW hari ini, setakat 23 Februari 2023, 11:59 pm seramai 16,311,851 Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama. Manakala jumlah penerima dos penggalak kedua adalah 806,818. Jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 23 Februari, 11:59 pm adalah sebanyak 223 kes tempatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu setakat 23 Februari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,041,811. Dalam pada itu tiada kes kematian harian baharu direkodkan setakat 23 Februari 2023, 11:59 pm. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 23 Februari, 11:59 pm adalah kekal sebanyak 36,957. Jumlah kes sembuh harian setakat 23 Februari, 11:59 pm adalah sebanyak 278. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 23 Februari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,995,584.

trending_flat

Gempa bumi kuat berlaku di Tajikistan-Rantau Sempadan Xinjiang pagi tadi

23 FEBRUARI 2023 – – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Tajikistan-Rantau Sempadan Xinjiang pada pukul 8:37 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:37 pagi, 23 Februari 2023Koordinat: 38.0° Utara 73.2° TimurLokasi: Tajikistan-Rantau Sempadan XinjiangMagnitud: 6.5Jarak: 363km Timur Laut dari Taloqan,AfghanistanKedalaman: 49 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Gempa bumi kuat berlaku di Turkiye pagi tadi

21 FEBRUARI 2023 - – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Turkiye pada pukul 1:04 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:04 pagi, 21 Februari 2023Koordinat: 36.1° Utara 35.9° TimurLokasi: TurkiyeMagnitud: 6.3Jarak: 114km Tenggara dari Adana ,TurkiyeKedalaman: 58 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation