18 premis di Pahang telah mendaftar di direktori Menu RAHMAH
17 Februari 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa berdasarkan maklumbalas daripada peniaga, inisiatif Menu RAHMAH telah dijadikan model perniagaan dan bahan promosi untuk menarik pelanggan ke premis mereka. Timbalan Menterinya Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh berkata para peniaga yang terlibat dengan inisiatif tersebut dapat meningkatkan pendapatan di mana peningkatan kuantiti jualan dapat menampung pengurangan margin dan di masa yang sama 'bersedekah' kepada mereka yang memerlukan. "Untuk rekod, sehingga 16 Februari 2022 sejumlah 18 premis telah mendaftar di direktori Menu RAHMAH dan menyahut seruan Kerajaan untuk melaksanakan Menu RAHMAH secara sukarela di negeri Pahang. KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi menjayakan aspirasi ini. KPDN turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengusaha restoran yang telah menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan Menu RAHMAH […]