trending_flat

Hannah Yeoh akan turun ke Dataran Merdeka beri sokongan kepada pasukan Hoki Malaysia

22 Januari 2023 - Bagi memudahkan para peminat sukan menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Sepanyol dalam Piala Dunia Hoki 2023, dua buah skin besar telah disediakan di dua buah lokasi. Lokasi-lokasi tersebut adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Perkarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga akan turut bersama-sama para peminat menyaksikan perlawanan tersebut di Dataran Merdeka. "Yang tak balik kampung, malam ini 2 lokasi BIG SCREEN untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023. Untuk memberikan sokongan kepada team Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baru Cina di Dataran Merdeka. Jom!" kata Hannah dalam satu hantaran di halaman sosial media beliau. Perlawanan tersebut akan bermula pada jam 6:45 waktu Malaysia.

trending_flat

Ismail Sabri lawat kanak-kanak dipercayai didera dan ditinggalkan di tepi jalan

KAJANG, 19 Januari 2023 - Bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkongsi video beliau melawat kanak-kanak yang dipercayai didera dan ditinggalkan di tepi jalan. Kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau baru-baru ini, kanak-kanak tersebut semakin sihat. "Terima kasih kepada pihak Hospital Kajang terutamanya doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang menjaga anak ini dengan baik dan sempurna. Terima kasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di atas tindakan seterusnya untuk mendapatkan rumah penjagaan kanak-kanak kepada anak ini. Apa pun alasan, anak adalah kurniaan Allah SWT yang paling berharga dan anak mesti dibelai dan dijaga dengan sempurna bukan didera dan diseksa." kata Ahli Parlimen Bera itu. Seterusnya Ismail Sabri berkongsi video beliau menyantuni kanak-kanak yang sakit di wad kanak-kanak Hospital Kajang. "Ramai yang demam panas, selsema dan sesak nafas. Menurut doktor, sekarang musim kanak-kanak demam selsema & […]

trending_flat

Menteri Pembangunan Perindustrian arah pihak berkaitan selesaikan masalah Star City

SABAH 18 Januari 2023 - Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Tze telah lawatan ke tapak Star City yang kini sudah terbengkalai lebih 15 tahun. Menurutnya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini, beliau telah diberikan taklimat dari SUDC mengenai status bangunan tersebut dan difahamkan berkenaan perancangan pembangunan semula yang dicadangkan pada tahun 2019. "Ini menjadi keutamaan tugas saya untuk menyelesai masalah tersebut. Semua orang KK tahu bangunan yang terbiar ini sudah menjadi “eyesore” dalam bandar kita. Saya telah mengarahkan agar semua pihak yang terlibat berusaha sedaya upaya untuk memastikan masalah dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya telah minta laporan yang terperinci dibawa kepada saya dalam masa terdekat." ujar Phoong Jin Tze.

trending_flat

Gempa bumi : Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat

16 Januari 2023 - Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di daerah Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia pada 16 Januari. Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan Konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan seperti maklumat di bawah : Konsulat Jeneral Malaysia di Medan : No. Telefon : +62 61 4531342, +62 61 4523992 Emel : mwmedan@kln.gov.my Pada 16 Januari 2023, satu gempa bumi dilaporkan berukuran 6.2 pada skala Richter telah berlaku pada jam 5.30 pagi waktu tempatan di daerah Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia. Setakat ini, tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dan kerosakan infrastruktur masih lagi sedang dinilai oleh pihak berkuasa.

trending_flat

Pembayaran STR Fasa 1 mulai Selasa

16 JANUARI 2023 - Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa program bantuan tunai untuk B40 iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini, pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti berikut: "Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023." kata Anwar. Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari […]

trending_flat

Gempa bumi kuat berlaku di Utara Sumatera. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

16 JANUARI 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul  6:30 pagi tadi. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:30 pagi, 16 Januari 2023Koordinat: 1.8° Utara 97.8° TimurLokasi: Utara Sumatera, IndonesiaMagnitud: 6.3Jarak: 64km Utara dari Nias,IndonesiaKedalaman: 60 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Usaha-usaha Kerajaan bantu pekebun getah hadapi kejatuhan harga getah dan kos sara hidup yang meningkat

15 Januari 2023 - Bagi membantu penoreh getah dan pekebun kecil getah dalam mendepani isu kejatuhan harga getah, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan siri perbincangan melibatkan pelbagai Kementerian dan agensi berkaitan untuk mengurangkan impak kejatuhan harga getah. Menurut KPK dalam satu kenyaan media hari ini, usaha-usaha dan langkah-langkah kerajaan bagi membantu para pekebun getah dalam menghadapi situasi kejatuhan harga getah dan kos sara hidup yang meningkat adalah: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) Kerajaan telah melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sejak tahun 2015 bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh. Melalui pelaksanaan IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang (50% kandungan getah kering) sekurang-kurangnya pada harga RM2.50 sekilogram.Sejak IPG mula dilaksanakan pada September 2015 sehingga Disember 2022, IPG telah diagihkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation