trending_flat

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak pertama masih rendah

14 JANUARI 2023 – Setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm seramai 16,289,610 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama. Makalala jumlah penerima dos penggalak kedua adalah 711,666. Dalam pada itu jumlah kes baharu harian COVID-19 setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 318 kes tempatan dan 2 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 5,032,146. Jumlah kes kematian harian direkodkan setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 3 kes. Tiada kes BID direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat 13 Januari, 11:59 pm sebanyak 36,908. Manakala jumlah kes sembuh harian setakat 13 Januari 2023, 11:59 pm adalah sebanyak 506. Maka jumlah keseluruhan kes sembuh setakat 13 Januari, 11:59 pm adalah sebanyak 4,984,301.

trending_flat

NRECC segera laksanakan titah YDPA

PUTRAJAYA, 10 Januari 2023 - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi bin Nik Ahmad memaklumkan bahawa Kementerian yang diterajuinya telah bertindak segera melaksanakan titah Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong seperti yang disiarkan di laman sesawang Malaysiakini pada 7 Januari 2023 bertajuk “King Wants Review Of Cameron Highlands Slope Developments”. Dalam satu kenyataan semalam, Nik Nazmi menjelaskan bahawa pajakan kawasan pertanian seluas 6.475 hektar berkenaan telah diberikan kepada pemaju pada 20 Ogos 2021. Katanya, pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Pahang telah menerima satu surat permohonan ulasan penilaian tapak daripada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) selepas berlakunya kejadian pertama banjir lumpur telah dilaporkan di Perumahan Pekan Kg. Raja yang melibatkan sebuah rumah pada 30 Ogos 2022. Ini diikuti oleh dua lagi kejadian tanah runtuh di kawasan yang sama pada […]

trending_flat

Malaysia mesti bebas dari gejala ketamakan elit penguasa dan para petinggi politik – Anwar

JAKARTA, 8 JANUARI 2023 - Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah hadir di sesi dialog dan makan malam bersama diaspora Malaysia di Indonesia bertempat di Kedutaan Malaysia di sini semalam. Ketika sesi tersebut, Anwar menegaskan Malaysia mesti bebas dari gejala ketamakan elit penguasa dan para petinggi politik dalam memunggah dan menggondol kekayaan dan khazanah negara demi tembolok sendiri. "Saya tidak akan berkompromi dalam soal ini meski ia mungkin akan merisikokan kedudukan saya. Kita sudah lelah dengan watak-watak yang menjerit perjuangkan Islam tetapi mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan dan menggunakan kuasa untuk merampas hak yang bukan milik mereka. Adalah menjadi hasrat saya untuk memartabatkan golongan miskin tidak kira bangsa atau agama sambil memperteguh hak serta keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera." kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau. Tambah beliau, walaupun kebimbangan utama saat ini adalah terkait pembangunan ekonomi […]

trending_flat

Anwar adakan lawatan rasmi pertama ke Indonesia

JAKARTA, 8 JANUARI 2023 - Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke negara jiran, Indonesia. Beliau ditemani isteri beliau Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dato’ Dr. Wan Ismail. "Saya turut memakai songkok bagi memartabatkan budaya dan tradisi serumpun Malaysia-Indonesia. Ketibaan saya disambut Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia Basuki Hadimoeljono dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono." kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau. Turut sama dalam lawatan itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Adlan Mohd Shaffieq. "Saya mengharapkan lawatan ini akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara disamping meneroka peluang kerjasama baharu menerusi perbincangan bersama Presiden Joko Widodo, InsyaAllah." ujarnya. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Majlis Penyerahan […]

trending_flat

Orang ramai perlu berwaspada dengan e-mel atau mesej tidak sah

CYBERJAYA, 7 JANUARI 2023 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi. Menurut MCMC dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, E-mel atau mesej terbabit antara lain mendakwa, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati si mangsa yang ditujukan mesej berkenaan masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan Maybank, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000.00 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM. "Selain itu, kandungan e-mel tersebut juga menjelaskan, transaksi dengan Maybank adalah sah dan mereka boleh menuntut wang tunai itu tanpa rasa takut. Justeru, orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya. […]

trending_flat

Separuh Akhir AFF Malaysia vs Thailand : Skrin Besar disediakan di 14 lokasi

7 JANUARI 2023 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menyediakan Skrin Besar di 14 lokasi bagi memastikan peminat bola sopak negara menyaksikan perlawanan separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Club 2022 antara Malaysia dan Thailand pada malam ini. Hi semua, @KBSMalaysia @PerpaduanNegara akan menyediakan Skrin Besar di 14 lokasi bagi memastikan rakyat boleh menikmati aksi Malaysia melawan Thailand. Semoga sokongan padu ini akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir. Tolong RT! @StadiumMalaysia @FAM_Malaysia @ASTROARENA pic.twitter.com/ooFxXe0zQ1— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) January 6, 2023 Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti tertera di poster di bawah : Semoga sokongan padu akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir. Lagi Berita Sukan : Gaya HidupMY LNASukanSukan Separuh Akhir AFF Malaysia vs Thailand : Skrin Besar disediakan di 14 lokasi By hebahan amJanuary 7, 2023 HighlightsMY LNASukan […]

trending_flat

Ketua Polis Negara tidak terlibat dengan Pelaburan AMUNDI

KUALA LUMPUR, 7 JANUARI 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa terdapat satu chat group aplikasi Whatsapp yang mempromosikan Pelaburan AMUNDI di mana terdapat satu profil Whatsapp palsu yang menyamar sebagai Ketua Polis Negara. "Dalam chat group tersebut terdapat satu profil Whatsapp yang menyamar sebagai Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara. Individu tersebut yang menggunakan nombor telefon 010-2301160 mendakwa kononnya Ketua Polis Negara turut menyertai skim pelaburan berkenaan." kata Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan media yang diedarkan pada hari ini. Jelas beliau, PDRM mengesahkan tiada sebarang penglibatan oleh Ketua Polis Negara dalam pelaburan tersebut. Katanya, laporan polis telah dibuat agar siasatan boleh dimulakan ke atas individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dan menggunakan nama Ketua Polis Negara. "Siasatan ke atas skim pelaburan berkenaan juga sedang dijalankan. PDRM menasihatkan orang awam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation