trending_flat

Malaysia dan Republik India Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam bidang Pelancongan dan Program Persefahaman dalam Bidang Kebudayaan, Seni dan Warisan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Republik India, TYT Shri Gajendra Singh telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Bidang Pelancongan serta Program Persefahaman dalam Bidang Kebudayaan, Seni dan Warisan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Republik India pada 19 hingga 21 Ogos 2024. Pertukaran kedua-dua MoU ini telah diadakan dalam Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman yang disaksikan oleh Anwar dan TYT Shri Narendra Modi, Perdana Menteri Republik India. Majlis yang berlangsung di New Delhi, India ini menandakan satu langkah penting dalam usaha kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama strategik dalam bidang kebudayaan dan pelancongan. "Pemeteraian Perjanjian Kebudayaan ini berupaya mempertingkat kerjasama dalam bidang kebudayaan melalui pelaksanaan pertukaran kepakaran selain sinergi dalam bidang latihan, penyelidikan dan persembahan kebudayaan ke arah pembangunan produk dan perkhidmatan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam 7:17 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:17 malam, 22 Ogos 2024Koordinat: 7.1° Selatan 129.9° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.3Jarak: 424km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 109 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Pengapungan harga diesel : KPKM adakan sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan mekanisasi pembajakan dan penuaian

PUTRAJAYA, 22 OGOS 2024 – Susulan daripada pelaksanaan pengapungan harga diesel oleh Kerajaan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melaksanakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam industri di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas berkenaan peningkatan kos operasi jentera dan kos upah dalam rantaian aktiviti penanaman padi. Pada hari ini, sesi libat urus KPKM bersama para penyedia perkhidmatan mekanisasi pembajakan dan penuaian turut diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pasaran terhadap kos upah yang lebih relevan dan tidak membebankan para pesawah. Sebagai reaksi segera, KPKM mengesyorkan dua cadangan langkah intervensi untuk menangani isu tersebut iaitu melalui jadual harga siling kos upah terkini yang telah mengambil kira harga diesel semasa, serta langkah intervensi jangka masa panjang melalui pelaksanaan pendaftaran jentera pembajakan dan penuaian di lapangan bagi kajian dan penelitian program bantuan bersasar yang bersesuaian. Sebagai makluman, pengesyoran jadual […]

trending_flat

KUSKOP Bantu Bubbles O2 Kembangkan Perusahaan, Tembusi Pasaran Antarabangsa

RANTAU, 22 Ogos 2024 - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited untuk terus membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengembangkan perusahaan mereka sehingga pasaran antarabangsa. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ini termasuk sokongan berterusan kepada Bubbles O2, syarikat peneraju industri air mineral beroksigen di Malaysia agar terus berkembang pesat. Beliau berkata, ini penting agar syarikat-syarikat tempatan terus menyumbang kepada ekonomi negara seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. “Bubbles O2 adalah salah satu syarikat yang telah menerima pelbagai bentuk bantuan daripada agensi di bawah KUSKOP seperti SME Corp. Malaysia, SME Bank, dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas). Sokongan ini termasuklah pembiayaan, geran dan program pembangunan bertujuan membantu syarikat ini mengembangkan perniagaannya di dalam dan luar negara. Pernas pada tahun ini telah melabur sebanyak RM5 juta bagi pembelian mesin dan perbelanjaan operasi untuk syarikat Bubbles O2,” katanya. Beliau berkata […]

trending_flat

Ewon lancarkan Konvoi Jiwa Merdeka KUSKOP

PUTRAJAYA, 21 Ogos 2024 - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan Program Konvoi Jiwa Merdeka KUSKOP sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024, di Lobi kementerian, di sini, hari ini. Beliau berkata, program tersebut adalah antara pengisian Bulan Kebangsaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan warga Kementerian dan agensi-agensinya. “Warga KUSKOP adalah antara rakyat Malaysia yang amat bertuah kerana mendapat tempat dalam perkidmatan awam. Penempatan dalam kementerian ini harus ada nilainya iaitu memastikan Malaysia terus merdeka, maju ke hadapan dan terus membangun. Oleh itu saya menyeru seluruh warga kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian ini yang dipertanggungjawabkan dalam pembangunan usahawan dan koperasi supaya terus melipatgandakan usaha memberikan perkhidmatan terbaik membela nasib usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana, penjaja dan peniaga kecil serta koperasi agar mereka terus maju bersama, seiring pembangunan negara ini. Komuniti […]

trending_flat

Balai Seni Negara adakan sesi Dialog Penggiat Seni bersama Timbalan Menteri MOTAC

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2024 – Balai Seni Negara telah mengadakan “Dialog Penggiat Seni Visual Bersama YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)” bertempat di Auditorium, Balai Seni Negara semalam. Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Encik Shaik Rizal Sulaiman, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Encik Amerrudin Ahmad, pegawai-pegawai kanan MOTAC, jabatan serta agensi. Sesi dialog tu diadakan dengan matlamat untuk mewujudkan platform komunikasi dua hala antara Timbalan Menteri MOTAC dan para penggiat seni tempatan dalam mengutarakan cadangan dan pandangan mereka berkaitan seni. "Sesi dialog yang berlangsung kira-kira satu jam ini dihadiri seramai 200 orang, terdiri daripada penggiat seni, wakil persatuan seni, galeri seni awam dan swasta serta warga akademik. Pertemuan antara YB Timbalan Menteri MOTAC dan para penggiat seni tempatan ini secara langsung dapat membuka ruang bagi membincangkan pelbagai […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Samar

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Samar pada jam 11:39 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Satu gempa bumi sederhana telah berlaku dengan maklumat parameter berikut:Waktu Kejadian: 11:39 pagi, 19 Ogos 2024Koordinat: 13.0° Utara 124.8° TimurLokasi: SamarMagnitud: 5.3Jarak: 91km Timur dari Sorsogon City,FilipinaKedalaman: 102 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation