trending_flat

Sambutan Maulid Nabi bukti kecintaan, kesyukuran dan kegembiraan

Oleh: Dr. Mahyudin Daud, Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh Pensyariatan sambutan Maulid Nabi SAW itu jelas daripada al-Quran, sunnah dan pandangan ulama (Nahrizul Adib Kadri - Unsplash) Perayaan Maulid Nabi adalah bukti cinta kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW sekaligus memuliakan Baginda dan bergembira dengan kurnian Allah SWT yang paling besar. Sambutan tersebut juga adalah satu cara menzahirkan syukur kepada Allah Yang Maha Esa atas nikmat kelahiran Nabi SAW sebagaimana firman Allah SWT: “Katakanlah wahai Muhammad SAW (kepada umatmu) dengan limpah kurnia Allah dan dengan rahmatNya maka dengan demikian bergembiralah oleh kaum muslimin.” Bagi pencinta Rasulullah SAW, sambutan tersebut adalah wajar secara logik dan disyariatkan berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Umat Islam sejak berkurun lamanya telah mengadakan sambutan tersebut dan para ulama telah bersepakat di atas hukum istihsannya bahkan tidak ada seorang ulama muktabar pun yang mengingkarinya. Merayakan Maulid Nabi hakikatnya […]

trending_flat

Sambutan Maulidur Rasul kini sebuah keperluan

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Pada setiap tahun umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Malah kerajaan memperuntukkan satu hari sebagai cuti umum khas bagi menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada tahun ini ia jatuh pada 16 September 2024, bersamaan tarikh sambutan Hari Malaysia. Sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi keperluan di zaman ini bagi mendekatkan kita kepada Rasulullah SAW (Ahmet Kurem - Unsplash) Walaupun sudah sekian lama sambutan Maulidur Rasul diadakan di Malaysia namun masih ada segelintir umat Islam yang tidak selesa dengan sambutan tersebut kerana dikatakan bid’ah yang berlawanan dengan syarak. Bagi mereka jika ia amalan yang dituntut oleh syarak maka sudah tentu para sahabat, Tabi’in dan imam empat mazhab (Syafie, Abu Hanifah, Malik dan Ahmad) terlebih dahulu melaksanakannya. Malah mereka juga mendakwa Saidatina Aisyah yang hidup melebihi empat puluh tahun selepas kewafatan baginda pun tidak […]

trending_flat

Reformasi Perkhidmatan Awam

Oleh : Muhammad Faisal Abdul Aziz Dalam amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar @shamsulazribakr, kelmarin beliau menegaskan cabaran yang dihadapi adalah isu integriti - kewujudan 'Napoleon Kecil', karenah birokrasi, dan mentaliti silo kerana rasa 'berkuasa & superior' yang menjadi hambatan kepada usaha menuju reformasi. Beliau turut menggariskan agenda BKR - Bidang Keberhasilan Reformasi. Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar. Kredit Foto Halaman X KSN Ia membabitkan penghayatan Nilai & Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan & Memperkasa Sinergi Awam & Swasta. Bagi kita reformasi perkhidmatan awam ini amat penting kerana mereka adalah nadi kepada pelaksanaan agenda Reformasi. Berbaki tempoh 3 tahun ini, kita mahu melihat hasil penting jangka pendek dari BKR ini. Tiada lagi struktur Napoleon Kecil, perasaan segolongan 'lebih superior' sebaliknya dasar dan pelaksanaannya harus bersifat inklusif dan kebersamaan […]

trending_flat

Fahami cabaran penjagaan anak OKU

Oleh: Dr. Hanira Hanafi Kes kematian adik Zayn Rayyan yang merupakan kanak-kanak OKU Autism memberi impak yang besar kepada masyarakat iaitu dorongan untuk meningkatkan penjagaan, keselamatan, dan sokongan kepada kanak-kanak OKU, serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab sosial dalam komuniti. Pihak kerajaan sebenarnya telah lama menggubal dan melaksana Dasar Orang Upaya Negara yang menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Cabaran menjaga anak OKU harus difahami oleh semua pihak (Manoj Kulkarni - Unsplash) Dasar ini bertujuan antaranya adalah untuk memastikan OKU mempunyai hak dan peluang yang sama tanpa sebarang diskriminasi atas sebab ketidakupayaannya serta mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak mereka sebagai OKU. Namun demikian, usaha ini tidak dapat dicapai melainkan dengan kerjasama penuh dan bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta NGO, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja […]

trending_flat

Hafazan al-Quran: Antara kuantiti dan kualiti

Oleh: Muhammad Amirul Asyraf Mohd Kadri Melihat kepada kemudahan perkembangan ilmu pada masa kini, institusi tahfiz di seluruh negara juga tumbuh bagai cendawan. Bilangannya yang begitu banyak memungkinkan kita untuk meramaikan lagi golongan al-Hafiz, iaitu mereka yang telah menghafal 30 juzuk al-Quran dengan lengkap, sejajar dengan hasrat kerajaan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara untuk melahirkan 125,000 huffaz professional. Matlamat mulia ini menandakan permulaan perkembangan pesat pendidikan tahfiz di negara kita. Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia Ketika itu, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul al-Bab diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014.  Pengumuman ini menyaksikan aliran TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) ini telah diperluaskan perlaksanaannya meliputi SBPI (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi), dan SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) serta program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains Mara). Ini merupakan […]

trending_flat

Peranan Semua Pihak dalam Mengimbangi Ekonomi Gig dan Pendidikan Tinggi

Oleh : Nik Amalena Najebah Nik Azman Pada masa kini, ekonomi gig telah berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Ekonomi gig menawarkan peluang ekonomi kepada ramai anak muda yang mencari pendapatan segera dan kebebasan bekerja. Dengan kemajuan teknologi dan platform digital, pekerjaan seperti p-hailing (penghantar makanan), e-hailing (kereta persendirian dijadikan perkhidmatan awam), dan kerja bebas dalam talian kini mudah diakses oleh sesiapa sahaja. Bagi pelajar sekolah, terutama mereka dari keluarga berpendapatan rendah, ekonomi gig menjadi penyelesaian pantas untuk memperoleh pendapatan tambahan bagi menampung kos hidup harian. Namun, di sebalik daya tarikan ini, terdapat kebimbangan yang semakin timbul mengenai kesan jangka panjang ekonomi gig terhadap minat pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran. Semakin ramai pelajar yang melihat pendapatan cepat melalui ekonomi gig sebagai alternatif kepada pendidikan tinggi, yang dianggap memerlukan masa yang Panjang dan pelaburan yang lebih besar. Fenomena […]

trending_flat

Catatan Mengenai Isu DNS

Oleh : Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi Semalam saya tweet mohon supaya Kerajaan pertimbang semula polisi DNS redirect. Saya memang tak tag Menteri, sebab tweet itu bukan untuk Menteri, tapi untuk audiens di X. Nak buat apa tag Menteri kalau saya boleh text Menteri? Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan. Kredit Foto : Parlimen Malaysia Sebenarnya tweet saya bahawa saya tidak setuju polisi redirect DNS itu tidak membawa apa-apa kesan besar. Sekadar untuk highlight tentang isu gamers dan ya, untuk puaskan hati yang galak sindir saya konon saya senyap pasal isu ini. Itu pun ada yang tidak puas hati sebab mahukan saya lebih kuat hentam. Tweet saya itu tidak bawa kesan apa-apa. Dan tidak bertujuan untuk bawa apa-apa kesan besar. Yang membawa kesan adalah anda semua. Dan juga orang yang saya text untuk dapatkan info untuk faham isu ini. Dengan feedback […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation