trending_flat

UM santuni pelajar St Gabriel untuk berfikiran kreatif

Pemikiran kreatif adalah sebuah kemahiran yang penting bagi golongan remaja kerana ia meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, dan membolehkan mereka menangani apa jua cabaran dengan berkesan. Selain itu, kemahiran ini juga membantu proses komunikasi, membina kesejahteraan emosi, dan turut memupuk pemikiran inovatif. Secara keseluruhannya, memupuk pemikiran kreatif dalam kalangan remaja sebenarnya akan menyokong pertumbuhan peribadi, dan memperluas perspektif mereka terhadap kehidupan. Ini pastinya bakal melengkapkan mereka untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat pada masa hadapan. Pelajar SMK St Gabriel melaksanakan modul aktiviti yang disediakan oleh mahasiswa UM Atas kesedaran itu, sekumpulan 24 orang mahasiswa dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) telah meluangkan masa bersama 40 orang pelajar Tingkatan Dua SMK St Gabriel, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dr Asbah Razali Program yang dinamai “Sulam: An Prihatin” ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus bagi kursus teras […]

trending_flat

Tanggapan ‘childfree’ tidak Islami

Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin Jika ada satu gelombang yang boleh menggambarkan perubahan gaya hidup mereka yang digelar sebagai Millennials dan Gen Z kini, maka salah satunya ialah tren tidak mahu memiliki anak, atau dalam istilah yang popular, ‘childfree’. Namun, perlu dibezakan keinginan tidak mahu memiliki anak (termasuk mengambil anak angkat) dengan tidak ada upaya untuk melahirkan dan mendapatkan anak (childless). Sebagai gaya hidup, ‘childfree’ merupakan satu pilihan yang sengaja dibuat. Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin Sebuah laman komuniti di Reddit dinamakan sebagai Childfree yang mengumpulkan kelompok yang tidak mahukan anak. “Do not ever want children”, itu deskripsi di web bagi menerangkan tujuan komuniti yang dianggotai 1.5 juta ahli ini diwujudkan. Di dalamnya terhimpun luahan penyokong ‘childfree’ dari alasan tidak mahu beranak untuk mengurangkan populasi dunia sehinggalah rasa syukur kerana dapat tidur dengan […]

trending_flat

Hargailah keringatnya

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Dalam institusi keluarga, bapa memainkan peranan yang penting. Ibaratnya bapa merupakan nakhoda yang mengemudi bahtera sebuah rumahtangga di samudera institusi keluarga. Dalam rumahtangga, kehadiran sosok seorang bapa sangat penting di samping seorang ibu. Bapa bertanggungjawab memastikan segala keperluan rumahtangga terpenuhi dan berjalan lancar. Bapa juga bertindak sebagai pelindung dan pemberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Di samping itu, bapa adalah individu yang berperanan dalam membentuk keteguhan dan kestabilan jiwa anak-anak. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Peranan bapa disebut jelas dalam hadis Nabi SAW. Dari Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpin, seorang ketua adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya, seorang lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.” (HR al-Bukhari dan Muslim) Berdasarkan hadis tersebut, bapa berperanan penting dan bertanggungjawab […]

trending_flat

Hati-hati berkorban, jangan sampai terkorban

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Salah satu ibadah yang paling penting dalam sambutan ini adalah ibadah korban, yang berlangsung dari 10 hingga 13 Zulhijjah. Ibadah ini bukan sahaja merupakan pengorbanan haiwan atau pesta daging segar semata-mata tetapi juga satu amalan yang mendalam maknanya bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Dalam perspektif hukum Islam, hukum asal dalam ibadat korban adalah sunat mu’akkad, iaitu sangat dituntut bagi orang yang berkemampuan, tetapi jika ditinggalkan tanpa sebarang uzur, hukumnya tidak berdosa. Dalam al-Quran, surah al-Kauthar ayat 2, Allah SWT telah berfirman: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur). Jika disorot dalam sejarah Islam yang panjang, amalan korban berlaku sejak awal lagi ketika menyelesaikan konflik […]

trending_flat

Apakah kita melahirkan generasi muda yang semakin kurang bersyukur?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias “Jangan pernah bimbang dengan rezekimu yang telah pun diatur, yang penting adalah kamu terus bersyukur”. Sebuah kata-kata yang perlu ditanam dalam fikiran masyarakat kita pada masa kini bagi memastikan kesihatan mental dan juga tahap kepuasan hidup yang optimum kerana tanpa terlalu memikirkan sesuatu yang belum pasti adalah lebih baik kerana ini akan mengurangkan beban fikiran seseorang individu. Dr. Nurul Ashikin Alias Namun, keadaan ini bukanlah menjadi satu kayu ukur yang menunjukkan bahawa kita tidak perlu berusaha untuk mencapai sesuatu. Tugas kita sebagai manusia hanyalah terus berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat tanpa perlu terlalu memikirkan hasil akhirnya. Apabila kita terlalu memikirkan hasil akhir sesuatu perkara berkemungkinan akan menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu. Kehidupan pada zaman yang penuh cabaran ini sesungguhnya menuntut setiap individu untuk mempunyai tahap ketahanan mental, fizikal dan jadi diri yang tinggi bagi memastikan […]

trending_flat

Hikmah Mengingati Kematian Dari Perspektif Islam

Oleh: 1Siti Jamilah Mohd Sukri dan 2Nadiah Mohd Noor Setiap insan yang bernyawa pasti akan menemui kematian dan bakal meninggalkan dunia yang fana ini tidak kira pangkat, status atau darjat yang dimiliki. Persoalannya, bersediakah kita untuk menghadapi saat-saat ini? Lebih-lebih lagi kematian merupakan rahsia Allah SWT yang tidak mempunyai amaran mahupun tanda sebelum ianya menjemput. Bagi umat Islam terutamanya, beriman dengan qadha' dan qadar adalah salah satu rukun iman yang wajib diimani. Salah satunya ialah kematian yang dirahsiakan oleh Allah SWT. Allah SWT merahsiakan kematian untuk menguji tahap keikhlasan seseorang individu dalam melaksanakan sesuatu amalan soleh sama ada dikerjakan semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya atau ada niat tersembunyi disebaliknya. Namun, tidak bermaksud bahawa seseorang Muslim tidak dibenarkan berniat untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan demi mengubah nasib hidup atau mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Namun, alangkah beruntungnya, jika seseorang individu berniat untuk mendapatkan […]

trending_flat

Amalan Gaya Hidup Hayatan Toyyibah Dari Perspektif Islam

Oleh : 1Siti Jamilah Mohd Sukri & 2 Che Nurul Asyiqin Che Yusoff Kehidupan yang sejahtera, aman damai dan harmoni dalam kalangan masyarakat merupakan impian setiap insan yang mendambakan ketenangan dalam kehidupan. Disebalik ranjauan kehidupan yang semakin menekan, adakalanya manusia tercari-cari mekanisme terbaik untuk melepaskan segala tekanan yang terpaksa dipikul dari segi pekerjaan, hubungan kekeluargaan, rakan taulan dan dilema yang pelbagai. Malangnya, ada sesetengah tersalah memilih kaedah untuk mencari ketenangan, lebih-lebih lagi melalui cara yang bertentangan dengan etika moral secara umumnya. Masakan tidak, di bulan ramadhan yang mulia, masih ada segelintir umat Islam melakukan aktiviti-aktiviti yang mencemarkan imej seseorang Muslim. Sebagai contoh, ada segelintir pempengaruh media sosial merakam rakaman lagu bertemakan hari raya aidilftri seolah-olah menormalisasikan budaya transgender dalam kalangan masyarakat melalui pemakaian pakaian yang ketat dan mempamerkan lenggok badan yang tidak sopan. Siti Jamilah Mohd Sukri Che Nurul Asyiqin […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation