trending_flat

Jalani ibadah korban yang lestari menurut sunnah

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi, Dr. Mohd Istajib Mokhtar Ibadah korban yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha merupakan satu ibadat penting dalam agama Islam di mana haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan unta disembelih dsebagai tanda ketaatan dan penghormatan kepada Allah SWT. Bahkan ibadah ini merupakan antara amalan paling dicintai oleh Allah SWT. Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Dr. Mohd Istajib Mokhtar Hal ini dapat dilihat pada hadith Nabi SAW bermaksud: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (Riwayat al-Tirmizi) Namun begitu, amalan yang baik ini boleh juga mendatangkan keburukan dan dosa sekiranya […]

trending_flat

Beribadahlah tanpa melanggar peraturan 

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Setiap Muslim yang berakal dan sihat tubuh badan pasti mempunyai keinginan yang kuat untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Namun begitu, ramai kalangan umat Islam yang tidak sempat melaksanakannya dan telah kembali ke rahmatullah. Malahan masih lagi ramai yang menanti giliran pasca pendaftaran haji bersama Tabung Haji dengan penuh sabar. Ini kerana mereka faham bahawa konsep istita’ah (kemampuan) itu merangkumi giliran mengerjakan haji di samping kewajipan mentaati peraturan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Walaupun begitu, dalam keadaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang menanti giliran mengerjakan haji, terdapat segelintir rakyat yang terkandas di Mekah dan Madinah kerana ingin mengerjakan haji dengan menggunakan visa pelancong atau dinamakan sebagai Haji DIY (Do It Yourself) atau Haji Backpacker. Mereka tidak memilih laluan mengerjakan haji bersama agensi kerajaan seperti Tabung Haji atau […]

trending_flat

Jangan pinggirkan kepakaran guru dalam merealisasikan matlamat pendidikan

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Profesion perguruan bukan lagi asing dalam kerjaya murni di mana-mana negara malahan profesion ini sejak dahulu lagi menjadi kerjaya pilihan dalam kalangan lepasan diploma dan ijazah. Sejak akhir-akhir ini isu berkaitan persaraan guru senior yang berlaku secara mendadak menunjukkan profesion ini sedikit merudum. Namun, kerajaan kembali menjadikan profesion ini popular dengan menawarkan pengambilan baru yang agak tinggi setiap tahun. Pengambilan jawatan guru bagi menggantikan guru yang bersara saban tahun menjadikan profesion ini kembali menjadi rebutan walaupun kerjaya sebagai seorang guru bukanlah semudah yang disangkakan. Dr Abd Razak Zakaria Namun, sejauh mana guru-guru kini dihargai sebagai satu kerjaya professional dan menjadi tunjang kepada pembentukan generasi madani sebagaimana yang diharapkan oleh negara. Profesion perguruan satu ketika dahulu dipandang sepi kerana kerjaya yang agak statik dengan tingkat gaji yang kurang menarik berbanding dengan kerjaya lain yang lebih menjanjikan […]

trending_flat

Dari Kigali ke Kuala Lumpur: Gelap Rasuah, Terang Berubah

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Umum mengetahui betapa rasuah di negara ini telah menghalang kita dalam merealisasikan potensi penuh kita buat sekalian lama. Sebagai contoh, skandal 1MDB yang digelarkan oleh Transparency International (TI) sebagai “salah satu skandal rasuah terbesar di dunia,” telah mencalarkan nama Malaysia di mata dunia akibat salah urus kewangan dan rasuah. Dr Mohd Zaidi Md Zabri Jabatan Kehakiman AS menganggarkan sekitar $4.5 bilion (RM21.28 bilion) telah diselewengkan dari 1MDB. Kendatipun begitu, kesan rasuah tidak hanya terhad kepada implikasi kewangan semata-mata. Malahan, rasuah juga mampu merosakkan fabrik sosial negara. Sebagai contoh, Indeks Persepsi Rasuah 2023 oleh TI meletakkan Malaysia di tempat ke-57 dari 180 negara, mencerminkan tahap persepsi rasuah di sektor awam yang berada di tahap sederhana dengan markah sebanyak 50%. Tinjauan oleh TI juga mendedahkan bahawa 71% rakyat Malaysia menganggap rasuah dalam kerajaan sebagai isu yang […]

trending_flat

Menangani sikap anti-sosial kanak-kanak di tadika dan taska

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Sejak akhir-akhir ini terdapat keluhan-keluhan yang amat membimbangkan daripada segelintir pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) berkaitan tingkah laku anti-sosial kanak-kanak di pusat asuhan mereka yang rata-ratanya mula menunjukkan perubahan yang agak luar biasa. Namun, situasi ini bukan berbentuk positif terhadap perkembangan kanak-kanak tersebut malahan ianya menimbulkan rasa gusar sekiranya ianya tidak dibendung sedari awal. Dr Abd Razak Zakaria Tingkah laku tidak pandai bergaul dengan kanak-kanak lain dan menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri amat ketara dalam kalangan kanak-kanak di Taska dan Tadika. Mereka juga tidak mahu berkongsi permainan dan peralatan dengan rakan, dan tidak pandai menjaga tingkah laku dalam pergaulan. Jika hendak marah, mereka terus sahaja membaling, memukul dan menggigit tanpa ada rasa belas terhadap rakan. Sikap ini menjadikan mereka sering bergaduh dengan rakan lain dan kadangkala bertindak di luar batas, […]

trending_flat

Benarkah berjaya pelajar SPM kita?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Pengumuman Keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan bahawa pencapaian keputusan SPM 2024 lebih unggul dengan merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada tahun 2023. Sebanyak 93.5 peratus atau 349,297 daripada 373,525 calon layak mendapat sijil SPM 2024. Namun, di sebalik keunggulan yang dicanang, terdapat 10,000 calon tidak hadir menduduki peperiksaan dan 24,228 orang calon masih gagal mendapat sijil SPM. Dr Abd Razak Zakaria Sememangnya menjadi sesuatu yang membanggakan kepada mana-mana pihak terhadap pencapaian yang memberangsangkan setiap tahun. Namun di sebalik kegembiraan itu, ada kekhilafan yang perlu ditangani segera oleh pihak yang berwajib, kerana ianya akan memberi kesan jangka panjang yang tidak terjangkau oleh kotak fikiran kita. Mengapa begitu ramai calon SPM tidak hadir untuk menduduki peperiksaan? Apa masalah yang menjadi penyebab kepada kegagalan mereka untuk menduduki peperiksaan awam […]

trending_flat

Mungkin masanya sudah tiba

Oleh: Dr Mohd Firdaus Abdullah Kejayaan Malaysia merangkul kejuaraan dunia berganda dalam Piala Dunia Sepak Takraw kategori Regu dan Bergu kelmarin menandakan satu pencapaian bersejarah. 2011 merupakan tahun pertama Piala Dunia Sepak Takraw diadakan di tempat yang sama, tetapi ketika itu, regu Malaysia telah tewas kepada Thailand 3-0. Penampilan kali ini bukan sahaja menamatkan penantian selama 13 tahun, tetapi kemenangan menewaskan Thailand dalam kedua-dua kategori menjadikan ia satu sejarah yang amat bermakna dalam sukan sepak takraw Malaysia. Kemenangan ini bukan sahaja membawa kebanggaan kepada negara, tetapi juga membuka lembaran baru dalam usaha menaikkan keterlihatan sukan sepak takraw di mata dunia. Lebih membanggakan, kejayaan ini dicapai dengan menewaskan musuh tradisi, Thailand, yang selama lebih sedekad mendominasi arena sepak takraw antarabangsa. Dr Mohd Firdaus Abdullah Malaysia kini berada dalam posisi yang kukuh untuk mempromosikan sukan sepak takraw di peringkat antarabangsa. Dengan menggunakan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation