trending_flat

Hafazan al-Quran: Antara kuantiti dan kualiti

Oleh: Muhammad Amirul Asyraf Mohd Kadri Melihat kepada kemudahan perkembangan ilmu pada masa kini, institusi tahfiz di seluruh negara juga tumbuh bagai cendawan. Bilangannya yang begitu banyak memungkinkan kita untuk meramaikan lagi golongan al-Hafiz, iaitu mereka yang telah menghafal 30 juzuk al-Quran dengan lengkap, sejajar dengan hasrat kerajaan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara untuk melahirkan 125,000 huffaz professional. Matlamat mulia ini menandakan permulaan perkembangan pesat pendidikan tahfiz di negara kita. Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia Ketika itu, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul al-Bab diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014.  Pengumuman ini menyaksikan aliran TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) ini telah diperluaskan perlaksanaannya meliputi SBPI (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi), dan SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) serta program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains Mara). Ini merupakan […]

trending_flat

Peranan Semua Pihak dalam Mengimbangi Ekonomi Gig dan Pendidikan Tinggi

Oleh : Nik Amalena Najebah Nik Azman Pada masa kini, ekonomi gig telah berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Ekonomi gig menawarkan peluang ekonomi kepada ramai anak muda yang mencari pendapatan segera dan kebebasan bekerja. Dengan kemajuan teknologi dan platform digital, pekerjaan seperti p-hailing (penghantar makanan), e-hailing (kereta persendirian dijadikan perkhidmatan awam), dan kerja bebas dalam talian kini mudah diakses oleh sesiapa sahaja. Bagi pelajar sekolah, terutama mereka dari keluarga berpendapatan rendah, ekonomi gig menjadi penyelesaian pantas untuk memperoleh pendapatan tambahan bagi menampung kos hidup harian. Namun, di sebalik daya tarikan ini, terdapat kebimbangan yang semakin timbul mengenai kesan jangka panjang ekonomi gig terhadap minat pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran. Semakin ramai pelajar yang melihat pendapatan cepat melalui ekonomi gig sebagai alternatif kepada pendidikan tinggi, yang dianggap memerlukan masa yang Panjang dan pelaburan yang lebih besar. Fenomena […]

trending_flat

Catatan Mengenai Isu DNS

Oleh : Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi Semalam saya tweet mohon supaya Kerajaan pertimbang semula polisi DNS redirect. Saya memang tak tag Menteri, sebab tweet itu bukan untuk Menteri, tapi untuk audiens di X. Nak buat apa tag Menteri kalau saya boleh text Menteri? Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan. Kredit Foto : Parlimen Malaysia Sebenarnya tweet saya bahawa saya tidak setuju polisi redirect DNS itu tidak membawa apa-apa kesan besar. Sekadar untuk highlight tentang isu gamers dan ya, untuk puaskan hati yang galak sindir saya konon saya senyap pasal isu ini. Itu pun ada yang tidak puas hati sebab mahukan saya lebih kuat hentam. Tweet saya itu tidak bawa kesan apa-apa. Dan tidak bertujuan untuk bawa apa-apa kesan besar. Yang membawa kesan adalah anda semua. Dan juga orang yang saya text untuk dapatkan info untuk faham isu ini. Dengan feedback […]

trending_flat

Cintai bahasa ibunda, pupuk semangat jiwa merdeka

Oleh Dr. Norfaizal Jamain Bahasa ibunda memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan semangat kebangsaan sesebuah bangsa. Dalam konteks Malaysia Madani, kepelbagaian bahasa ibunda seperti bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil, dan lain-lain adalah cerminan kekayaan warisan budaya yang unik. Oleh itu, mencintai dan memelihara bahasa ibunda bukan sahaja sekadar menghargai warisan nenek moyang, tetapi juga satu usaha untuk memupuk semangat jiwa merdeka dalam kalangan rakyat. Penguasaan bahasa ibunda yang baik tanda jiwa penuturnya yang memahami nilai perjuangan kemerdekaan pakar bahasa lampau (Ansari Mulyadi - Unsplash) Sejarah kemerdekaan negara kita tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan tokoh-tokoh bahasa yang dengan gigih memperjuangkan hak untuk menggunakan bahasa ibunda dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam pendidikan dan urusan rasmi. Salah satu contoh yang paling menonjol ialah pejuang-pejuang bahasa yang berjaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Perjuangan ini adalah […]

trending_flat

Penyelidikan asas atau gunaan?

Oleh: Dr. Muhammad Faisal Khyasudeen Persoalan mengenai keutamaan di antara penyelidikan asas (fundamental research) dan penyelidikan gunaan (applied research) adalah isu yang sering dibangkitkan oleh orang awam, terutamanya apabila melibatkan penggunaan dana awam yang besar di universiti-universiti. Ramai yang bertanya, adakah berbaloi bagi kerajaan untuk melaburkan begitu banyak wang dalam penyelidikan universiti jika hasilnya sukar untuk dilihat secara langsung oleh masyarakat? Apakah manfaat sebenar dari pelaburan ini, dan bagaimana ia memberi pulangan kepada negara? Penyelidikan asas dan gunaan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam meainkan peranan memajukan negara (National Cancer Institute - Unsplash) Persepsi Orang Awam Terhadap Penyelidikan di Universiti Tidak dapat dinafikan, terdapat pandangan umum yang skeptis terhadap penyelidikan di universiti. Ramai yang menganggap bahawa penyelidikan di universiti lebih kepada memenuhi keperluan akademik dan kenaikan pangkat, berbanding menghasilkan sesuatu yang benar-benar bermanfaat untuk masyarakat. Pandangan ini berasas daripada persepsi bahawa […]

trending_flat

Mungkin metanol jawapannya

Oleh: Dr Azman Ma’mor Bahan bakar konvensional seperti petrol dan diesel yang digunakan dalam kenderaan menyumbang kepada pemanasan global disebabkan oleh pelepasan gas karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida. Oleh itu, bahan bakar alternatif amat diperlukan bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana kesan pemanasan global dan kemusnahan alam sekitar semakin dirasai. Metanol merupakan salah satu bahan bakar yang berpotensi, kerana sebatian hidrokarbon ini hanya mengandungi satu atom karbon tetapi lebih banyak atom hidrogen berbanding sumber tenaga lain. Metanol boleh dihasilkan dari pelbagai sumber seperti gas asli, arang, dan biojisim. Karbon dioksida, yang merupakan punca kesan rumah hijau, juga boleh digunakan untuk penghasilan metanol. Teknik ini melibatkan pembakaran karbon dioksida dan hidrogen pada suhu tinggi dengan menggunakan mangkin tertentu untuk menghasilkan metanol. Metanol adalah cecair tanpa warna, mudah tersejat, dan mudah meruap. Ia mempunyai komposisi oksigen melebihi 50%, jauh […]

trending_flat

Bebaskan gigimu dari si ‘penjajah’

Oleh: Dr Afaf Syahira Ahmad Satmi “Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh...” Lantunan suara ikonik Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang kedengaran di corong-corong radio ketika ini, menandakan bulan kemerdekaan telah pun tiba. Meskipun lagu ini mungkin sudah lama, tetapi melodinya tetap segar dalam ingatan. Namun, di sebalik kehangatan sambutan kemerdekaan ini, sebagai seorang profesional dalam bidang pergigian, saya terimbau satu perkongsian di media sosial mengenai persoalan, “Sudahkah anda bebas merdeka dari masalah pergigian?” Persoalan ini membuka satu perspektif dalam menilai taraf kemerdekaan kita dari aspek kesihatan, terutamanya kesihatan pergigian. Persoalan tersebut saya hubungkan dengan statistik terkini mengenai taraf kesihatan mulut orang dewasa di Malaysia, dan dapatan tersebut secara umumnya amat membimbangkan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa (NOHSA) 2020, didapati 17 daripada setiap 20 orang dewasa Malaysia sebenarnya mempunyai masalah gigi berlubang; setiap individu dewasa mempunyai […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation