Kaji impak penetapan gaji minimum pekerja terhadap peningkatan produktiviti
Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Konsep gaji minimum merupakan satu elemen yang melibatkan keadilan sosial bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan dengan meningkatkan kuasa membeli golongan miskin melalui kaedah peningkatan kadar gaji. Penetapan gaji minimum adalah suatu topik yang sering menjadi perhatian dunia sama ada dalam bidang politik mahu pun akademik. Perdebatan berkaitan jumlah gaji minimum di Malaysia telah pun bermula semenjak awal tahun 1940-an. Namun begitu, perlaksanaan gaji minimum hanya dapat dilaksanakan di Malaysia buat pertama kalinya pada 1 Januari 2013 dengan nilai RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di wilayah Sabah dan Sarawak, setelah digazetkan pada 16 Julai 2012. Dr. Nurul Ashikin Alias Terkini, jumlah penetapan gaji minimum sebanyak RM1500 di dalam pasaran buruh telah pun dilaksanakan di semua sektor sama ada kerajaan atau swasta. Majikan yang mempunyai bilangan pekerja kurang dari lima orang juga wajib untuk menetapkan […]