trending_flat

Meneladani Khairul Anam demi mengukuh iman kepada Allah SWT

Oleh: Rusli Abdul Roni Rabiul Awal yang baru sahaja meninggalkan kita adalah bulan yang sinonim dengan peluang menyemak, mengulangkaji, dan menonjolkan semula keteladanan Baginda Nabi Muhammad SAW dalam seluruh sistem kehidupan insan. Meneladani Nabi Muhammad SAW merupakan prinsip utama dalam hidup seorang muslim. Bagi seorang muslim, Baginda Rasulullah SAW ibarat jarum kompas yang akan menunjuk arah yang tepat dan laluan yang jitu. Jika ditelusuri dengan lebih halus, sekurang-kurangnya ada tiga alasan penting mengapa meneladani Rasulullah SAW sangat ditekankan dan banyak dibincangkan, khususnya pada musim dan sempena sambutan hari keputeraan atau Maulid Baginda Nabi Muhammad SAW yang diraikan setiap tahun. Rusli Abdul Roni Alasan dan sebab yang pertama adalah, meneladani Nabi SAW sebagai tanda iman kepada Allah SWT, al-Quran, dan kerasulan Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Seseorang muslim sejati hanya dianggap beriman secara sempurna apabila dia menjadikan Nabi SAW sebagai ikutan […]

trending_flat

Perjuangan minda umat Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis

Oleh: Ainul Asyraf Lokman, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor Israel telah digemparkan dengan serangan daripada gerakan pembebasan Palestin, Hamas melalui Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan sejak 7 Oktober yang lalu. Israel kemudian bertindak balas dengan mengebom semenanjung Gaza dalam skala yang amat besar. Peperangan ini merupakan peperangan yang terbesar semenjak kali terakhir peperangan Arab-Israel. Operasi Taufan al-Aqsa ini dilancarkan bertitik tolak dari pencerobohan dan penghinaan terhadap masjid al-Aqsa. Namun mengapa operasi ini tidak dinamakan Taufan Palestin ? Hal ini kerana isu yang menyatukan umat Islam ialah Baitul Maqdis itu sendiri yang signifikan terhadap umat Islam. Dari aspek sejarah, Baitul Maqdis dahulunya pernah dikuasai oleh orang Islam dan juga bukan Islam. Dalam konteks semasa, Baitul Maqdis telah jatuh dalam kawalan Israel. Sehingga kini, sudah lebih 100 tahun Baitul Maqdis dijajah namun umat Islam masih belum mampu untuk membebaskannya. Jadi, timbul […]

trending_flat

Menyingkap kebangkitan ECF untuk PKS

Oleh: Dr Mohamed Hisham Hanifa, Prof Madya Dr Anna Azriati Che Azmi Pengiktirafan kepentingan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka menyumbang 97.4 peratus daripada jumlah kelahiran perniagaan pada tahun 2021. Menurut Daftar Perniagaan Perangkaan Malaysia (MSBR) yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), PKS menyumbang 37.4 peratus daripada KDNK negara dan menggaji 47.8 peratus populasi penduduk Malaysia yang bekerja. Dr Mohamed Hisham Hanifa Prof Madya Dr Anna Azriati Che Azmi Kepentingan PKS penting kepada negara memang tidak dapat dinafikan, namun mereka mempunyai banyak halangan untuk mendapat pinjaman untuk membiayai perniagaan mereka. Antaranya adalah PKS mungkin mempunyai rekod kredit yang tidak memadai untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan dan proses permohonan pinjaman pada institusi kewangan mungkin memerlukan banyak dokumen seperti penyata kewangan dan rancangan perniagaan yang mungkin sukar untuk disediakan oleh […]

trending_flat

Melayu sudah membela Palestin sejak dahulu

Oleh: Dr. Abu Hanifah Haris Perjuangan rakyat Palestin bagi membebaskan tanah air mereka bukanlah asing bagi orang Melayu. Orang Melayu sebenarnya sudah bersimpati dan membela nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh imigran Yahudi sejak tahun 1930 lagi, iaitu ketika krisis penindasan rakyat Palestin sedang berkembang pesat. Akhbar Semangat Islam melaporkan bahawa Haji Abu Bakar Ashaari, Presiden al-Jamiyyah al-Khairiyyah al-Ṭalabiyyah al-Azhariyyah al-Jawah (Persatuan Kebajikan Pelajar Jawi al-Azhar) bersama sahabatnya Abdul Kahar Muzakkir tiba di Palestin pada tahun 1930. Dalam pertemuan tersebut, Suruhanjaya Buraq al-Sharif ditubuhkan di bawah Liga Bangsa bagi mengelakkan tercetusnya konflik antara agama. Pada tahun 1931, Mufti Jurusalem iaitu Hajj Amin al-Husayni telah menganjurkan Persidangan Umum Islam di Palestin bagi menyatukan pandangan umat Islam dalam rangka mempertahankan bumi Palestin. Dalam persidangan tersebut, Abdul Kahar Muzakkir telah dilantik sebagai Setiausaha Muktamar Alam Islami. Dalam hal ini, status sebagai pelajar tidak […]

trending_flat

Taufan Al-Aqsa: Perhatian harus diberi pasca konflik

Oleh: Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dan Mohamad Fikri Mohd Bakri Konflik Palestin-Israel terkini yang dikenali sebagai Taufan al-Aqsa telah berlaku lebih dari satu minggu sejak Sabtu, 7 Oktober 2023. Jumlah korban yang dicatatkan dalam kalangan rakyat Palestin kini sudah mencecah hampir 2,400 orang manakala yang tercedera pula lebih 10,000 orang. Angka yang terkorban ini merupakan suatu angka yang jauh lebih besar dalam tempoh 7-8 hari jika dibandingkan dengan Perang Al-Asfim Maakul pada 2014 yang berlarutan dalam tempoh 51 hari. Dunia menyaksikan kekejaman Zionis Israel yang terus menekan rakyat Palestin khususnya di Gaza melalui serangan pengeboman dan pencerobohan sama ada dari darat, udara mahu pun laut. Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor Mohamad Fikri Mohd Bakri Lebih parah lagi, negara-negara Barat yang begitu lantang menyuarakan hak asasi manusia, perdamaian dan pematuhan undang-undang antarabangsa seolah-olah membutakan mata dengan jenayah yang […]

trending_flat

Dialog agama kunci kemajmukan Malaysia MADANI

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Perbahasan yang dikemukakan oleh penulis ini adalah sebahagian kecil daripada pengalaman, pemerhatian dan penglibatan penulis dalam kajian-kajian hubungan antara agama yang telah dilaksanakan dengan mengambil kira isu-isu yang berlaku sekitar tahun 1980an hingga sekarang. Penulis mendapati bahawa isu-isu hubungan antara agama dan kaum tidak pernah reda, walaupun tahun 2023 ini merupakan tahun ke 66 Malaysia menyambut kemerdekaanya. Tetapi realitinya segelintir masyarakat Malaysia masih belum merdeka pemikirannya dalam kerangka bernegara di mana Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama dan bangsa dan sudah pasti sebarang permasalahan harus diurus dengan hikmah dan matang serta bukan berlandaskan emosi dan perasaan. Tambahan lagi isu-isu antara agama mahupun kaum dan bangsa juga kerap dijadikan bahan kempen politik bagi sesetengah ahli parti politik untuk menarik sokongan terutama kepada masyarakat beragama Islam dan berbangsa Melayu. Maka sudah pasti kadang kala ianya seperti mencurah […]

trending_flat

Luluskan Segera RUU Kawalan Produk Merokok 2023

Kumpulan Penyelidik Ketagihan Nikotin (NARCC) di Universiti Malaya (UM) memandang serius kecemasan yang melanda negara ini berhubung penggunaan vape dan rokok elektronik di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kami tidak boleh lagi berdiam diri melihat peningkatan drastik dalam penggunaan vape oleh generasi muda yang digembar-gemburkan sebagai sumber pendapatan baru dan cara berhenti merokok. Profesor Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, ketua koordinator NARCC dan pakar perunding kanan psikiatri UM, menegaskan bahawa tidak ada bukti kukuh menyokong vape sebagai terapi berhenti merokok sementara banyak lagi cara berhenti merokok yang bertauliah masih belum dimaksimakan. Hasil daripada kajian kohort di Pusat Perubatan Universiti Malaya mengenai “Incidence of E-Cigarette or Vaping Product Use Associated Lung Injury (EVALI) among the Severe Acute Respiratory Infections (SARI) Patients” pada tahun 2021, yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Wong Chee Kuan, Dr Farizah Mohd Hairi, Dr Noraryana Hassan, Dr […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation