Literasi kewangan pelajar penentu keberhasilan Belanjawan MADANI
Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Pada Februari lalu, Perdana Menteri (PMX) yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI. Untuk tahun 2023, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diperuntukkan RM15.3 bilion berbanding RM14.5 bilion tahun sebelumnya. Dr. Adilah A. Wahab Antara inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2023 Malaysia MADANI khusus untuk pelajar di institusi tinggi adalah (1) RM6.6 bilion untuk pinjaman pendidikan dan kemudahan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Peneraju, dan Universiti Teknologi MARA (UiTM); (2) peruntukan sebanyak RM6.7 bilion untuk memperkasakan inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); dan (3) diskaun 20 peratus untuk bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun ini. Namun, inisiatif-inisiatif yang terkandung di dalam Belanjawan 2023 Malaysia MADANI ini mungkin hanya dapat di manfaatkan majoritinya oleh pelajar yang celik kewangan. Pelajar […]