Sama-sama merencana pembangunan Malaysia MADANI yang diidamkan
Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim Che Nordin Kira-kira lebih dua dekad yang lalu, seorang intelektual Melayu iaitu Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud telah mengusulkan istilah ‘pengislahan’ yang memberi makna ‘kebaikan’ bagi menggantikan perkataan ‘pembangunan’ yang banyak digunakan dalam kertas-kertas dasar, polisi serta silibus pendidikan di setiap peringkat. Usulan ini bukanlah semata pertukaran bersifat tatabahasa sahaja tetapi berasaskan faktor makna atau semantik yang terkandung dalam istilah ‘pembangunan’ itu sendiri. Ia punyai justifikasinya kerana istilah ‘pembangunan’ menayangkan makna berciri fizikal iaitu ‘bangun’ dan ‘membangun’ yang mengisyaratkan kefahaman tentang seseorang yang bangkit dari tidur, atau usaha membina dan membuat sesuatu menjadi maju dan berkembang. Bahkan jika ditelusuri lawan kepada kata bangun dan pembangunan ialah mundur dan pemunduran, iaitu suatu yang bersifat merosot atau surut ke belakang. Namun sekali lagi perlu difahami bahawa sesuatu yang berhenti dari ‘membangun’ tidak semestinya tidak baik. Dr. […]