Belanjawan 2025 bukti kerajaan cakna OKU
Oleh: Dr. Hanira Hanafi Kebelakangan ini, Kerajaan Madani melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meneruskan agenda memperkasakan golongan OKU melalui pelan strategi di bawah Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) dalam 15 bidang termasuk advokasi, kesihatan, pemulihan, aksesibiliti, pendidikan, pekerjaan, dan penyelidikan. Pelan strategi tersebut terus dilaksanakan dan dipergiatkan bagi memastikan golongan itu mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Usaha memperkasakan golongan OKU dilihat menjadi agenda berterusan kerajaan MADANI melalui pembentangan Belanjawan Madani Ketiga yang dibuat baru-baru ini. Selain bantuan perniagaan, pekerjaan, pendidikan, inisiatif percukaian dan kesejahteraan komuniti OKU, belanjawan 2025 turut memperuntukkan secara khusus bagi kebajikan dan pendidikan anak-anak autistik untuk masa depan mereka yang lebih terjamin. Pada keseluruhannya, inisiatif-inisiatif tersebut merangkumi beberapa aspek utama. Dari segi bantuan dan pembiayaan perniagaan, kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan disediakan oleh agensi Kerajaan melalui TEKUN dan BSN, […]